Aziera Adnan's Segmen

Assalammualaikum...


Hari ni terasa macam nak join segmen menarik ni. lagi pun segmen ni pun just for fun but ade hadiah kepada top referral, blog kemas dan ringan dan entry yang kreatif! memang awesome. lagipun segmen dia macam soal jawab je tak susah mana pun. kalau ada terasa nak join tu meh klik sini

okay here we go!

 Nama: Nur Fazirah binti Mahat

 Umur: 18 Tahun

 Tarikh lahir: 8 Jun 1994

 Sekolah: SMK Dato' Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.

 Hobi: Melayari Internet (skema doh ayat!)

 Bakat lain: buat suara Spongebob. teehee 

 Personaliti: Pendiam (padahal kat rumah macam singa betina)

 Warna kegemaran: Pink!

 Makanan kegemaran: Cokelat Cadbury Blackforest. haha

 Minuman kegemaran: Lemonade

 Nombor kegemaran: 3

 Perkara yang paling membuat anda stress: No internet connection. pfffttt!

 Mood anda ketika ini: Senang hati! (mengunyah cokelat cadbury)

 Filem yang membuat anda mengalirkan air mata: Adnan Sempit (gelak sampai keluar air mata lah. sobs sobs)

 Harapan masa depan: Jadi seorang isteri, ibu dan anak yang berjaya demi kedua ibu bapa tercinta 

 Nama kawan baik anda: Norashikin binti Abd Malek

 Status anda? [Single/taken/married/etc]: Taken 

 Apakah benda yang anda inginkan sehingga kini: Kereta Mini Cooper

 Haiwan kegemaran: Singa. Aummm!

 Luar negara yang ingin anda melancong: Scotland (nak jumpa Calvin Harris!)

 Siapakah idola anda: Nabi Muhammad SAW

 Tempat yang paling indah pernah anda lawati: Taman Botani Putrajaya (pegi pun masa kecik2 dulu)

 Adakah anda takut pada hantu: sikit je. err.. 

 Siapakah orang terakhir yang telah buat anda ketawa: Cik Bella Lola!

 Jika anda memiliki RM1 juta, apa yang anda akan buat dengan duit itu: nak pergi umrah bawak mak dengan abah sekali :')


ok done! jangan segan silu nak join, join je segmen adik comel kita ni yup. support lah sikit. hehe bubye~

Bunkface dan Anti Kpop nya.

Assalammualaikum...



tengah hari tadi fazie tengok Melodi tapi tak tengok semuanya. tapi fazie tertengok pulak part Bunkface bagi statement pasal Kpop. sebab benda ni lah wujudnya seorang makhluk di twitter mengaku dirinya tinggal di Planet Matoki. kikiki. apa puncanya?

tengok statement bunkface ni dulu

statement dari sumber lain :
SAMjangan dengar K Pop, ko tau dorang miming tak? diorang miming, diorang buat plastic surgery, lepastu korang bajet diorang handsome
YOUK: kitorang ni yang penat2 buat band, susah payah main cari chord, belajar susah2, dorang senang joget2, mekap2 sket, dah dapat juta2 duit..kitorang xpuas hati
PAANsupport la local, nak kawin pun duit takdak bagi diorang buat apa

fazie tak menyebelahi mana-mana pihak. sebab fazie tersekat di tengah antara kpop dan bunkface serta omputeh. #eh? fazie memang minat dengan bunkface ni. sekarang pun minat jugak. hehe. tapi rasanya bunkface tak perlu nak mengutuk artis kpop ni. Please Respect Others. sebab ini jugak ramai yang bash bunkface dan tak support bunkface lagi. bagi fazie lah rasanya tak salah nak minat muzik kpop ni sebab itu hak masing-masing kan? kalau nak sekat muzik kpop ni pun fazie rasa pun ada elok jugak sebab sepatutnya kita support our local music right? 

kebanyakannya remaja yang minat gila dengan kpop ni termasuk adik fazie ni haa. handphone dia penuh dengan elemen kpop bagai. fazie minat sikit-sikit je. setakat dengar lagu pe salahnya. 

tapi fazie cuma nak tegur lah kepada golongan yang fanatik benar dengan muzik kpop termasuk fanatik dengan orang-orang kpop ni. perlu ke kita jadi fanatik sangat? kalau sikit-sikit boleh lah rasanya tapi sampai jadi manusia yang tak mengaku duduk dekat Malaysia pun parah jugak. nanti kena bash dekat twitter. pernah terdengar jugak tanda-tanda kiamat kecil,  manusia menyanjungi artis-artis dan muzik akan bermaharajalela di sana sini. wallahualam. 

ada pihak yang sanggup buat page ni https://www.facebook.com/pages/Bunkface-Should-Apologize-Openly-to-Kpop-Artist-and-Fans/271576236265852 
betul, bunkface perlu buat kenyataan maaf kepada semua rakyat terutama kpoppers. kalau nak tegur pun biarlah dengan adab sopan tak perlulah nak mengutuk dan mengaibkan artis kpop yang buat plastic surgery bagai. kan dari kita sekolah dulu pun kita dah diajar beradab sopan dan termaktub jugak dalam rukun negara kita kan? jaga adab dan tak perlu mengeluarkan ayat-ayat yang tidak baik kepada umum. 

kesian mereka kena boo dan dicampak sampah semasa mereka perform di Shout Awards 2012. mohon jangan cedih eh abang2 cepet kita. hehe :D

p/s: fazie prefer Electro House sebab mereka awesome. escpecially Calvin Harris. my handsomest DJ. hehe. tapi fazie tak fanatik sangat okay! peace!