Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Disebalik Air Berkarbonat

Assalamualaikum...


Apabila cuaca panas, tentu tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. minuman apa yang terbayang di dalam kepala? jika kamu inginkan minuman berkarbonat, pilihan kamu ternyata salah! sememangnya enak tekak dibasahkan dengan minuman berkarbonat ketika panas tetapi ia juga boleh membahayakan tubuh kamu. Jom ambil tahu sekarang

  • Ginjal
air berkarbonat mempunyai gas yang boleh menggangu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. kalau jumlah air kencing sedikit, ia akan lebih pekat daripada air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal. sayangilah ginjal kamu segera!

  • Perut
jika perut kamu kosong, jangan isikannya dengan air berkarbonat. nanti kamu boleh sakit perut malahan organ itu boleh mengalami masalah angin. hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. minum air berkarbonat secara berlebihan juga boleh menambah beban 'kerja' pada perut kamu.

  • Kerongkong
pasti kamu setuju apabila cuaca panas, air berkarbonat merupakan penghilang dahaga no.1. namun, kesannya hanyalah sementara. ia sebenarnya akan membuat kamu lebih terasa dahaga dan tekak kering. sebab itulah kamu tidak pernah puas apabila minum air berkarbonat. jika terlalu dahaga, minum air masak yang secukupnya kerana itulah yang sebaiknya. kerongkong kamu juga boleh luka akibat kuatnya gas yang terkandung di dalam air berkarbonat.

  • Tulang
kamu suka melihat gelembung-gelembung udara dalam air berkarbonat? gelembung ini disebabkan oleh wujudnya kandungan asid forforus. di kala kamu sedang menikmati air berkarbonat dengan penuh asyiknya, tahukah kamu sebenarnya tulang kamu sedang dicabul yang akhirnya menjadi rapuh dan berbentuk seperti kawah bulan! mahukah tulang kamu rapuh dan mendapat penyakit osteoporosis pada usia yang muda? segaralah jauhinya!

  • Gigi
pasti kamu pernah dinasihati supaya memberus gigi selepas makan gula-gula ketika kecil dahulu? jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap, risikonya sama sahaja pada gigi kamu kerana air berkarbonat juga boleh merosakkan gigi. ia mengandungi paras gula yang sangat tinggi. menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula di dalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. lama-kelamaan apa yang akan jadi pada gigi kamu? bayangkan...

  • Otot
selain daripada tulang, otot juga ada kesannya jika kamu terlalu kerap minum air berkarbonat. jika kamu minum air berkarbonat sebanyak 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. kesannya, badan kamu akan menjadi lemah otot, selalu penat, tidak larat mengangkat benda berat serta pergerakan juga akan terbatas.

  • Susah Tidur
kafeina di dalam air berkarbonat boleh membuatkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. sudah pasti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan pada diri kamu. hasilnya, tidur malam kamu akan terganggu dan secara keseluruhannya, ia mengganggu sistem badan kamu untuk berfungsi secara normal.

Jangan Tertipu!
walaupun ada tulisan No Calories ataupun Sugar Free, itu tidak bermakna kandungan gula dalam air berkarbonat berkurangan. apa yang kurang hanyalah gula asli. tetapi pemanis buatan masih digunakan dan diletakkan sebagai bahan kandungan utama. pemanis buatan ini berlipat kali ganda lebih manis daripada gula asli. oleh itu, kalori yang terhimpun mungkin dalam angka yang kecil tetapi manisnya sama seperti air berkarbonat yang biasa.

sumber: Majalah Remaja 

5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Assalamualaikum...




Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda.

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.


 Bagaimana jalan penyelesainya?

kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook 

Bila Si Dia Ingat Kamu?

Assalamualaikum...

Entri kali ni khusus untuk wanita yang sudah berpasangan atau bakal bertunang atau bakal berkahwin mahupun yang dah berkahwin pun boleh.

mesti korang tertanya-tanya bilakah waktunya si dia paling suka fikir tentang dirimu. tengok ni ;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
43% 
Di Bilik Mandi

38%
Di Pejabat

11%
Dalam Kereta

8%
Ketika Di Gim.

kepada kaum lelaki, acaner setuju tak? kalau tak setuju sila komen :)

Jenis-Jenis Blogger

Assalamualaikum...



