Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

One Way or Another (Teenage Kicks) untuk Kebajikan

Assalamualaikum...


lama tak berupdate blog ni. maaf. banyak sebabnya.. salah satunya sebab sibuk (buat2 sibuk aje). hihii

okay straight to the point. omputih sat. tajuk pun dah omputih kan. One Way or Another ialah single pertama bagi tahun 2013 boyband yang terkenal di UK iaitu One Direction. Siapa yang tak kenal One Direction ni kan kan... dianggotai oleh Zayn Malik, Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson. *fazie salah seorang peminat tegar 1D ni. hihiks

Single ini istimewa kerana ianya dibuat untuk amal kebajikan dengan kerjasama Comic Relief dan Red Nose Day untuk mengumpul dana dan disalurkan ke tabung kemiskinan di Afrika.
"Comic Relief adalah sebuah badan amal British yang melakukan kerja yang menakjubkan membantu rakyat di seluruh Afrika dan di UK yang hidup dalam kesusahan," - Zayn Malik
 Muzik video One Way or Another ini juga dibuat sendiri oleh mereka sendiri demi untuk menjimatkan wang. dalam muzik video itu juga pelbagai dilakonkan secara spontan di sekitar London, Afrika, Japan dan New York. Malah Perdana Menteri Britain, David Cameron turut terlibat dalam pembikinan muzik video ini.








Kami meminta One Direction untuk melawat Afrika, untuk melihat sendiri bagaimana, beribu-ribu bayi, vaksin berharga hanya £ 5 yang sangat bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Jelas sekali  Zayn, Louis dan Niall sedih dan menitiskan sehingga menitiskan air mata. 

siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak yang sedang sakit dan kelaparan namun kita di sini mewah dengan pelbagai makanan dan kesenangan yang tidak terkira. sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan bantulah mereka yang dalam kesusahan. peringatan untuk diri sendiri dan semua. 

Fakta yang Perlu Anda Tahu tentang Obesiti

Assalamualaikum...


  • laporan daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah obesiti seawal usia kanak-kanak.
  • mengamalkan diet berbeza dan secara membuta tuli tanpa nasihat doktor, boleh mengundang penyakit anoreksia yang kebanyakkannya dialami oleh kaum wanita.
  • kegemukan boleh diturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya kerana jika ibu bapa gemuk, mereka cenderung memiliki anak-anak yang mempunyai saiz badan yang sama.
  • faktor emosi memainkan peranan penting kerana jika terganggu, kebiasaannya keseluruhan hidup kita akan terganggu dan sekali gus mempengaruhi kadar pemakanan kerana dianggap satu cara terbaik meredakan tekanan.

Disebalik Air Berkarbonat

Assalamualaikum...


Apabila cuaca panas, tentu tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. minuman apa yang terbayang di dalam kepala? jika kamu inginkan minuman berkarbonat, pilihan kamu ternyata salah! sememangnya enak tekak dibasahkan dengan minuman berkarbonat ketika panas tetapi ia juga boleh membahayakan tubuh kamu. Jom ambil tahu sekarang

  • Ginjal
air berkarbonat mempunyai gas yang boleh menggangu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. kalau jumlah air kencing sedikit, ia akan lebih pekat daripada air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal. sayangilah ginjal kamu segera!

  • Perut
jika perut kamu kosong, jangan isikannya dengan air berkarbonat. nanti kamu boleh sakit perut malahan organ itu boleh mengalami masalah angin. hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. minum air berkarbonat secara berlebihan juga boleh menambah beban 'kerja' pada perut kamu.

  • Kerongkong
pasti kamu setuju apabila cuaca panas, air berkarbonat merupakan penghilang dahaga no.1. namun, kesannya hanyalah sementara. ia sebenarnya akan membuat kamu lebih terasa dahaga dan tekak kering. sebab itulah kamu tidak pernah puas apabila minum air berkarbonat. jika terlalu dahaga, minum air masak yang secukupnya kerana itulah yang sebaiknya. kerongkong kamu juga boleh luka akibat kuatnya gas yang terkandung di dalam air berkarbonat.

  • Tulang
kamu suka melihat gelembung-gelembung udara dalam air berkarbonat? gelembung ini disebabkan oleh wujudnya kandungan asid forforus. di kala kamu sedang menikmati air berkarbonat dengan penuh asyiknya, tahukah kamu sebenarnya tulang kamu sedang dicabul yang akhirnya menjadi rapuh dan berbentuk seperti kawah bulan! mahukah tulang kamu rapuh dan mendapat penyakit osteoporosis pada usia yang muda? segaralah jauhinya!

