Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

One Way or Another (Teenage Kicks) untuk Kebajikan

Assalamualaikum...


lama tak berupdate blog ni. maaf. banyak sebabnya.. salah satunya sebab sibuk (buat2 sibuk aje). hihii

okay straight to the point. omputih sat. tajuk pun dah omputih kan. One Way or Another ialah single pertama bagi tahun 2013 boyband yang terkenal di UK iaitu One Direction. Siapa yang tak kenal One Direction ni kan kan... dianggotai oleh Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson. *fazie salah seorang peminat tegar 1D ni. hihiks

Single ini istimewa kerana ianya dibuat untuk amal kebajikan dengan kerjasama Comic Relief dan Red Nose Day untuk mengumpul dana dan disalurkan ke tabung kemiskinan di Afrika.
"Comic Relief adalah sebuah badan amal British yang melakukan kerja yang menakjubkan membantu rakyat di seluruh Afrika dan di UK yang hidup dalam kesusahan," - Zayn Malik
 Muzik video One Way or Another ini juga dibuat sendiri oleh mereka sendiri demi untuk menjimatkan wang. dalam muzik video itu juga pelbagai dilakonkan secara spontan di sekitar London, Afrika, Japan dan New York. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron turut terlibat dalam pembikinan muzik video ini.








Kami meminta One Direction untuk melawat Afrika, untuk melihat sendiri bagaimana, beribu-ribu bayi, vaksin berharga hanya £ 5 yang sangat bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Jelas sekali  Zayn, Louis dan Niall sedih dan menitiskan sehingga menitiskan air mata. 

siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak yang sedang sakit dan kelaparan namun kita di sini mewah dengan pelbagai makanan dan kesenangan yang tidak terkira. sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan bantulah mereka yang dalam kesusahan. peringatan untuk diri sendiri dan semua. 

Scene Membunuh Yang Paling Teruk (FAIL)

Assalamualaikum..

daripada filem Turki yang bertajuk "Kareteci Kız"




agak-agak bila dia nak mati ni asyik menjerit je memanjang. hahaa. 


Fatih Seferagic

Assalamualaikum...

siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni :



Subhanallah, Masha Allah. indahnya suara beliau. tersentuh hati ni bila mendengar kelunakan suara Fatih Seferagic membaca ayat suci al-Quran ini. Inilah wajah beliau :




I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.

ini facebook beliau https://www.facebook.com/fatihseferagic
kalau search dekat youtube banyak video mengaji beliau. tenang hati ini bila dengar suara dia mengaji :)

Bunkface dan Anti Kpop nya.

Assalammualaikum...



tengah hari tadi fazie tengok Melodi tapi tak tengok semuanya. tapi fazie tertengok pulak part Bunkface bagi statement pasal Kpop. sebab benda ni lah wujudnya seorang makhluk di twitter mengaku dirinya tinggal di Planet Matoki. kikiki. apa puncanya?

tengok statement bunkface ni dulu

statement dari sumber lain :
SAM: jangan dengar K Pop, ko tau dorang miming tak? diorang miming, diorang buat plastic surgery, lepastu korang bajet diorang handsome
YOUK: kitorang ni yang penat2 buat band, susah payah main cari chord, belajar susah2, dorang senang joget2, mekap2 sket, dah dapat juta2 duit..kitorang xpuas hati
PAAN: support la local, nak kawin pun duit takdak bagi diorang buat apa

fazie tak menyebelahi mana-mana pihak. sebab fazie tersekat di tengah antara kpop dan bunkface serta omputeh. #eh? fazie memang minat dengan bunkface ni. sekarang pun minat jugak. hehe. tapi rasanya bunkface tak perlu nak mengutuk artis kpop ni. Please Respect Others. sebab ini jugak ramai yang bash bunkface dan tak support bunkface lagi. bagi fazie lah rasanya tak salah nak minat muzik kpop ni sebab itu hak masing-masing kan? kalau nak sekat muzik kpop ni pun fazie rasa pun ada elok jugak sebab sepatutnya kita support our local music right? 

kebanyakannya remaja yang minat gila dengan kpop ni termasuk adik fazie ni haa. handphone dia penuh dengan elemen kpop bagai. fazie minat sikit-sikit je. setakat dengar lagu pe salahnya. 

tapi fazie cuma nak tegur lah kepada golongan yang fanatik benar dengan muzik kpop termasuk fanatik dengan orang-orang kpop ni. perlu ke kita jadi fanatik sangat? kalau sikit-sikit boleh lah rasanya tapi sampai jadi manusia yang tak mengaku duduk dekat Malaysia pun parah jugak. nanti kena bash dekat twitter. pernah terdengar jugak tanda-tanda kiamat kecil,  manusia menyanjungi artis-artis dan muzik akan bermaharajalela di sana sini. wallahualam. 

