One Way or Another (Teenage Kicks) untuk Kebajikan

Assalamualaikum...


lama tak berupdate blog ni. maaf. banyak sebabnya.. salah satunya sebab sibuk (buat2 sibuk aje). hihii

okay straight to the point. omputih sat. tajuk pun dah omputih kan. One Way or Another ialah single pertama bagi tahun 2013 boyband yang terkenal di UK iaitu One Direction. Siapa yang tak kenal One Direction ni kan kan... dianggotai oleh Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson. *fazie salah seorang peminat tegar 1D ni. hihiks

Single ini istimewa kerana ianya dibuat untuk amal kebajikan dengan kerjasama Comic Relief dan Red Nose Day untuk mengumpul dana dan disalurkan ke tabung kemiskinan di Afrika.
"Comic Relief adalah sebuah badan amal British yang melakukan kerja yang menakjubkan membantu rakyat di seluruh Afrika dan di UK yang hidup dalam kesusahan," - Zayn Malik
 Muzik video One Way or Another ini juga dibuat sendiri oleh mereka sendiri demi untuk menjimatkan wang. dalam muzik video itu juga pelbagai dilakonkan secara spontan di sekitar London, Afrika, Japan dan New York. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron turut terlibat dalam pembikinan muzik video ini.








Kami meminta One Direction untuk melawat Afrika, untuk melihat sendiri bagaimana, beribu-ribu bayi, vaksin berharga hanya £ 5 yang sangat bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Jelas sekali  Zayn, Louis dan Niall sedih dan menitiskan sehingga menitiskan air mata. 

siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak yang sedang sakit dan kelaparan namun kita di sini mewah dengan pelbagai makanan dan kesenangan yang tidak terkira. sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan bantulah mereka yang dalam kesusahan. peringatan untuk diri sendiri dan semua. 

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

Assalamualaikum...


setelah lama blog ni tak berupdate, rasa rindu pulak nak berblogging macam dulu. biasalah kalau sekolah dah mula busy sangat dengan homework, study, merentas desa, sukan dan bla bla bla... masa cuti lah dapat curi sikit masa nak berblogging balik. 

tergerak hati ni nak join giveaway kak shiyda sempena pembukaan SHIDAIZY ONLINE BOUTIQUE. fazie dah tengok tudung dia, unik dan cantik.. terasa nak beli nih.. in shaa Allah kalau ada duit poket lebih ye mak.. ngeee..

kepada sesiapa yang dah terbaca entri ni meh lah join GA ni. kalau ada rezeki awak, boleh bergaya dengan hijab-hijab yang cun.. 

mangsa tag:

untuk maklumat lanjut sila tekan banner di atas. sekian terima kasih. wish me luck :)

Fakta yang Perlu Anda Tahu tentang Obesiti

Assalamualaikum...


  • laporan daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah obesiti seawal usia kanak-kanak.
  • mengamalkan diet berbeza dan secara membuta tuli tanpa nasihat doktor, boleh mengundang penyakit anoreksia yang kebanyakkannya dialami oleh kaum wanita.
  • kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya kerana jika ibu bapa gemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang mempunyai saiz badan yang sama.
  • faktor emosi memainkan peranan penting kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan hidup kita akan terganggu dan sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.