Berblogging ni dah menjadi sebahagian dari hidup fazie rasanya. yelah, sekarang ni kalau tak update apa-apa dekat blog rasa serba salah ada, perasaan membuak-buak nak buat entri baru tu ada padahal tak tahu nak tulis entri ape.
fazie baru jek Setahun Sembilan Bulan menceburi bidang berblogging ni, macam2 jenis ragam blogger yang fazie jumpa. ada yang bagus dan ada yang boleh lah. Antaranya;

Blogger Bijak 
kalau datang je blog yang macam ni memang kena kosongkan minda sebab cara penulisan dia memang cantik dan membuatkan pembaca terbuai baca entri dia sebab pandai bermain dengan kata-kata (bukan kasanova ke playboy) biarpun panjang berjela-jela tetapi isinya memang padat dan bernas.

Blogger Pak Ustaz dan Ustazah
blogger macam ni lagi bagus sebab mereka sentiasa memberi peringatan kepada kita berkongsi ilmu agama. bukan nak berlagak alim ke apa, tapi menyedarkan kita daripada terus hanyut. renung-renungkan dan selamat beramal!

Blogger Sebar Gosip
siapa yang tak suka gosip lagi-lagi pasal artis. tajuk post mestilah gempak baru dapat banyak trafik. berpusu-pusu orang nak baca gosip yang kadang-kadang kita tak tahu kesahihannya. yang pasti kalau pasal gaduh atau fitnah, cepat aje tersebar!

Blogger Takde Diari Dekat Rumah
ekk, yang ni fazie pernah buat dulu. bila baca balik nak tergelak guling-guling. tapi dah tak buat lagi dah. malu lah, pasal privasi dengan cinta monyet malas nak kasi tahu satu dunia. kang tak pasal-pasal orang meluat sekali dia jampi kita sebab curik ex boyfriend dia. Eh?

Blogger Kuat Merapu
asal baca entri dia je, ada je benda yang dia mengarut tapi ada unsur lawak yang boleh buat kita ketawa. hilang stress sekejap.

Blogger Artis / Famous
yang ni kategori orang public figure. mestilah orang nak tahu pasal diri dia, kalau dia buat belog tu macam diari pun ok sebab dia kan pemes. komen mesti cecah beratus-ratus lemon. yelah, orang pemes kan.

Blogger Suka Buat Contest / Bagi hadiah
yang ni seronok sebab blogger tersebut tersangatlah bermurah hati nak kasi kita hadiah. siapa tak nak kan? fazie pun pernah join jugak giveaway dan contest yang diajurkan oleh beberapa blogger yang lain. pernah jugak menang dan dapat hadiah. siapa yang bertuah lah yang dapat, kalau tak bertuah, sorry lah. yang tak bestnya kadang-kadang syarat dia ada yang merimaskan. #Opss!

banyak lagi jenis blogger yang fazie nak kasi tahu korang, tapi cukuplah setakat ni. cuma nak tanya, korang blogger yang macam mana pulak? meh kasi tahu kite dekat ruang komen. hihii.

p/s: maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan entri ni. tak berniat nak menguris hati mana-mana pihak cuma sekadar pendapat :)


Sihat Dengan Bunga!

Assalammualaikum...

Terselak-selak Majalah Remaja, terjumpa pulak tips menarik pasal bunga dalam ruangan Info Sihat. cekidout!

Sejak dari dahulu bunga digunakan untuk mengubat penyakit kerana kuasa penyembuhannya yang luar biasa! Antaranya ;

Rosa Gallica Officinalis


  • Bunga ros jenis Rosa Gallica Officinalis dikatakan boleh mengubati jangkitan kerongkong, gastrik, cirit birit dan depresi.


Dandelion

  • Dandelion mampu mengubat ketuat dan dikatakan mempunyai elemen anti kanser

Viola Odorata
  • Violet terutamanya Viola Odorata mempunyai elemen ekspektoran yang membantu mencegah sakit tekak dan asma.
p/s: setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati ;)

Entri Meletops!

Assalammualaikum..



sambil angkat-angkat kening. haha :p


nampak tak dua entri fazie tu? pasal Bunkface dengan Anti Kpop nya dan Shila Amzah Tercalon dalam World Music Awards! boleh tahan jugak pageviews dia. keywords pun memanjang je ada Shila Amzah dengan Bunkface tu.

rasanya ini mesti sebab tips Seo yang adik SM tu ajar. haha. big thanks to SM dan busuk.org. bulan cuti ni lah dapat updated entri banyak2. bila dah masuk belajar balik memang tak dapat nak updated pape. 

lepas ni pun rasanya fazie akan jarang update blog ni sebab abah fazie dah tarik penggunaan laptop beliau. sedihnye. fazie update ni pun guna notebook akak fazie senyap2. haihh ape lah nasib. nak blogwalking pun dah tak dapat sangat. maaf ye korang!

p/s: earning dekat nuffnang dah mula mencanak naik dengan Churp-Churp. terima kasih kepada sesiapa yang sudi klik2 tu. In shaa Allah nanti fazie klik korang punya earning balik ye! 