ada pihak yang sanggup buat page ni https://www.facebook.com/pages/Bunkface-Should-Apologize-Openly-to-Kpop-Artist-and-Fans/271576236265852 
betul, bunkface perlu buat kenyataan maaf kepada semua rakyat terutama kpoppers. kalau nak tegur pun biarlah dengan adab sopan tak perlulah nak mengutuk dan mengaibkan artis kpop yang buat plastic surgery bagai. kan dari kita sekolah dulu pun kita dah diajar beradab sopan dan termaktub jugak dalam rukun negara kita kan? jaga adab dan tak perlu mengeluarkan ayat-ayat yang tidak baik kepada umum. 

kesian mereka kena boo dan dicampak sampah semasa mereka perform di Shout Awards 2012. mohon jangan cedih eh abang2 cepet kita. hehe :D

p/s: fazie prefer Electro House sebab mereka awesome. escpecially Calvin Harris. my handsomest DJ. hehe. tapi fazie tak fanatik sangat okay! peace!

Peringatan Untuk Umat Manusia (Surah Al-'Asr)

Assalammualaikum...


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
  1. Demi masa,
  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
  3. Kecuali pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Terdapat sebuah kisah semasa surah ini diturunkan, iaitu kisah antara Amru bin Al 'As dan Musailamah al-Kazzab. Musailamah al-Kazzab bertanya kepada Amru:

"Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad SAW) pada masa ini?"

Amru menjawab: "Surah yang pendek dan padat."

"Apa dia?" tanya Musailamah

Lalu Amru membaca surah al-'Asr. setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata:

"Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku."

"Apa dia?" tanya Amru

"Hai, Wabr (bermaksud kecil, mamalia berbulu), Hai Wabr! kamu hanya memiliki dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali..."

"Apa pendapatmu Amru?" tanya Musailamah

"Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa engkau ini hanya menipu dan dusta."

Menurut Abu Bakar Al-Khara'iti dalam bukunya Masawi ul-Akhlaq, Wabr menyerupai kucing, dan anggota badan yang paling besar yang ada pada Wabr adalah telinga dan perutnya. Musailamah cuba menyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai kata-katanya itu.

Kisah ini adalah antara sebab-sebab dia digelar Al-Kazzab yang bermaksud seorang pendusta dan penipu.

Menurut Imam at-Tabrani, apabila dua orang sahabat Rasulullah SAW bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah al 'Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

Menurut Imam al-Shaei: Seandainya manusia tahu makna yang terkandung dalam surah al-'Asr, maka cukuplah surah ini sebagai nasihat untuk mereka.

nota cinta: Surah al-'Asr ini mengingatkan kita supaya menyedari hakikat bahawa usia kita adalah pendek dan hendaklah kita memenuhi usia kita dengan melakukan perkara-perkara kebaikan. Jauhi kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah SWT.


kredit: Ana Muslim

video youtube :D

Assalammualaikum w.b.t...

hai dah lama tak update blog kesayangan ni. maklumlah tinggal bape hari jek nak exam STPM Penggal 1 bagi batch 94. fuhh memang tak ready lagi sebab exam start 5/11 ni sekali dengan SPM. terpaksalah buat persediaan yang betul2 sebab markah exam Penggal 1 ni nanti akan dibawa ke Penggal yg ke 3. 29% rasanya.

Okay fazie nak bagitahu dekat korang yang fazie dah berjaya buat lirik video! haha ni kes takde keje pastu buat video tu upload dekat youtube. ahaha. jemput lah tengok video ni khas untuk semua.. lagipun lagu ni memang awesome sangat tau! penyanyi dia pun awesome gegile! nak tau sebab ape? sebab dekat twitter dia reply tweet fazie! pastu dia retweet! ahaha. memang terbaik lah kak Faradhiya ni. memang dia hargai fans dia. nak tengok? tengok bawah ni ;




sporting kan dia. haha terharu pulak kite..ngeee :D


jemput tengok video yang dibuat sendiri oleh fazie. so, enjoy! 
p/s : jemput lah follow twitter fazie dan subscribe akaun youtube fazie tuh. ehehe xD

lagu terbaik dari ladang



Assalammualaikum w.b.t ! salam 1 Malaysia . hehe . semangat betul pulak hari ni . okay , hari ni terasa macam nak update sesuatu . kali ni nak share dengan korang lagu yang sejak akhir-akhir ni masuk ke dalam hati fazie . fuhh ayat . hahaha . sejak tempat kerja dah ada radio free ni , asyik dengar lagu jela . kalau buka radio mesti cari frekuensi 90:30 iaitu ERA FM . tagline selalu dengar macam ni "ERA , KINI HANYA MEMAINKAN MUZIK HITS YANG TERBAIK" 

nak tunjuk dengan korang lagu yang dah masuk dalam kepala fazie , antaranya :