  • Gigi
pasti kamu pernah dinasihati supaya memberus gigi selepas makan gula-gula ketika kecil dahulu? jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap, risikonya sama sahaja pada gigi kamu kerana air berkarbonat juga boleh merosakkan gigi. ia mengandungi paras gula yang sangat tinggi. menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula di dalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. lama-kelamaan apa yang akan jadi pada gigi kamu? bayangkan...

  • Otot
selain daripada tulang, otot juga ada kesannya jika kamu terlalu kerap minum air berkarbonat. jika kamu minum air berkarbonat sebanyak 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. kesannya, badan kamu akan menjadi lemah otot, selalu penat, tidak larat mengangkat benda berat serta pergerakan juga akan terbatas.

  • Susah Tidur
kafeina di dalam air berkarbonat boleh membuatkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. sudah pasti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan pada diri kamu. hasilnya, tidur malam kamu akan terganggu dan secara keseluruhannya, ia mengganggu sistem badan kamu untuk berfungsi secara normal.

Jangan Tertipu!
walaupun ada tulisan No Calories ataupun Sugar Free, itu tidak bermakna kandungan gula dalam air berkarbonat berkurangan. apa yang kurang hanyalah gula asli. tetapi pemanis buatan masih digunakan dan diletakkan sebagai bahan kandungan utama. pemanis buatan ini berlipat kali ganda lebih manis daripada gula asli. oleh itu, kalori yang terhimpun mungkin dalam angka yang kecil tetapi manisnya sama seperti air berkarbonat yang biasa.

sumber: Majalah Remaja 

10 Haiwan Pembunuh Manusia Paling Terkenal

Assalamualaikum...

Seganas mana pun seseekor haiwan itu, jarang sekali ia menjadikan manusia sebagai sasarannya. Namun atas sebab-sebab tertentu, terdapat segelintir haiwan buas mula menyasarkan manusia dengan pelbagai tujuan. Ada yang ingin dijadikan makanan dan ada pula yang membunuh manusia sekadar untuk suka-suka. Ikuti senarai 10 haiwan pembunuh manusia yang terkenal ini :




10. THE LIONS OF NJOMBE



9. TWO TOED TOM



8. KESAGAKE



7. THE NEW JERSEY SHARK



6. THE BEAR OF MYSORE



5. THE BEAST OF GEVAUDEN



4. THE TSAVO LIONS



3. THE PANAR LEOPARD



2. THE CHAMPAWAT TIGRESS



1.GUSTAVE

sumber: SELEKSI

Bila Si Dia Ingat Kamu?

Assalamualaikum...

Entri kali ni khusus untuk wanita yang sudah berpasangan atau bakal bertunang atau bakal berkahwin mahupun yang dah berkahwin pun boleh.

mesti korang tertanya-tanya bilakah waktunya si dia paling suka fikir tentang dirimu. tengok ni ;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
43% 
Di Bilik Mandi

38%
Di Pejabat

11%
Dalam Kereta

8%
Ketika Di Gim.

kepada kaum lelaki, acaner setuju tak? kalau tak setuju sila komen :)

Kartun Spongebob Tidak Baik Untuk Kanak Kanak



CHICAGO (AP) —  Kajian yang diketuai oleh profesor di Universiti Virginia berkata kartun "Spongebob Squarepants" boleh memperlahankan fungsi mental kanak-kanak.

Kajian ini menunjukkan bahawa menonton hanya sembilan minit kartun ini boleh menyebabkan proses pembelajaran dan fokus kanak-kanak menjadi lambat.

Masalah yang dilihat dalam kajian 60 kanak-kanak yang dipilih secara rawak sama ada menonton "SpongeBob," atau perlahan-tanggung kartun PBS "Caillou" kemudian mereka ditugaskan untuk melukis gambar. Sejurus selepas itu, tugasan sembilan minit kanak-kanak mengambil ujian fungsi mental; kanak-kanak yang telah menonton kartun "SpongeBob" tidak menonjol dan lebih teruk daripada yang lain.

