Sorry

Assalamualaikum...

Tumblr_mleaqyqyeq1qljih6o1_400_large

lame dah tak update blog. sorry. rindu pulak nak berblogging sebab tu baru nak update blog ni ha. nak update pon tak tahu nak update ape.

busy yang teramat sangat! tambah2 lagi dengan kerja kursus PBS. buat dua kerja last minute memang awesome.. lepas ni janji tak nak buat keje last minute lagi. nyesal weh! harap korang jangan buat gitu ye.. memang makan diri. sampai tak tido malam jadinye.

rasa macam nak kembali berblogging. mungkin tak aktif mane lah. sebab lepas ni nak exam semester 2. study last minute lagi.. arghh!! ni semua gara2 PBS. nasib baik dah break up dengan PBS.. rasa aman dan lega sangat. oklah.. in shaa Allah kalau ade mase fazie update. :)

One Way or Another (Teenage Kicks) untuk Kebajikan

Assalamualaikum...


lama tak berupdate blog ni. maaf. banyak sebabnya.. salah satunya sebab sibuk (buat2 sibuk aje). hihii

okay straight to the point. omputih sat. tajuk pun dah omputih kan. One Way or Another ialah single pertama bagi tahun 2013 boyband yang terkenal di UK iaitu One Direction. Siapa yang tak kenal One Direction ni kan kan... dianggotai oleh Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson. *fazie salah seorang peminat tegar 1D ni. hihiks

Single ini istimewa kerana ianya dibuat untuk amal kebajikan dengan kerjasama Comic Relief dan Red Nose Day untuk mengumpul dana dan disalurkan ke tabung kemiskinan di Afrika.
"Comic Relief adalah sebuah badan amal British yang melakukan kerja yang menakjubkan membantu rakyat di seluruh Afrika dan di UK yang hidup dalam kesusahan," - Zayn Malik
 Muzik video One Way or Another ini juga dibuat sendiri oleh mereka sendiri demi untuk menjimatkan wang. dalam muzik video itu juga pelbagai dilakonkan secara spontan di sekitar London, Afrika, Japan dan New York. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron turut terlibat dalam pembikinan muzik video ini.








Kami meminta One Direction untuk melawat Afrika, untuk melihat sendiri bagaimana, beribu-ribu bayi, vaksin berharga hanya £ 5 yang sangat bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Jelas sekali  Zayn, Louis dan Niall sedih dan menitiskan sehingga menitiskan air mata. 

siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak yang sedang sakit dan kelaparan namun kita di sini mewah dengan pelbagai makanan dan kesenangan yang tidak terkira. sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan bantulah mereka yang dalam kesusahan. peringatan untuk diri sendiri dan semua.