8.20a.m
waktu Pengajian Am.
kelas kami takde kelas. kami hidup nomad. kami belajar kat kantin sahaja. tak mengapa, asalkan kami boleh belajar. meja fazie duduk agak jauh dari meja cikgu duduk. cikgu bincang tutorial, kami sibuk buat keje lain. ada yang buat biodata, bergosip dll. haha. (macam mana nak lulus pengajian am kalau macam ni)
9.00a.m
waktu Ekonomi
macam biasa bila waktu elektif gini kelas kami berpecah. ada subjek Pengajian Perniagaan dan Sastera. kelas ekonomi pegi berpindah dekat bilik media. selesa sikit! bila cikgu mengajar, fikiran mula melayang. kekadang tak faham pun ape cikgu cakap. *teruk budak ni. perut mula dah berbunyi sebab dah tahu lepas ni cikgu MUET nak buat makan2. nak makan nak makan.
10.20a.m
waktu MUET
excited nak pegi astaka asrama yang jauh tu sebab tahu makanan tengah menunggu. tapi fazie sampai agak lambat. sesampai jek astaka tu, berdebar..... teacher touching dengan kami sebab lambat. maka, jamuan makan2 telah dibatalkan kerana sikap kami. wuuuu T.T saya lapa! ini semua salah kami sendiri :(
11.00a.m
waktu rehat
berbekal tenaga yang lemah berjalan menuju ke kantin mengharapkan makanan yang berat. rupanya makanan berat semua dah sold out! waaaaa mengapa????! terpaksa makan roti dengan hot dog. iskkk iskk. takpelah asalkan dapat makan kan? hmmm
11.20a.m
waktu MUET lagi
terus duduk dekat astaka sekolah. sebab teacher memang dah takde mood nak layan kerenah kami. dia bagi kerja dalam buku teks. suasana kelas diam, malaikat lalu pun tak perasan. semua tunduk rasa bersalah.time ni emosi fazie tak stabil. member buat lawak pun tak gelak. tekak sakit sambil minum air soya. tepat pukul 12.00 hantar keje.
12.00noon
Balik Sekolah
berjalan menuju ke kereta Ekyn sambil bergosip. dalam kereta pun bergosip lagi. haha.
hari ganti sekolah yang.... tak menarik. bye!
1 nak glemer:
ghindu zmn MUET :')
Post a Comment