Selepas itu kanak-kanak prasekolah ditanya untuk melakukan empat aktiviti berbeza "fungsi eksekutif" tugas tersebut adalah ujian keupayaan kognitif dan kawalan impuls, seperti mengira ke belakang, menyelesaikan teka-teki, dan melambatkan kepuasan dengan menunggu untuk makan snek lazat sehingga diberitahu untuk berbuat demikian. Berbanding dengan kanak-kanak menonton kartun PBS, lebih cekap berbanding kanak-kanak yang menonton kartun Spongebob tersebut.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dibawah 5 tahun tidak digalakkan membiarkan anak-anak mereka menonton kartun Spongbob ni.

sumber : abcnews dan theblaza 


Remaja Perempuan Paling Tinggi Di Dunia!

Assalamualaikum...

Elisany da Cruz, 17 tahun bersama teman lelakinya yang cuma berukuran 5 kaki 6 inci dan Elisany berukuran  6 kaki 8 inci.

Brazil: Beliau tidak bersekolah kerana sering diejek oleh teman sekolah kerana memiliki ketinggian yang melampau serta tidak muat menaiki bas.

Elisany semakin tinggi kerana tumor pada kelenjar pituitari beliau. Dia membesar lebih cepat daripada 7 adik-beradik beliau dari usia 11 tahun dan mempunyai ketinggin 6kaki 9inci apabila dia 14 tahun.  Pertumbuhan secara tiba-tiba beliau menyebabkan kesakitan di anggota badan dan sendi.

Elisany bersama ibunya (kiri) dan kakaknya

Namun beliau telah menjalani pembedahan membuang kelenjar dua tahun lalu dan ketinggian dia mula menyusut. 

Kini Elisany bahagia bersama teman lelakinya Francinaldo Da Silva, 22. Dia berkata : 
"Apa yang benar-benar menarik saya adalah keperibadiannya, cara dia bertindak dengan orang ramai dan cara dia bertindak dengan saya.
"Satu-satunya perkara yang benar-benar memberi kesan kepada kami ialah apabila kita bergaul berpegangan tangan - ia seolah-olah seperti dia adalah adik lelaki atau anak saya."
sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/4710978/Worlds-tallest-teen-girl-Elisany-da-Cruz-Silva-takes-romantic-beach-stroll-with-her-toy-boy.html  

Sihat Dengan Bunga!

Assalammualaikum...

Terselak-selak Majalah Remaja, terjumpa pulak tips menarik pasal bunga dalam ruangan Info Sihat. cekidout!

Sejak dari dahulu bunga digunakan untuk mengubat penyakit kerana kuasa penyembuhannya yang luar biasa! Antaranya ;

Rosa Gallica Officinalis


  • Bunga ros jenis Rosa Gallica Officinalis dikatakan boleh mengubati jangkitan kerongkong, gastrik, cirit birit dan depresi.


Dandelion

  • Dandelion mampu mengubat ketuat dan dikatakan mempunyai elemen anti kanser

Viola Odorata
  • Violet terutamanya Viola Odorata mempunyai elemen ekspektoran yang membantu mencegah sakit tekak dan asma.
p/s: setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati ;)

Harimau Malaya Menang 2-0

Assalammualaikum...

TL penuh pasal bola. 

Alhamdulillah Alhamdulillah akhirnya Harimau Malaya menang dengan bergaya mengalahkan Sang Garuda. memang tak sia-sia fazie menjerit tadi. haha..

Separuh masa pertama memang best. mula-mula Indonesia asyik serang memang dah tak senang duduk fazie dibuatnya. haihh. tapi tak lama tu gol Indonesia dapat Harimau bolosi. jyeahh! riuh rendah rumah. haha.

Perlawanan tadi memang terbaik Indonesia pun tetap serang masa separuh masa kedua. Malaysia banyak defend je, kurang serangan. ada pulak yang cakap Malaysia saja lengah-lengahkan masa. 

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia boleh tidur lena malam ni. Alhamdulillah. lepas ni kita akan bertemu Thailand. semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dan kekalkan kejuaraan Piala AFF Suzuki. 




