its all about AJL26!

Assalammualaikum and hello peeps !

nak cite pasal AJL boleh tak ? hehe semalam punye kes fazie lambat tengok AJL sebab fazie balik keje lambat pukul 10 lebih sampai rumah . tengok AJL pun sekerat jalan jek buka2 tv tengok Aizat tengah nyanyi lagu SUNGAI LUI . hebat jugak tuh . tapi fazie dah termiss nak tengok Yuna lagu Gadis Semasa ! aduhai sempat tengok lagu Penakut je . tak apa lah tengok dekat youtube sudah :(

btw , congrats and a big clap to Hafiz sebab dia menang . tak sia2 dia pakai baju t-shirt biru dengan seluar adidas simple tanpa memakai selipar atau kasut . cool gila dia tu slamber je kalau fazie , hahahaha *tak mahu cakap . sempat tengok Hafiz perform . memang mantop bak kata orang persembahan dia menyentuh hati dan perasaan sebab dia nyanyi dengan penuh ikhlas dan sangat simple . hebak2 .

ok yang fazie sempat tengok balik ajl dekat youtube lagu CINTA MUKA BUKU, Najwa Latif . kesian dah fazie tengok dia . lagu dia laju tercunggap budak tu dan dia nampak nervous . tapi dia still awesome in her own way . dia dapat perform dekat AJL pada usia 17 tahun . korang ? hehehe . dia memang hebak






ok yang lagu lain pulak , hah ! KISAH HATI, Alyah . ramai orang kata dia macam tiru video Nera Hatiku Milikmu ek ? fazie tengok balik video tuh memang ada sikit persamaan yang tang dia berdiri macam patung pusing2 tu . *tak tahu nak cakap macam mana . tapi persembahan dia hebak jugak . tang Remy Ishak masuk tu best bak kata dorang Remy umpama penyelamat dalam persembahan ni . entah lah tak tahu nak terangkan tapi congrats sebab menang Persembahan Terbaik! orang kata tak perlu nak pakai api2 ke bling2 or pros dalam persembahan tapi penghayatan serta emosi meresap ke tulang rusuk . haha *ayat diambil dari komen youtube . top comments tu .


YUNA ! yeahh she got me . lagu Gadis Semasa tersangatlah awesome ! arrangement music dia memang mantop dan lain dari yang original version . i love this version more interesting . rasa nak download letak dalam handphone jea . hehehe . dia memiliki suara yang unik and dia stylo . love her jacket . team Yuna pun mantop jugak . tapi kan fazie pelik kenapa lah orang sekeliling fazie tak suka Yuna even BFF fazie nyampah tengok Yuna . eshhh kejam sungguh . ok memang setiap orang citarasa berbeza and i admit it tapi tak perlu lah nak maki bagai kan ? fazie tengok dekat komen video ni bukan main ganas . sadis betul lah . aiseyman dia dah merantau ke negara orang cipta lagu sendiri korang patut bangga dengan pencapaian dia . please support our local artist dan tak perlu haters sangat lah ye ? 



ok lah ini jea ulasan pasal AJL . fazie bukan juri professional pun just give my opinion . hehe ok bai !

kesian budak tu

Assalammualaikum semua . lama tak update blog tersayang ni . maklumlah . hehehe .

by the way hari ni online nampak dekat news feed benda ni . credits to adik nazihah


pesal dengan budak ni ? dalam post tu dia kutuk artis kpop sorang ni yoseob rasanya . dah tu peminat kpop semua serang post dia kutuk2 budak ni . pernah jugak fazie datang blog budak ni tapi kan sebenarnya Amira ni tak ada kaitan langsung dengan post ni . mungkin seseorang yang tak bertanggungjawab telah buat onar dengan menggunakan gambar adik Amira ni . kesian dia sampai trauma budak ni dibuatnya .

At the first place , fazie just baca post dia ni sekali lalu je ingat nak komen tapi malas lah buang masa je . tapi tak sangka eh beribu komen dekat post dia ni . haisshh rata2nya peminat kpop dan PEREMPUAN MELAYU .. terfikir jugak kenapa perlu mereka mengutuk sesama sendiri sedangkan mereka sedang mengutuk ciptaan ALLAH ? astaghfirullah . bawak mengucap banyak kali . seram fazie tengok komen2 mereka ni sampai ada ugut nak bunuh . fazie tak mahu share link fb budak ni nanti korang kene serangan sakit jantung pulak . malu pun ada dengan mereka ni . 

terlajak perahu boleh berundur terlajak kata ? fikirkan lah yea :) tak mahu cakap lebih nanti kena serang pulak . adohaiii

Kenal Pasti Orang Berbohong

Bismillah....
Assalammualaikum w.b.t

lama betul tak update blog ni . maklum lah fazie betul2 dah tak ada masa nak online . tapi nak share info dengan korang sikit . nampak tak tajuk dekat atas ni . jom baca entri ni baik2 . kredit dekat Majalah Dara.com

Nada Suara
hanya dari nada suara mampu memberikan tanda rakan korang tu sedang mencari helah apabila nada suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi sekejap rendah. Malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian dahi dan bibir

Tubuh 
cara selain melihat pada matanya, korang juga boleh melihat sekiranya rakan korang tu berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut tidaklah panas. Nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit menggelabah.

Tangan 
tangan pula kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu, menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. tanpa disedari, rakan korang yang berbohong tu akan meletakkan benda-benda seperti cawan, gelas, kertas, pen, atau apa sahaj benda sebagai pembatas. lebih ketara apabila dia cuba mengubah topik perbualan. jika ekspresinya kelihatan tenang dan lega bererti dia sedang berbohong. tetapi, jika ia kembali semula ke topik asal, bermakna dia sedang berkata jujur.

Mata
selepas korang menanyakan soalan kemudian rakan korang menjawab, sekiranya bola mata rakan korang tu bergerak ke arah kiri, kemungkinan jawapan itu jujur. sedangkan apabila bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan rakan korang sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar atau berbohong.

ini kerana, bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. maka apabila bola matanya ke kiri, bermakna dia sedang berusaha mengingat. namun, sebaliknya berlaku jika bola mata ke arah kanan yang memberi maksud dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. hal ini kerana, bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang alasan ataupun suatu cerita bohong.

kesimpulannya berhati-hati lah dengan rakan korang sendiri dan pastikan dia tak berbohong dengan korang ;)
sekian , Wassalam