SUKI LOW - TERLALU MENCINTAIMU


lagu dia menusuk kalbu . vokal Suki memang mantap sebab tu fazie rasa lagu ni best sangat! yeahh <3
GX4 - KERANA KASIHMU
lagu ni ost cerita vanila coklat . tapi fazie tak pernah tengok cerita tu , fazie dengar lagu ni pun dekat radio jek . lagu ni memang best lirik dia syok, layan jea bila dengar . huhu . suara lelaki yang nyanyi ni pun sayup2 je . 
DIANDRA ARJUNAIDI - ANGKASA
orang kata (dekat youtube) dia Colbie Caillat Malaysia . mungkin lah sebab suara dia best dan lagu dia superb ! 
YUNA - TERUKIR DI BINTANG
tak lupa jugak dengan Yuna ! lagu dari album terbaru dia , terukir di bintang. bila dengar lagu ni rasa macam ada dekat Europe jek . memang tip top lah lagu ni . 1st time fazie dengar terus jatuh hati dengan lagu ni . hehe :D
okay , itu jea fazie nak share . lagi pun dulu fazie tak layan sangat lagu BM , tapi sejak dah dengar radio ni asyik nak dengar lagu yang fazie dah senaraikan di atas tu . haha . jadi , sokonglah lagu tempatan ye ! 

aku penakut

lagu ni memang kena dengan situasi fazie sekarang . arghh !

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku





especially for MR. AM

takeover by MIZZ NINA !

hello eartlings ! semalam fazie tak dapat online . tension . sehari tak online rasa tak bernyawa pulak . haha . nak online benda ni yang keluar
no internet access 

mane tak bengang . oke2 ni dah keluar tajuk . korang nampak kan tajuk entri fazie kali ni ? sekarang ni fazie dah ketagih nak dengar lagu TAKEOVER BY MIZZ NINA .

apa yang special sangat dengan lagu ni yea ? mana taknye , miss beautiful ni iaitu MIZZ NINA featuring FLO RIDA ! awesome giler . 


sekarang ni rasa artis kita dah setaraf artis antarabangsa pulak . korang tahu kan dulu Mizz Nina pernah keluarkan single hit beliau iaitu What Are You Waiting For ft Colby O'Donis , sekarang ni Take Over pulak ft Flo Rida . bangganya dengan pencapaian cik nina kita ni :D

meh dengar lagu dia kalau korang belum dengar



nak jadi macam MIZZ NINA boleh ? tapi versi MISZ FAZIE .
introducing MISZ FAZIE featuring PARAMORE. haha berangan jea lebih minah ni :D

Tangkap Cik Maria !

hello earthlings . fazie terjumpa satu video menarik yang di post member fazie dekat efbee . kelakar jugak lah . tengok dan korang nilai sendiri oke ? hope korang enjoy !






dah tengok ? haha . fazie tengok video ni pun tergelak sorang2 . siapa2 peminat group korea ni hope jangan marah k . ni untuk hiburan semata2 :)

kalau error harap korang terus tengok dekat youtube yea :)

BEST PARODY EVER !

assalammulaikum semua ! hello peeps . hari ni rasa macam nak share something lah dengan korang . semalam fazie ade tengok satu video ni . tengok gambar depan video tu macam menarik . nama pun menarik jugak .
KL HAMSTER . haha cute jea kan nama dia . dah lah hamster . dia macam buad trailer KL GANGSTER lah . nak tengok video ni ? jum tengok cepat sebelum korang patah gigi !




kelakar kan ? huhu first time fazie tengok pun daripada tengah sedih giler terus ketawa sampai sakit perut .
act , dorang ni suke buad video macam ni . korang like lah page dorang . tekan KYO PROPAGANDA .  orang kuat kyo propaganda , Nabil Ifwat (kyo) and Ameerul Afiq (chulat)  ni pun cute . hehe . kebanyakan lokasi dorang buad video tuh dekat uitm lendu . dekat benor dengan tempat fazie . patut macam kenal jea . semalam banyak jugak lah fazie tengok video2 dorang . antaranya video di bawah ni . CEPAT CEPAT TENGOK ! kalau tak korang kencing malam . (tak senonoh betul)




not bad right ? haa one more video yang fazie suke . HOW TO BE AWESOME ! muke orang dalam video ni kelakar pulak . jum2 tengok . kalau tak korang ade penyakit suka cakap sorang2 . hehehe . enjoy it !



nak tengok banyak lagi video menarik dorang ? tekan SINI
here biography dorang

Kyo Propaganda is a Malaysian Youtuber started spread his own weird propaganda through video since 2009. He start this activity with his roomate, name Chulat Skywalker and borrowing his friends DSLR camera to filming funny and parody video for Malaysian's.
His artwork was being accepted by Malaysian viewer and his channel now being spread among malaysian Bloggers.

moreover , dorang pun dapat awards gak . tabik spring lah . ini dia :
3# Malaysian Most Awesome Youtube Channel
1# KRAFT best music video award
1# KRAFT most Favourited music video award



oke that's all . last words , KYO PROPAGANDA memang terbaiklah ! keep it up guys ! adios ~