Harimau Malaya vs Sang Garuda

Assalammualaikum...



semua orang tahu malam ni perlawanan antara Harimau Malaya menentang musuh tradisi kita Sang Garuda. korang mesti ingat lagi kan detik kemenangan kita sewaktu Harimau Malaya pada Sukan Sea Games 2011 di Indonesia yang membenamkan keegoan rakyat Indonesia yang terus-terusan tidak menghormati kita. masa tu fazie tak senang duduk! haha. emosi semua nak kencang. tapi alhamdulillah Allah menyebelahi kita dengan kemenangan yang sangat bermakna untuk semua rakyat Malaysia.

buat masa ini, Malaysia di tempat yang ketiga. Singapura di tempat kedua manakala Indonesia ditempat teratas kumpulan B. tidak dinafikan Indonesia semakin kuat apabila menang keatas Singapura 1-0.

marilah kita semua rakyat Malaysia mendoakan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya lagi. In shaa Allah. fazie hanya mampu menonton di tv tak tahu la kalau ade yang sudi teman malam ni. *cedih* jangan pulak lepas ni ade lagi "attention seeker" nak kerat sana sini, bogel sana sini. ppffftttt!



Selamanya Harimau Malaya!





Hayati 10 Ayat Surah Al-Khafi

Bismillah..
Assalammualaikum...



Salam Jumaat kepada semua. Sempena hari Jumaat ni fazie nak kongsi ilmu dengan anda semua :)
Sabda Rasulullah s.a.w tentang Dajjal.

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)


Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”











kredit : mamat &  bahterawawasan

Bersin, Batuk, Tersedu, Berdengkur dan Menguap

Assalammualaikum...



korang mesti pernah bersin, batuk, tersedu, berdengkur(kalau korang sedarlah) dan menguap? memang pernah punya lah fazie apatah lagi. entri kali ni fazie nak bagi info sedikit tentang ni dan mengapa terjadinya keadaan tersebut.

Bersin
Bersin didefinisikan sebagai satu aliran udara yang kuat melalui mulut dan hidung. ini akan berlaku di luar kemahuan diri seseorang. kebiasaannya, bersin berlaku kerana terdapat partikel yang mengganggu di dalam rongga hidung seseorang. hujung-hujung saraf di dalam rongga hidung merangsang untuk anda bersin bagi menyingkirkan partikel-partikel tersebut. bagi mengelak daripada bersin berlanjutan, membasuh rongga hidung juga dapat membantu.

penyebab lain bagi gejala bersin ini adalah faktor udara ataupun selesema. ketika anda selesema,  terdapat banyak partikel-partikel asing di dalam rongga hidung sehingga memaksa hidung anda untuk bersin.
apa yang lebih penting adalah, kecepatan udara ketika anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. jadi, bersin anda akan mengeluarkan sehingga 100,000 butiran kecil lendir dan mikroorganisma. lebih baik anda menutup hidung dan mulut ketika bersin kerana ia akan membahayakan orang sekeliling yang ada.

Batuk
Batuk sememangnya memenatkan. bukan itu sahaja, jika anda batuk, orang di sekeliling akan menutup hidung dan mulut untuk mengelak daripada berjangkit. takrifan kepada batuk yang digambarkan adalah benar. ini kerana batuk baik untuk anda mengeluarkan tetapi tidak untuk mereka yang menghidu.

gejalan ini sama seperti bersin iaitu terdapat partikel asing, namun batuk disebabkan partikel asing yang berada di dalam paru-paru daripada sesuatu yang merbahaya pada waktu saluran pernafasan mula terganggu.

batuk juga boleh dijadikan alternatif untuk membersihkan kerongkong. ini kerana, partikel asing yang ada di kerongkong mahupun paru-paru akan disingkirkan hanya dengan batuk. tetapi perlu ingat, batuk boleh menyebarkan penyakit. jadi, tutup mulut anda ketika batuk.

Berdengkur
Berdengkur sememangnya sangat mengganggu. bukan sahaja kepada orang lain yang mendengar, malah kepada diri sendiri kerana ketika berdengkur, seseorang boleh tersedak. sesetengah pendapat menyatakan, berdengkur selalunya berlaku kepada seseorang yang tidur dalam keadaan yang terlalu penat. tetapi, terdapat jawapan secara saintis mengenai gejala ini.

biasanya, berdengkur akan dikaitkan dengan tidur menelentang. teori ini bertepatan kerana saat kita tidur menelentang, mulut akan cenderung untuk ternganga dan lidah menghalang saluran pernafasan. jaringan lembut di antara lelangit dan kerongkong bergetar kerana udara melaluinya semasa anda bernafas menggunakan mulut. selain itu, bibir, pipi dan lubang hidung juga akan turut bergetar.

cara yang terbaik bagi mengelak daripada berdengkur adalah dengan tidur mengiring. ketika anda mengiring, potensi untuk mulut terbuka dan saluran pernafasan tertutup adalah tipis. anda akan dapat bernafas menggunakan hidung tanpa masalah. (ikut sunnah, cara nabi tidur)

Sedu
Sedu terjadi tanpa kawalan ataupun sedar. sedu merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan oleh kontraksi diafragma secara tidak teratur. ini kerana gangguan organ-organ tubuh pada diafragma. keadaan ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, membentuk epiglotis yang menyebabkan peti suara bergetar. kerana itu, apabila anda tersedu, anda berbunyi 'hik'.