Hayati 10 Ayat Surah Al-Khafi

Bismillah..
Assalammualaikum...



Salam Jumaat kepada semua. Sempena hari Jumaat ni fazie nak kongsi ilmu dengan anda semua :)
Sabda Rasulullah s.a.w tentang Dajjal.

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)


Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”











kredit : mamat &  bahterawawasan

Bersin, Batuk, Tersedu, Berdengkur dan Menguap

Assalammualaikum...



korang mesti pernah bersin, batuk, tersedu, berdengkur(kalau korang sedarlah) dan menguap? memang pernah punya lah fazie apatah lagi. entri kali ni fazie nak bagi info sedikit tentang ni dan mengapa terjadinya keadaan tersebut.

Bersin
Bersin didefinisikan sebagai satu aliran udara yang kuat melalui mulut dan hidung. ini akan berlaku di luar kemahuan diri seseorang. kebiasaannya, bersin berlaku kerana terdapat partikel yang mengganggu di dalam rongga hidung seseorang. hujung-hujung saraf di dalam rongga hidung merangsang untuk anda bersin bagi menyingkirkan partikel-partikel tersebut. bagi mengelak daripada bersin berlanjutan, membasuh rongga hidung juga dapat membantu.

penyebab lain bagi gejala bersin ini adalah faktor udara ataupun selesema. ketika anda selesema,  terdapat banyak partikel-partikel asing di dalam rongga hidung sehingga memaksa hidung anda untuk bersin.
apa yang lebih penting adalah, kecepatan udara ketika anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. jadi, bersin anda akan mengeluarkan sehingga 100,000 butiran kecil lendir dan mikroorganisma. lebih baik anda menutup hidung dan mulut ketika bersin kerana ia akan membahayakan orang sekeliling yang ada.

Batuk
Batuk sememangnya memenatkan. bukan itu sahaja, jika anda batuk, orang di sekeliling akan menutup hidung dan mulut untuk mengelak daripada berjangkit. takrifan kepada batuk yang digambarkan adalah benar. ini kerana batuk baik untuk anda mengeluarkan tetapi tidak untuk mereka yang menghidu.

gejalan ini sama seperti bersin iaitu terdapat partikel asing, namun batuk disebabkan partikel asing yang berada di dalam paru-paru daripada sesuatu yang merbahaya pada waktu saluran pernafasan mula terganggu.

batuk juga boleh dijadikan alternatif untuk membersihkan kerongkong. ini kerana, partikel asing yang ada di kerongkong mahupun paru-paru akan disingkirkan hanya dengan batuk. tetapi perlu ingat, batuk boleh menyebarkan penyakit. jadi, tutup mulut anda ketika batuk.

Berdengkur
Berdengkur sememangnya sangat mengganggu. bukan sahaja kepada orang lain yang mendengar, malah kepada diri sendiri kerana ketika berdengkur, seseorang boleh tersedak. sesetengah pendapat menyatakan, berdengkur selalunya berlaku kepada seseorang yang tidur dalam keadaan yang terlalu penat. tetapi, terdapat jawapan secara saintis mengenai gejala ini.

biasanya, berdengkur akan dikaitkan dengan tidur menelentang. teori ini bertepatan kerana saat kita tidur menelentang, mulut akan cenderung untuk ternganga dan lidah menghalang saluran pernafasan. jaringan lembut di antara lelangit dan kerongkong bergetar kerana udara melaluinya semasa anda bernafas menggunakan mulut. selain itu, bibir, pipi dan lubang hidung juga akan turut bergetar.

cara yang terbaik bagi mengelak daripada berdengkur adalah dengan tidur mengiring. ketika anda mengiring, potensi untuk mulut terbuka dan saluran pernafasan tertutup adalah tipis. anda akan dapat bernafas menggunakan hidung tanpa masalah. (ikut sunnah, cara nabi tidur)

Sedu
Sedu terjadi tanpa kawalan ataupun sedar. sedu merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan oleh kontraksi diafragma secara tidak teratur. ini kerana gangguan organ-organ tubuh pada diafragma. keadaan ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, membentuk epiglotis yang menyebabkan peti suara bergetar. kerana itu, apabila anda tersedu, anda berbunyi 'hik'.

