Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Khairul Fahmi (Apek) Kena Troll

Assalammualaikum...


Malam ni Malaysia vs Thailand. semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya. amin! Selamanya Harimau Malaya~ 

kredit: Oh! Lawak (fb)

Harimau Malaya Menang 2-0

Assalammualaikum...

TL penuh pasal bola. 

Alhamdulillah Alhamdulillah akhirnya Harimau Malaya menang dengan bergaya mengalahkan Sang Garuda. memang tak sia-sia fazie menjerit tadi. haha..

Separuh masa pertama memang best. mula-mula Indonesia asyik serang memang dah tak senang duduk fazie dibuatnya. haihh. tapi tak lama tu gol Indonesia dapat Harimau bolosi. jyeahh! riuh rendah rumah. haha.

Perlawanan tadi memang terbaik Indonesia pun tetap serang masa separuh masa kedua. Malaysia banyak defend je, kurang serangan. ada pulak yang cakap Malaysia saja lengah-lengahkan masa. 

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia boleh tidur lena malam ni. Alhamdulillah. lepas ni kita akan bertemu Thailand. semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dan kekalkan kejuaraan Piala AFF Suzuki. 




Harimau Malaya vs Sang Garuda

Assalammualaikum...



semua orang tahu malam ni perlawanan antara Harimau Malaya menentang musuh tradisi kita Sang Garuda. korang mesti ingat lagi kan detik kemenangan kita sewaktu Harimau Malaya pada Sukan Sea Games 2011 di Indonesia yang membenamkan keegoan rakyat Indonesia yang terus-terusan tidak menghormati kita. masa tu fazie tak senang duduk! haha. emosi semua nak kencang. tapi alhamdulillah Allah menyebelahi kita dengan kemenangan yang sangat bermakna untuk semua rakyat Malaysia.

buat masa ini, Malaysia di tempat yang ketiga. Singapura di tempat kedua manakala Indonesia ditempat teratas kumpulan B. tidak dinafikan Indonesia semakin kuat apabila menang keatas Singapura 1-0.

marilah kita semua rakyat Malaysia mendoakan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya lagi. In shaa Allah. fazie hanya mampu menonton di tv tak tahu la kalau ade yang sudi teman malam ni. *cedih* jangan pulak lepas ni ade lagi "attention seeker" nak kerat sana sini, bogel sana sini. ppffftttt!



Selamanya Harimau Malaya!





HARIMAU MALAYA JUARA ASIA TENGGARA !

haii korang mesti tengok bola kan semalam . buat pertama kali fazie tengok bola sampai 100 minit gitu . memang sama-sama hebat dorang ni . tapi Harimau Malaya lagi hebat . yelaa akhirnya kita dapat pertahankan emas kita dan muncul juara untuk Asia Tenggara . Syabas Skuad Harimau Muda ! anda memang terhebat ! saya bangga jadi anak Malaysia ! huhu *bukan main lagi minah sorang ni

rasa bangga sangat dengan pencapaian bola sepak kita . kalau dulu memang susah nak naik , tapi sejak kita menang masa Sukan Sea di Laos , kita menang dengan Thailand 1-0 , kemudian kita muncul juara waktu Piala AFF Suzuki , kita menang di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan penyokong Indonesia sendiri dan semalam sekali lagi kita melakar sejarah menang di hadapan penyokong Indonesia lagi . ternyata GBK bukan lagi stadium keramat untuk Sang Garuda untuk muncul juara . jyeahh !

tak sia-sia fazie tengok bola semalam , sampai meleleh air mata ni seram sejuk tengok masa penalti . nasib baik kapten kita , Baddrol Bakhtiar dapat jaringkan gol penyudah . masa tu memang fazie dah melompat jerit2 sekali . huhu .

Sekalung tahniah buat skuad Harimau Muda kerana berjaya pertahankan maruah negara dan emas untuk Malaysia . anda memang terbaik ! sayang korang lebih . huhu .

ini adalah antara pemain yang menjadi pilihan hati :

Nazmi Faiz (17 tahun beb, sebaya lah kite xD)

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Hero kita !

Syahrul Aswari <3

Izzaq Faris Ramlan yang tinggi lampai tu . 

dan semualah !


SELAMANYA HARIMAU MUDA
"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this happen, then you are cowrds. You must teach them what being Malaysian is about". -Ong Kim Swee 


MALAYSIA IS THE BEST !



hello earthlings ! petang tadi tengah sibuk2 online , abah fazie bukak channel Astro Supersport3 HD . ingatkan tengok ape , rupanya match MALAYSIA XI vs LIVERPOOL FC . wow ! hari tu dah lah tak tengok malaysia lawan arsenal . tapi eloklah tak tengok , sebab nanti sakit hati jea tengok malaysia takde gol langsung .

fazie minat bola ek ? haha well , fazie minat bola since tengok Piala AFF Suzuki 2010 , Malaysia lawan Indonesia . masa tu memang semangat gila lah fazie tengok . walaupun ada segelintir masyarakat Indonesia agak biadap , maki2 Malaysia dekat page Piala AFF Suzuki , peduli apa . korang yang dapat dosa , korang tanggung lah oke ? yang penting Malaysia dah menang !

tadi fazie usha lah page LIVERPOOL FC , ade jugak orang indonesia yang dengki . heh ! tak tahu lah nak cakap apa dengan dorang ni . by the way , ade jugak orang puteh ni ucapkan tahniah kepada skuad Malaysia sebab bagi saingan yang sengit dengan liverpool . GOOD JOB MALAYSIA !

tapi memang puas hati lah tengok match tadi walaupun Malaysia kalah 3-6 . fazie jerit sorang2 sementara abah fazie tidur sepanjang match tadi . dah habis baru dia bangun and then tanya fazie "asal tak kejut abah tadi ? langsung tak boleh tengok bola . APE PUN TAK BOLEH ." wow , tagline JAMBU :D jambu lah abah fazie !

macam pengulas sukan pulak fazie ni . haha . MALAYSIA BOLEH ! at least Malaysia ada lawan pemain antarabangsa , kau ade ? hehe :D