Menguap
Pernahkah anda mengalami situasi yang anda tidak mengantuk, tetapi anda menguap? pasti anda merasa hairan dan mencari-cari punca kenapa anda boleh menguap. jika melihat kepada persekitaran, mungkin ia boleh dijadikan faktor. antaranya, seperti persekitaran yang tertutup, tiada saluran udara segar ataupun pohon-pohon yang menyebarkan karbon dioksida.

manusia secara zahirnya memerlukan peredaran udara yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai oksigen. tanpa oksigen yang mencukupi, paru-paru dan otak tidak akan dapat berfungsi sebaiknya dan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu lemah dan pening.

situasi ini juga bersangkutan dengan masalah menguap. seseorang akan menguap kerana paru-paru anda kurang mendapat oksigen. bagi mengelak atau mengurangkan gejala menguap yang anda alami, sebaik-baiknya anda mengamalkan amalan dengan menarik nafas sedalam-dalamnya agar paru-paru memperoleh karbon dioksida dan tidak berkurangan oksigen. namun terdapat juga gejala menguap ikut-ikutan iaitu apabila seseorang menguap, akan berjangkit kepada diri anda juga.

kredit: Majalah Dara Feb 2012

KEAJAIBAN DI GAZA

Assalammualaikum...



KEAJAIBAN DI GAZA...
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!




nota cinta : marilah bersama-sama doakan saudara Islam kita di Palestin agar mereka diberikan kekuatan dalam menempuh ujian yg diberikan oleh Allah swt kepada mereka. Amin. 

Depression

Assalammualaikum w.b.t...

Salam maal hijrah semua! pagi2 ni macam biasa lepas siap kemas rumah menghadap laptop. yang benaunya laptop ni angah punya. haha, biarkan dia. apa kena dengan entri tajuk fazie ni? fazie cuma nak kongsi dengan korang sesuatu. 

korang tahu tak kalau online facebook tiga hingga tujuh jam boleh mengakibatkan kemurungan?(depression) baca entri ni: http://matsomherbs.blogspot.com/2012/11/berfacebook-menyebabkan-kemurungan.html

dah faham? ok bagus. nak tahu tanda2 seseorang tu menghidap kemurungan? 

Kelakuan 
  • sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  • kurang berminat dalam aktiviti yang mengembirakan
  • terpinggir / terasing
  • marah dan suka bermusuh
  • hubungan yang tegang
  • kerapkali tidak hadir ke sekolah
  • hendak lari dari rumah
  • kelakuan merosakkan diri
Perasaan/Emosi/Pemikiran
  • perasaan tidak puas hati
  • kurang tumpuan
  • kurang keyakinan diri
  • rasa diri tidak berguna
  • bosan
  • tertekan kerana tersingkir
  • cepat marah
Perubahan Fizikal
  • kurang tenaga kecerdasan 
  • perubahan masa tidur dan makan
  • sakit kepala, sakit perut, rasa letih dan sebagainya
  • perubahan berat badan

fazie rasa macam dah kena tanda2 tersebut. tak banyak sikitlah. sekarang ni fazie asyik marah2, kurang tumpuan, berat badan dah naik sikit, rasa terpinggir, kurang aktiviti luar duduk rumah je, rasa perubahan waktu makan dan tidur, sedih, tak yakin, dan cepat bosan. fazie stress dengan belajar dan masalah remeh temeh remaja sekarang ni.. well.. faham2 je kay.

nasib baik ada yang sudi bagi nasihat :)

puncanya mungkin sebab fazie sejak form4 fazie suka sangat online. tak kira lah facebook ke, blog fazie suka menghadap laptop lama2 sampai mak dengan abah fazie bising. teruk kan? bila dah ketagih tu memang susah nak lepaskan. sampai nak dekat SPM dulu pun fazie boleh jek online belajar entah kemana. 