Menguap
Pernahkah anda mengalami situasi yang anda tidak mengantuk, tetapi anda menguap? pasti anda merasa hairan dan mencari-cari punca kenapa anda boleh menguap. jika melihat kepada persekitaran, mungkin ia boleh dijadikan faktor. antaranya, seperti persekitaran yang tertutup, tiada saluran udara segar ataupun pohon-pohon yang menyebarkan karbon dioksida.

manusia secara zahirnya memerlukan peredaran udara yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai oksigen. tanpa oksigen yang mencukupi, paru-paru dan otak tidak akan dapat berfungsi sebaiknya dan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu lemah dan pening.

situasi ini juga bersangkutan dengan masalah menguap. seseorang akan menguap kerana paru-paru anda kurang mendapat oksigen. bagi mengelak atau mengurangkan gejala menguap yang anda alami, sebaik-baiknya anda mengamalkan amalan dengan menarik nafas sedalam-dalamnya agar paru-paru memperoleh karbon dioksida dan tidak berkurangan oksigen. namun terdapat juga gejala menguap ikut-ikutan iaitu apabila seseorang menguap, akan berjangkit kepada diri anda juga.

kredit: Majalah Dara Feb 2012

Depression

Assalammualaikum w.b.t...

Salam maal hijrah semua! pagi2 ni macam biasa lepas siap kemas rumah menghadap laptop. yang benaunya laptop ni angah punya. haha, biarkan dia. apa kena dengan entri tajuk fazie ni? fazie cuma nak kongsi dengan korang sesuatu. 

korang tahu tak kalau online facebook tiga hingga tujuh jam boleh mengakibatkan kemurungan?(depression) baca entri ni: http://matsomherbs.blogspot.com/2012/11/berfacebook-menyebabkan-kemurungan.html

dah faham? ok bagus. nak tahu tanda2 seseorang tu menghidap kemurungan? 

Kelakuan 
  • sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  • kurang berminat dalam aktiviti yang mengembirakan
  • terpinggir / terasing
  • marah dan suka bermusuh
  • hubungan yang tegang
  • kerapkali tidak hadir ke sekolah
  • hendak lari dari rumah
  • kelakuan merosakkan diri
Perasaan/Emosi/Pemikiran
  • perasaan tidak puas hati
  • kurang tumpuan
  • kurang keyakinan diri
  • rasa diri tidak berguna
  • bosan
  • tertekan kerana tersingkir
  • cepat marah
Perubahan Fizikal
  • kurang tenaga kecerdasan 
  • perubahan masa tidur dan makan
  • sakit kepala, sakit perut, rasa letih dan sebagainya
  • perubahan berat badan

fazie rasa macam dah kena tanda2 tersebut. tak banyak sikitlah. sekarang ni fazie asyik marah2, kurang tumpuan, berat badan dah naik sikit, rasa terpinggir, kurang aktiviti luar duduk rumah je, rasa perubahan waktu makan dan tidur, sedih, tak yakin, dan cepat bosan. fazie stress dengan belajar dan masalah remeh temeh remaja sekarang ni.. well.. faham2 je kay.

nasib baik ada yang sudi bagi nasihat :)

puncanya mungkin sebab fazie sejak form4 fazie suka sangat online. tak kira lah facebook ke, blog fazie suka menghadap laptop lama2 sampai mak dengan abah fazie bising. teruk kan? bila dah ketagih tu memang susah nak lepaskan. sampai nak dekat SPM dulu pun fazie boleh jek online belajar entah kemana. 

masa form4 fazie dapat notebook percuma. itulah bermula fazie mula bercouple dengan internet. sehari tak online rasa macam tak lengkap. ada je benda yang nak buat. lagi2 untuk blog kesayangan ni, ada je nak edit sana sini. dekat rumah fazie ada satu komputer, 3 laptop (1 akak punya, 2 abah punya) 2 notebook (1 fazie punya, 1 along punya) jadi semuanya 6 alat untuk beronline tak termasuk handphone. ahaha. giler kentang betul. 

tapi tahun ni fazie baru kurangkan sikit beronline ni. sikit lah tak banyak. masa sekolah fazie dapat kurangkan sebab nak belajar kan. struggle beb. bagi fazie, depression yang fazie alami ni belum ke tahap kritikal kot. entah lah. 

sekarang ni golongan remaja dan wanita mudah mengalami kemurungan ni.ada yang sanggup cederakan diri sendiri. ngeri pulak tengok gambar2 yang dorang cederakan diri mereka. nak tahu lebih lanjut atau kenalpasti sama ada korang mengalami kemurungan ke tak uji diri anda dekat sini :

markah fazie dapat 52 kot. kritikal lah pulak. tapi sekarang fazie dalam proses untuk pulihkan diri sendiri. nasib baik ada seseorang yang dapat bimbing fazie dan sedia mendengar luahan fazie. siapa? rahsia. :p
cara fazie untuk tenangkan diri dengan :

