Kenal Pasti Orang Berbohong

Bismillah....
Assalammualaikum w.b.t

lama betul tak update blog ni . maklum lah fazie betul2 dah tak ada masa nak online . tapi nak share info dengan korang sikit . nampak tak tajuk dekat atas ni . jom baca entri ni baik2 . kredit dekat Majalah Dara.com

Nada Suara
hanya dari nada suara mampu memberikan tanda rakan korang tu sedang mencari helah apabila nada suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi sekejap rendah. Malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian dahi dan bibir

Tubuh 
cara selain melihat pada matanya, korang juga boleh melihat sekiranya rakan korang tu berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut tidaklah panas. Nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit menggelabah.

Tangan 
tangan pula kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu, menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. tanpa disedari, rakan korang yang berbohong tu akan meletakkan benda-benda seperti cawan, gelas, kertas, pen, atau apa sahaj benda sebagai pembatas. lebih ketara apabila dia cuba mengubah topik perbualan. jika ekspresinya kelihatan tenang dan lega bererti dia sedang berbohong. tetapi, jika ia kembali semula ke topik asal, bermakna dia sedang berkata jujur.

Mata
selepas korang menanyakan soalan kemudian rakan korang menjawab, sekiranya bola mata rakan korang tu bergerak ke arah kiri, kemungkinan jawapan itu jujur. sedangkan apabila bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan rakan korang sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar atau berbohong.

ini kerana, bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. maka apabila bola matanya ke kiri, bermakna dia sedang berusaha mengingat. namun, sebaliknya berlaku jika bola mata ke arah kanan yang memberi maksud dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. hal ini kerana, bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang alasan ataupun suatu cerita bohong.

kesimpulannya berhati-hati lah dengan rakan korang sendiri dan pastikan dia tak berbohong dengan korang ;)
sekian , Wassalam 

amekaw !



Assalammualaikum readers . hari ini fazie nak luahkan apa yang terpendam di dalam lubuk hati yang mendalam ni *ayat nak jiwang . setelah seminggu fazie bekerja baru fazie sedar sesuatu....

Pertama , betapa susahnya mak ayah kita cari duit untuk sesuap nasi . biarpun teruk macam mana pun mereka masih bekerja jugak untuk anak-anak mereka dan bukan untuk kepentingan diri sendiri

Kedua , perasaan bila kena marah dengan bos . rasa nak gugur jantung ni bila buat salah . memang takut berdebar-debar jantung ni . padahal bos tak marah pun , tapi perasaan kecut perut tu still ade

Ketiga , kena bekerja tanpa cuti . seminggu ni kerja langsung takde cuti . perasaan malas nak bekerja mula membuak-buak dalam hati . agak2 jam dah menunjukkan pukul 1 , kena siap2 kalau tak lambat masuk keje , bos mula pandang lain macam dengan pertanyaan macam pak polisi . habisss

Keempat , berdepan dengan customer yang banyak kerenah . fazie naik tension bila customer yang mengada-ngada bila dah ambik barang tu , pastu kata tak mau lak nak barang lain . dah tu tak jadi beli . kalau lah ade pistol dekat tangan fazie memang dah lama kena tembak . ada lagi yang best , bila tourist dari China yang langsung tak tahu bahasa Inggeris nak beli barang cakap bahasa dorang sendiri . *dalam hati kau cakap sorang2 ke ?

Kelima , hari ni dengan selamber buat tipu sunat masuk lambat sebab dah lama tak post dan update blog ni . mana taknye , keje petang sampai malam , pagi dapat duduk rumah sekejap jek . tak puas lahh :(

moral of the story , nikmati lah alam persekolahan anda sepuas-puasnya . alam pekerjaan ni sangatlah tidak seronok melainkan kalau hari dapat gaji memang seronok tapi sayang gaji tu tak lama lagi habis dek korang terbeli barang yang tidak berfaedah .

p/s : sorry kalau tak sempat balas kunjungan korang , insyaallah kalau ada masa fazie balas oke !