exam oh exam!

Assalammualaikum w.b.t...




hari rasa macam fazie dah hidup dalam dunia yang baru. entahlah. hahaha. hari ni ade exam Sejarah Dunia dengan MUET. pufftt, punyalah risau pasal sejarah tadi. malam tadi memang semangat nak study, tapi haha.. fazie sudah tewas dek godaan setan kepala gondol. dia suruh tido. krooohhhh..

pepagi datang sekolah, dengan muke separuh risau selak2 jek buku sejarah. hahadoii ape yang aku bace ni?? tak paham lah pulok. nasib baiklah ingat cikgu yati ajar mase uh, gunakan ilmu yg diajar sebaik mungkin. dekat jadual sejarah start pukul 8.00 tepat, tapi start pukul 9.00. apo kes???? kenalah pilih 2 esei daripada 5  soalan dia. pehhh nasib baik ingat2 lupa. dah lah 1 esei tu kena habiskan dalam masa setengah jam jek. gelabah betul, ayat pun berterabur. redha jelaaa. hahaha xD

lepas habis exam, dengar cerita BM objektif fazie dapat 17/20. whoaaaaa :D memang happy gegila ahhh! tak sangka... (rasa macam nak lompat2 jek tadi. hahaa)

tapi yang tak menariknya, MUET macam apelahhh. ishhh punyalah susah kemain! tadi MUET reading, kena jawab soalan berdasarkan text yang diberi. text dia bukan pendek2, bahasa tinggi lak tu. memang killer! nak jawab pon main tembak tembak. hahahadoiii.

hari ni terasa demam rindu nak dengar suara seseorang. siapakah? adalah rahsia.. kehkeh. oklah nak prepare study untuk exam esok. Ekonomi... ahhhh terasa berat pulak otak ni. jam! jam!