-banyakkan berzikir
-tarik nafas sedalamnya
-luangkan masa dengan keluarga elakkan bersendirian
-dengar lagu Calvin Harris :D
-banyakkan berdoa 

fazie mintak jasa baik korang untuk doakan fazie untuk pulih macam orang lain jugak. mudah-mudahan dengan doa korang fazie kembali normal dan hanya Allah dapat membalasnya. terima kasih! 



berikan yang terbaik buat Sahabat

Assalammualaikum w.b.t...



hari ni fazie nak bagi tips untuk mengekalkan hubungan baik dengan sahabat korang terutamanya bagi perempuan mesti ada sahabat baik. merekalah yang sentiasa ada walaupun kita tengah bergembira mahupun bersedih. hargailah sebuah persahabatan itu.


Sentiasa Berhubung
walau sesibuk mana pun kita, jangan sampai kita lupa nak berhubung dengan sahabat baik sendiri. jangan pulak kita hubungi dorang masa susah jek, masa senang kita lupakan mereka. cukup sekadar melalui panggilan telefon, SMS atau chat di facebook mahupun mention di twitter :)

Pinjamkan Telinga
setiap manusia mesti akan ada masalah termasuk kita sendiri. di saat sahabat kita memerlukan seseorang untuk mendengar masalah ataupun luahan hati mereka, kita patut menjadi pendengar yang setia. pinjamkan bahu untuk mereka buat seketika tatkala mereka dirundung kesedihan

Beritahu Perkara Sebenar
manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. oleh itu, sebagai sahabat yang baik seharusnya menjadi tanggung jawab korang untuk memberitahu dan menasihatinya. cari cara yang terbaik supaya sahabat anda tidak terasa hati dengan tindakan korang.

Jadilah Seperti Pasukan Sorak
tatkala sahabat anda sedang bersedih, sentiasalah berada disisi mereka. selitkan kata semangat kepada mereka serta cerita-cerita lucu untuk mengembirakannya. yakinkan mereka bahawa dia boleh keluar daripada permasalahan itu

Balas SMS
jika sahabat anda mengirimkan sms, jangan abaikan. jangan menganggap sms itu sebagai perkara yang remeh kerana tidak penting. sebaliknya balas sms tersebut dan nyatakan maaf kerana terlambat.

Hadir Pada Hari Penting
Ini yang paling penting! jika sahabat anda mengadakan "birthday party" atau majlis kesyukuran atau majlis2 yang mereka sendiri jemput korang untuk menghadirinya, jangan tak datang pulak.Kehadiran korang memang sangat penting lebih-lebih lagi dalam majlis yang merupakan hari bahagianya. tak lupa juga kalau korang nak buat kejutan untuk sahabat anda. berikan hadiah walaupun murah, mereka akan menganggap diri mereka dihargai

kredit: majalah Dara Feb 2012

si cemburu buta !




Assalammualaikum w.b.t semua :)
korang pernah rasa cemburu ? mesti pernahkan ? lagi2 dengan boyfriend atau girlfriend korang . kalau fazie jangan cakap la , nak2 bila kening bercantum ni memang si kaki cemburu yang kuat . pantang tengok dia dengan perempuan mula lah ehhh ... haha okayy perasaan tu dah tak ada lagi sebab tak ada boyfriend . fazie nak kasi korang info tentang risiko berpacaran dengan kekasih yang kuat cemburu ni . jom tengok!

 1.kamu akan sentiasa dimarahinya malah dipukul setiap kali berlakunya pergaduhan.
 2.kehidupan kamu sentiasa diselubungi ketakutan dan trauma.
 3.sentiasa mendapat ugutan dan ancaman daripada si dia.
 4.kehidupan kamu dikawal keseluruhannya
 5.kamu perlu menerima peraturan cintanya.
 6.kamu tidak boleh membuat keputusan sendiri.
takut tak ? seram je bunyi dia . okayy ini pula tips untuk si kaki kuat cemburu . relax lah bro jangan cemburu sangat okay!