masa form4 fazie dapat notebook percuma. itulah bermula fazie mula bercouple dengan internet. sehari tak online rasa macam tak lengkap. ada je benda yang nak buat. lagi2 untuk blog kesayangan ni, ada je nak edit sana sini. dekat rumah fazie ada satu komputer, 3 laptop (1 akak punya, 2 abah punya) 2 notebook (1 fazie punya, 1 along punya) jadi semuanya 6 alat untuk beronline tak termasuk handphone. ahaha. giler kentang betul. 

tapi tahun ni fazie baru kurangkan sikit beronline ni. sikit lah tak banyak. masa sekolah fazie dapat kurangkan sebab nak belajar kan. struggle beb. bagi fazie, depression yang fazie alami ni belum ke tahap kritikal kot. entah lah. 

sekarang ni golongan remaja dan wanita mudah mengalami kemurungan ni.ada yang sanggup cederakan diri sendiri. ngeri pulak tengok gambar2 yang dorang cederakan diri mereka. nak tahu lebih lanjut atau kenalpasti sama ada korang mengalami kemurungan ke tak uji diri anda dekat sini :

markah fazie dapat 52 kot. kritikal lah pulak. tapi sekarang fazie dalam proses untuk pulihkan diri sendiri. nasib baik ada seseorang yang dapat bimbing fazie dan sedia mendengar luahan fazie. siapa? rahsia. :p
cara fazie untuk tenangkan diri dengan :

-banyakkan berzikir
-tarik nafas sedalamnya
-luangkan masa dengan keluarga elakkan bersendirian
-dengar lagu Calvin Harris :D
-banyakkan berdoa 

fazie mintak jasa baik korang untuk doakan fazie untuk pulih macam orang lain jugak. mudah-mudahan dengan doa korang fazie kembali normal dan hanya Allah dapat membalasnya. terima kasih! 



berikan yang terbaik buat Sahabat

Assalammualaikum w.b.t...



hari ni fazie nak bagi tips untuk mengekalkan hubungan baik dengan sahabat korang terutamanya bagi perempuan mesti ada sahabat baik. merekalah yang sentiasa ada walaupun kita tengah bergembira mahupun bersedih. hargailah sebuah persahabatan itu.


Sentiasa Berhubung
walau sesibuk mana pun kita, jangan sampai kita lupa nak berhubung dengan sahabat baik sendiri. jangan pulak kita hubungi dorang masa susah jek, masa senang kita lupakan mereka. cukup sekadar melalui panggilan telefon, SMS atau chat di facebook mahupun mention di twitter :)

Pinjamkan Telinga
setiap manusia mesti akan ada masalah termasuk kita sendiri. di saat sahabat kita memerlukan seseorang untuk mendengar masalah ataupun luahan hati mereka, kita patut menjadi pendengar yang setia. pinjamkan bahu untuk mereka buat seketika tatkala mereka dirundung kesedihan

Beritahu Perkara Sebenar
manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. oleh itu, sebagai sahabat yang baik seharusnya menjadi tanggung jawab korang untuk memberitahu dan menasihatinya. cari cara yang terbaik supaya sahabat anda tidak terasa hati dengan tindakan korang.

Jadilah Seperti Pasukan Sorak
tatkala sahabat anda sedang bersedih, sentiasalah berada disisi mereka. selitkan kata semangat kepada mereka serta cerita-cerita lucu untuk mengembirakannya. yakinkan mereka bahawa dia boleh keluar daripada permasalahan itu

Balas SMS
jika sahabat anda mengirimkan sms, jangan abaikan. jangan menganggap sms itu sebagai perkara yang remeh kerana tidak penting. sebaliknya balas sms tersebut dan nyatakan maaf kerana terlambat.

Hadir Pada Hari Penting
Ini yang paling penting! jika sahabat anda mengadakan "birthday party" atau majlis kesyukuran atau majlis2 yang mereka sendiri jemput korang untuk menghadirinya, jangan tak datang pulak.Kehadiran korang memang sangat penting lebih-lebih lagi dalam majlis yang merupakan hari bahagianya. tak lupa juga kalau korang nak buat kejutan untuk sahabat anda. berikan hadiah walaupun murah, mereka akan menganggap diri mereka dihargai

kredit: majalah Dara Feb 2012

Kecantikan yang subjektif

Assalammualaikum w.b.t




Sejak akhir2 ni fazie rasa nak post entri baru, tapi takde idea langsung. Puas memikirkan idea ape yang nak fazie kongsikan, tapi hampeh... hmmmm

Hari ni fazie nak kongsi sesuatu. Soal kecantikkan seseorang. Kecantikkan itu benda yang subjektif. Dari pandangan mata orang lain semua berbeza kan? Kalau macam orang kita sendiri, asalkan kulit yang putih, bersih mesti dorang cakap, "cantiknya budak tu. mesti ade boyfriend". Fazie tak cakap semua macam ni, ade segelintir. Tapi bagi fazie salah kalau kita nilaikan seseorang tu berdasarkan rupa paras sahaja kan?

