Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Kembali Ke Sekolah!

Assalamualaikum...

2 Jan 2013 - tarikh bermulanya persekolahan bagi budak-budak sekolah termasuk fazie jugak walaupun dah habis SPM fazie tetap digelar budak sekolah yang comot. hahadoii.

cuba tanya budak-budak sekolah adakah mereka sudah bersedia kembali ke sekolah setelah sebulan lebih bercuti? 90% akan menjawab tidak sedia manakala 10% akan menjawab mereka tidak sabar ke sekolah.

bagi fazie, kemalasan melanda diri ini. sungguh! tak bersemangat rasanya. tahun depan semester 2 Pra-U. semester yang lebih susah berbanding semester 1. result semester 1 pun belum dapat lagi entah apa lah yang dapat nanti. tawakal ajelah. kalau gagal kena bersedia repeat exam balik. huwaaaaaa :'(

persediaan sekolah.. hmm 90% dah siap.

beg sekolah. mohon budak sekolah fazie jangan pakai beg yang sama. ku tak sanggup menahan rasa malu kerana beg kite sama. harhar.

harga dan jenama di sensorkan. hihiks

tudung saiz L. labuh lah jugak. heww

tak tahu sejak bila fazie boleh lupa. terbeli stokin putih padahal fazie pakai kasut hitam. tengah malam tu baru teringat. terpaksalah beli lain. stokin ni sedekah dekat adik. huhu *cedih

cuma buku je belum beli lagi. tunggu baucer kerajaan nak bagi tu. orang kata manfaatkanlah kalau orang dah bagi tu terima aje jangan soal bebanyak. hehe. 

kepada budak sekolah yang bakal bersekolah, acano persediaan korang? dah ready belum? kepada yang akan menghadapi peperiksaan besor PMR dan SPM (serta STPM jugak macam fazie) belajar rajin-rajin. study smart not study hard okeh. nanti melalak tak berlagu. macam fazie dulu. kehkeh.

p/s: ku diejek oleh beloved cousin, mentang-mentang dia dah habis SPM tahun ni. benci giler. huh!