Berdoalah :)

Assalammualaikum w.b.t....

source: incik gugel.

Post kali ni fazie nak kongsi ilmu dengan korang semua tentang Doa.

Ada di kalangan kita memandang ringan tentang doa dan mungkin juga mengabaikan doa dalam kehidupan seharian. Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya untuk diberikan perlindungan dan pertolongan.
Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia dihadapan Allah SWT.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud "Doa otak adalah ibadah". Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah SWT akan memberinya satu diantara tiga :
1 Allah SWT mengabulkan doanya.
2 Allah SWT akan menyimpannya untuk diberi di akhirat kelak.
3 Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan daripada orang tersebut yang setimpal dengan doanya.
Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh. Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.

ADAB BERDOA :
1. Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
2.Memulakan doa dengan thamid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Khusyuk ketika berdoa.
4. Mengakui dosa-dosa (sekiranya ada) dan memohon keampunan daripada Allah SWT
5. Menghadap kiblat.
6. Mengulang doa sebanyak 3 kali.
7. Berdoa bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan menunaikan doanya.
8. Menadah tangan ketika berdoa.
9. Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
10. Menjaga makanan, minuman dan pakaian daripada hasil yang haram.
11. Tidak berdoa untuk perkara maksiat dan memutuskan hubungan silaturahim.
12. Berdoa dengan tertib dan tidak gopoh.
13. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah (Asma' Allah al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang mulia.
14. Berwuduk sebelum berdoa.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  • Lailatur Qadr (10 malam terakhir bulan Ramadhan)
  • Sepertiga akhir malam
  • Setelah solat fardhu
  • Semasa solat fardhu
  • Ketika turun hujan
  • Ketika peperangan menentang orang kafir (Jihad)
  • Ketika minum air zamzam
  • Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)
  • Ketika di antara azan dan iqamat
  • Hari dan malam Jumaat
  • Ketika berpuasa bulan Ramadhan sehingga berbuka
  • Ketika majlis ilmu
  • Ketika iktikaf di masjid
  • Ketika sujud
  • Doa pemimpin yang adil
  • Ketika di bukit Safa dan Marwah
  • Doa orang yang di zalimi
  • Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
  • Ketika musafir yang diharuskan syara'
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya
  • Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)
semoga entri kali ni dapat dimanfaatkan. Sekian :)

kredit: Majalah Era Muslimah