Bagi fazie sendiri, kawan2 fazie semuanya cantik. Kalau jalan dengan dorang ade je lelaki usha. Yelaa dorang usha kawan fazie, bukan fazie. Kadang2 rasa macam rendah diri sangat sebab terasa macam "aku ni layak ke kawan dengan dorang? Dorang ade rupa, aku pulak sebaliknya" tak dinafikan kadang2 rasa cemburu pulak dengan dorang sebab dorang lahir2 mempunyai rupa paras yang cantik tapi fazie sebaliknya.

Tapi semua tu fazie tak ambil pusing pun sebab kecantikan seseorang itu lebih cantik jika perangai mereka pun indah sekali. Baru perfect! Alhamdulillah sepanjang perkenalan fazie dengan kawan2 baik fazie dorang semuanya cantik mahupun dari segi tingkah laku. Itu namanya gadis melayu terakhir. Haha yeye jek. Tapi kalau muka jek cantik tapi perangai Masyallah.. tak tau ape nak cakap. Jadi sama2 kita muhasabah diri masing2.

dekat sekolah tadi kawan baik fazie tengok mata fazie, dia kata fazie macam kesunyian, kehidupan fazie suram jek. Tetiba pulak sebak rasa hati ni terus menitis air dekat mate ni. Haha. Munhkin betul ape yang dia cakap. Kesunyiaan melanda. Haishh tetiba plak tukar topik. Okay lah, sampai sini jek. Insyaallah kalau tak busy fazie nak update lagi okay. Salam. Have a nice day! :)
posted from Bloggeroid

Berdoalah :)

Assalammualaikum w.b.t....

source: incik gugel.

Post kali ni fazie nak kongsi ilmu dengan korang semua tentang Doa.

Ada di kalangan kita memandang ringan tentang doa dan mungkin juga mengabaikan doa dalam kehidupan seharian. Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya untuk diberikan perlindungan dan pertolongan.
Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia dihadapan Allah SWT.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud "Doa otak adalah ibadah". Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah SWT akan memberinya satu diantara tiga :
1 Allah SWT mengabulkan doanya.
2 Allah SWT akan menyimpannya untuk diberi di akhirat kelak.
3 Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan daripada orang tersebut yang setimpal dengan doanya.
Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh. Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.

ADAB BERDOA :
1. Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
2.Memulakan doa dengan thamid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Khusyuk ketika berdoa.
4. Mengakui dosa-dosa (sekiranya ada) dan memohon keampunan daripada Allah SWT
5. Menghadap kiblat.
6. Mengulang doa sebanyak 3 kali.
7. Berdoa bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan menunaikan doanya.
8. Menadah tangan ketika berdoa.
9. Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
10. Menjaga makanan, minuman dan pakaian daripada hasil yang haram.
11. Tidak berdoa untuk perkara maksiat dan memutuskan hubungan silaturahim.
12. Berdoa dengan tertib dan tidak gopoh.
13. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah (Asma' Allah al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang mulia.
14. Berwuduk sebelum berdoa.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  • Lailatur Qadr (10 malam terakhir bulan Ramadhan)
  • Sepertiga akhir malam
  • Setelah solat fardhu
  • Semasa solat fardhu
  • Ketika turun hujan
  • Ketika peperangan menentang orang kafir (Jihad)
  • Ketika minum air zamzam
  • Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)
  • Ketika di antara azan dan iqamat
  • Hari dan malam Jumaat
  • Ketika berpuasa bulan Ramadhan sehingga berbuka
  • Ketika majlis ilmu
  • Ketika iktikaf di masjid
  • Ketika sujud
  • Doa pemimpin yang adil
  • Ketika di bukit Safa dan Marwah
  • Doa orang yang di zalimi
  • Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
  • Ketika musafir yang diharuskan syara'
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya
  • Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)
semoga entri kali ni dapat dimanfaatkan. Sekian :)

kredit: Majalah Era Muslimah

Nak review novel : Untuk Sekali Lagi

Assalammualaikum w.b.t.....