  • cari udara segar dan tarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian hembus sekuat mungkin sehingga diri merasa lebih tenang dan lupa dengan rasa cemburu.
  • dengarkan muzik kegemaran terutamanya lagu2 cinta atau lagu berbentuk kerohanian yang boleh menyejukkan hati dan ikutlah bernyanyi.
  • simpan semua benda
  • yang boleh mengingatkan kita pada perasaan cemburu tersebut.
  • pergi ke tempat yang boleh membuatkan diri rasa nyaman seperti tepi pantai.
  • alihkan fikiran pada hal2 yang positif.
  • menangislah
  • sepuas hati. dengan menangis, akan membuatkan hati rasa lebih tenang.
  • hormati perasaan pasangan
  • . seperti kamu, si dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi rasa cemburu itu.
  • tuliskan apa sahaja yang kamu rasa bila cemburu kamu datang. marah? tidak tentu arah? menangis? geram? rasa malu? rasa bersalah?atau bertindak kasar? adakah kamu ingin meneruskan hidup dengan cara ini? jika jawapannya tidak, maka cepat2lah kamu berubah.
  • bina keyakinan diri
  • dan cuba atasi masalah cemburu kamu itu. kamu mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. luaskan persahabatan dengan orang lain.
  • berdoa dan pasrahkan
  • kepada Ilahi serta minta petunjuk-Nya agar mendapatkan jalan keluar dalam menyelesaikan masalah cemburu itu.
jadi , jangan cemburu sangat ya , kelak diri yang merana!

kredit : majalah REMAJA issue 15 Februari

8 Amalan yang boleh Merosakkan Otak



kredit to majalah Dara.com issue Februari :)

dalam banyak perkara, kadang2 kita terlupa akan beberapa amalan yang sememangnya kita ambil mudah. ini termasuklah amalan harian yang sering kali kita lakukan. namun, sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan 'bahaya' yang kita tidak sedarinya. hinggakan pasa suatu peringkat, amalan tersebut boleh mengancam kesihatan diri kita.

TERLEBIH MAKAN
ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

PEROKOK
asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

BANYAK TIDUR
tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

PENCEMARAN UDARA
otak adalah pengguna oksigen terbesar di dalam badan manusia. pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

KURANG BERIMAGINASI
berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan kurang aktif.

JARANG BERFIKIR
jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak kita.

insyaallah kalau ada info yang menarik lagi fazie akan post lagi ya . cuma masa jek yang cemburu tak sempat nak post macam dulu2 lagi :( 

Kenal Pasti Orang Berbohong

Bismillah....
Assalammualaikum w.b.t

lama betul tak update blog ni . maklum lah fazie betul2 dah tak ada masa nak online . tapi nak share info dengan korang sikit . nampak tak tajuk dekat atas ni . jom baca entri ni baik2 . kredit dekat Majalah Dara.com

Nada Suara
hanya dari nada suara mampu memberikan tanda rakan korang tu sedang mencari helah apabila nada suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi sekejap rendah. Malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian dahi dan bibir

Tubuh 
cara selain melihat pada matanya, korang juga boleh melihat sekiranya rakan korang tu berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut tidaklah panas. Nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit menggelabah.

Tangan 
tangan pula kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu, menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. tanpa disedari, rakan korang yang berbohong tu akan meletakkan benda-benda seperti cawan, gelas, kertas, pen, atau apa sahaj benda sebagai pembatas. lebih ketara apabila dia cuba mengubah topik perbualan. jika ekspresinya kelihatan tenang dan lega bererti dia sedang berbohong. tetapi, jika ia kembali semula ke topik asal, bermakna dia sedang berkata jujur.

Mata
selepas korang menanyakan soalan kemudian rakan korang menjawab, sekiranya bola mata rakan korang tu bergerak ke arah kiri, kemungkinan jawapan itu jujur. sedangkan apabila bola matanya bergerak ke arah kanan, kemungkinan rakan korang sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar atau berbohong.

ini kerana, bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, manakala otak kanan pula untuk kreativiti. maka apabila bola matanya ke kiri, bermakna dia sedang berusaha mengingat. namun, sebaliknya berlaku jika bola mata ke arah kanan yang memberi maksud dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu sebagai jawapan yang lain. hal ini kerana, bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang alasan ataupun suatu cerita bohong.

kesimpulannya berhati-hati lah dengan rakan korang sendiri dan pastikan dia tak berbohong dengan korang ;)
sekian , Wassalam 

AMALAN SEBELUM AIDILFITRI !

amboi sedapnye :D


hai beb ! rasa macam nak share sesuatu lah dengan korang . disebabkan raya bakal menjelang , ini sedikit info tentang amalan sebelum aidilfitri 

1. mengidupkan malam raya dengan ibadat seperti :

  • takbir
  • zikir
  • solat sunat tahajjud
  • membaca Al-Quran
2. mandi sunat pada pagi hari 

3. memakai pakaian yang baru dan bersih 
    mestilah pakai baju raya yang korang baru beli tu kan . mesti nampak cantik dan handsome .

4. memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki
    perempuan pun boleh pakai , asalkan tak berlebihan . jangan sampai ada orang ikut belakang akak pulak :)

5. bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga
    jangan lupa yea mintak maaf kalau korang ada buat salah dengan mereka :)

6. bersarapan sebelum solat Aidil Fitri
    ini merupakan Sunnah Nabi . so , jangan lupe yea !

7. pergi awal ke masjid
    set masa tu betul2 , sebaik-baiknya pergi masjid dengan berjalan kaki .

8. berwajah ceria 
   senyumlah kepada setiap orang Islam yang korang jumpa .

9. membayar zakat fitrah dan bersedekah 
   banyak pahalanya :)


orite , itu jea yang boleh fazie share . saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ! raya jemputlah datang rumah yea . hihi :)

10 malam terakhir Ramadhan



haii ! tup tup , rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadhan . malam ni 10 malam terakhir . cepat btol masa berlalu .

jadi kepada semua umat Islam jangan lepaskan peluang manfaatkan malam terakhir ni mencari malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu MALAM LAILATUL QADAR


perbanyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah SWT , semoga kita semua dapat keberkatan di bulan yang penuh barakah ini . Insyaallah :)

nak tips 10 malam terakhir ? meh tekan SINI




maksud cinta dan yang mana kita perlukan :)



lame dah tak updated blog tersayang ni . tapi kali ni jom baca info maksud cinta yang mana kita perlukan :)

nota cinta :
maaf kalau agak panjang entri kali ni , harap baca lah dengan teliti yea . hihi xD

Cinta adalah penjelmaan perasaan jiwa dan gejolak hati seseorang. Kerana cinta menjadikan dunia lebih indah. Kerana cinta membuatkan muka yang masam menjadi berseri-seri, membuat orang berasa tidak sakit, mandi tak basah , penakut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat walaupun hidup dihimpit kesusahan.

            Tetapi adakah cinta seperti itu? Tidak! Kerana cintalah manusia merintih dan menangisi kehidupan sepanjang masa. Atas dasar cinta juga seseorang itu mengakhiri hidupnya secara tragedi. Atas nama cinta cinta jugalah perang meletus di mana-mana. Inilah cinta yang di kambing hitamkan dan cinta yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata. Ketika cinta dianggap sebagai emosi memuaskan nafsu dan pergaulan bebas, maka bersiaplah dengan kehancuran yang akan mendatang.

            Mengapa manusia amat mudah digoda oleh kuman cinta? Ini adalah kerana manusia yang suka mengikut kehendak nafsu dan berperilaku seperti binatang. Bagaimana proses cinta menggoda manusia adalah seperti berikut:
  • Melalui pandangan pertama (umumnya tentang kecantikan fizikal), kebanyakan remaja hari ini dikatakan dan mengakui bahawa mereka saling jatuh cinta pada pandang pertama. Iaitu apabila si lelaki melihat si wanita itu, maka bertautlah hati dan perasaan mereka berdua untuk terus bersama. Biasanya jatuh cinta pandang pertama ini adalah hanya kerana kecantikan menjadi ukuran semata-mata.

  • Melalui persahabatan (pengenalan peribadi), misalnya  percintaan asal bermula melalui tali persahabatan,namun akhirnya akan dilanjutkan pula kepada percintaan.Ini kerana masing-masing mula menanamkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan merasakan mereka boleh bersama dalam berkongsi masalah, suka duka dan cerita bersama.

  • Cinta melalui prestasi (bakat atau popular), percintaan seperti ini banyak terjadi diantara pelajar-pelajar sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu seseorang yang jatuh cinta kerana bakat, kerana seseorang itu popular dan menyebabkan secara langsung kita meminatinya. Bermulalah dengan kata-kata puitis yang mengatakan pujian, memberikan hadiah-hadiah kepada si dia dan sebagainya. Sehingga kita Berjaya mengambil hati mereka ini.
 
  • Melalui peranan orang ketiga (orang tua atau sahabat), cinta seperti ini dimulakan dengan pertemuan yang dirancang oleh orang ketiga tidak kira sama ada orang tua mahupun sahabat kita sendiri. Melalui pertemuan atau perkenalan yang pertama, apabila telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak maka ia akan diterus atau dilanjutkan. Dan sebaliknya berlaku jika masing-masing tidak berminat atau sudah mempunyai calon sendiri.
 