Sepanjang cuti sekolah ni fazie rasa macam nak baca novel ni balik. fazie nak bagi 8/10 bintang 
cerita ni memang layan kalau korang baca dan memerlukan kesabaran yang tinggi sebab cerita ni kebanyakannya sedih sangat sampai fazie meleleh air mata :'( sobs sobs

Ehem! lagi satu cerita ni fazie beli dengan duit sendiri. hasil duit gaji fazie kerja dulu masa tengah tunggu result SPM. agak2 tengah bosan jaga kedai asam, belacan, cencaluk, jeruk, kopok tu fazie baca lah novel ni. Lagipun fazie beli novel ni masa tengah promotion dapatlah diskaun dari harga yang sebenar RM21.00, fazie cuma dapat beli dengan harga RM19.90. murah kan kan kan? heheeee :D

nak tahu sinopsis dia? ni dia.......

RASHIDAH - sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. dan lebih parah lagi... aku difitnah!

KAMAL - kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. kini, aku berjaya memperolehnya. perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? adakah aku suami yang kejam? tidak! biarkan dia rasa. sayang aku padanya sudah pudar!

SYUHADAH - aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. namun aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata.
Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu  yang mengejar bayang-bayangnya. dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

Kalau korang salah seorang yang suka baca novel, cepat dapatkan novel ni tau sebab cerita ni memang syok habis. Rugi sape tak baca novel ni. *macam model iklan lah pulok

Ok sekian... (esok update lagi!)

9 sebab hati tidak bahagia



Assalamualaikum w.b.t....

hari ini terasa nak kongsi ilmu dengan korang semua. nampak kan tajuk dia. ok ini antara sebab2 nya :

Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.


Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daripada dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duti. Allah lebih sayang orang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Sebab walaupun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak Sabar
Andainya perkara yang keci pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Ego
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi apabila dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

kredit: Majalah Era Muslimah

7 Petua Makan Cara Sunnah Nabi

Assalammualaikum w.b.t :)



Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan? Makanan tidak boleh ambil secara berlebihan kerana ia adalah amalan buruk. Rasulullah SAW sendiri ada menyebut, "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Oleh itu, jika ingin kekal sihat, ada beberapa petua menjaga kesihatan yang Rasulullah SAW amalkan untuk dijadikan panduan.

SEIMBANGKAN MAKANAN
Rasulullah mengamalkan pemakanan seimbang iaitu denga tidak membataskan pengambilan makanan kepada satu jenis sahaja. Sebaliknya, Rasulullah menyeimbangkan makanan yang bersifat panas dan sejuk. Beliau juga tidak mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu serentak.

CARA DUDUK & POSTUR BADAN
Ketika duduk menghadap makanan, Rasulullah duduk dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

UTAMAKAN MAKANAN LEMBUT
Rasulullah mengutamakan makanan lembut terutama makanan lembut terutama jika baru sembuh daripada penyakit atau sedang menjalani proses pemulihan. Dalam hadis daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu untuk makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kekotoran!"

AMALKAN MADU
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi seperti madu dan buah-buahan sebagai makanan tambahan. Madu elok diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan air sejuk sebelum diminum. Ini baik untuk mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

GANDUM UNTUK PESAKIT BARU PULIH
Rasulullah ada mengajar kaedah berpantang ketika baru pulih daripada sakit. larangan untuk tidak memakan buah-buahan adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Ini kerana ia akan memudaratkan pesakit yang baru sembuh kerana sifatnya mudah terurai. Perut juga belum cukup kuat kerana sibuk bekerja menghakis penyakit. Sebaliknya, gandum adalah lebih baik kerana air daripada gandum dapat menguatkan tubuh.

AWAS MAKANAN TIDAK SEGAR
Rasulullah juga tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Oleh itu, kita juga patut mengelak daripada mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat kerana mangandungi perisa tiruan dan sintetik.

PETUA UNIK MAKAN & MINUM
Rasulullah melarang kita makan sambil bersandar dan minum sambil berdiri (kecuali terpaksa). Makruh minum selepas bersenam atau melakukan kerja berat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Anda hanya boleh minum atau makan selepas berehat beberapa ketika. Rasulullah juga ada petua unik ketika minum. Dalam hadis dari Anas bin Malik bermaksud: "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."

Rahsia besar Rasulullah yang patut menjadi teladan adalah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Dalam hadis yang bermaksud: "Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak makan ditinggalkannya."

kredit : Majalah Dara.com