  • Sekarang ini, ramai yang jatuh cinta melalui peranan medium (telefon atau internet) ,iaitu berlaku apabila seseorang telah mendail pada nombor telefon yang salah dan mula berlanjutan menjadi sesi perkenalan atau perkongsian. Manakala menerusi internet juga menjadi sangat biasa apabila bertemu dilaman-laman blog , yahoo messenger, emel dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah cinta siber ini dikatakan wujud. Melalui perkenalan seperti inilah mereka akan mula membuat pertemuan sesame mereka.
 
  • Cinta melalui kesedaran untuk berjuang bersama (satu badan organisasi atau gerakan perjuangan) , biasanya cinta seperti ini adalah cinta organisasi yang apabila kita sering memperhatikan segala tindak tanduknya, lemah lembutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun kerana kewibawaannya didalam menguruskan badan organisasi, membuatkan kita kagum dan ingin bergabung dengan si dia. Seolah-olah jika sehari tidak berjumpa atau si dia tidak bersama dalam suatu program yang diadakan kita menjadi tertanya-tanya dan bimbang kepadanya.
 
  • Kadang-kadang ada juga cinta serta factor yang tidak terduga (kes atau musibah), contohnya apabila berlaku kes perlanggaran secara tidak sengaja, jatuh tangga , air tertumpah dan sebagainya. Dari rentetan sesuatu peristiwa tersebut membuatkan kita memiliki nombor telefon si dia dan sebagainya. Berkemungkinan cinta mula berputik ketika itu.
 
Namun, ada sebahagian orang menterjemahkan cinta sebagai seks, hubungan intim atau segala bentuk cara untuk memuaskan nafsu. Padahal, cinta yang demikian akan membawa mereka ke arah dosa besar seperti perlacuran ,perzinaan , seks bebas dan seks yang menyimpang.
            Mereka yang terjebak didalam jalan seks ini adalah kerana salah faham mengenai istilah cinta. Cinta bagi golongan ini boleh dibahagikan seperti berikut:

1.   Rasa memiliki yang berlebihan. Mereka yang sedang dilamun cinta merasa cinta adalah perasaan memiliki yang tebal dan harus menguasai antara satu sama lain. Sehingga si gadis harus meminta izin daripada si lelaki hanya untuk melakukan sesuatu perkara, begitu juga sebaliknya. Padahal mereka sebenarnya tidak saling memiliki.

2.   Hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Padahal cinta adalah memberi tanpa balasan, bukan sekadar    meminta atau menerima sahaja. Hal ini terjadi kerana mahukan pangkat atau bersifat duniawi yang dapat dilihat pada pasangan.

3.   Makna atau tafsiran cinta yang salah itu sendirilah yang membawa kepada perbuatan-perbuatan dosa dirimba raya cinta yang telah kehilangan pedoman. Natijah daripada perlakuan tersebut akan melahirkan cinta ternoda iaitu:

  • Heteroseksual iaitu berganti pasangan.
  • Biseksual iaitu tertarik dengan lelaki dan perempuan.
  • Homoseksual iaitu hubungan seks sesame jenis
  • Seks bebas tanpa pernikahan
  • Semen Liven iaitu hidup bersama tanpa pernikahan.
  • Monoseks iaitu onani atau masturbasi dengan memanipulasikan tangan dan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Transeksualisme iaitu menukar jantina
  • Ekhshibisionisme iaitu kepuasan seks dengan menunjukan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Voyeurism iaitu mendapatkan kepuasan seksual hanya dengan melihat gambar atau poster porno.
  • Fetisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan hanya memegang atau memiliki pakaian dalam wanita.
  • Sadism iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukai pasangannya.
  • Masokhrisme iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukakan diri sendiri.
  • Troilisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan disaksikan oleh orang ketiga.
  • Perkosaan iaitu mendapat kepuasan dengan memaksa orang lain.
Sedangkan sebab-sebab terjadinya jatuh cinta itu adalah berdasarkan kepada pesona kecantikan wajah dan fizikal, pesona peribadi serta akhlak, unsur material dan juga perasaan ingin memiliki dan mempunyai keserasian.
Jenis-jenis cinta dizaman moden sekarang:
  • Cinta monyet: berlandaskan syahwat.
  • Cinta semusim: sering berganti pasangan.
  • Cinta buta: yang haram turut dilakukan demi cinta.
  • Cinta terlarang: tanpa restu.
  • Cinta imaginasi: cinta dalam khayalan.
  • Cinta kilat atau lokasi: cinta kerana kegiatan tertentu.
  • Cinta materialistik: cinta harta benda
  • Cinta tubuh: cinta seks.
  • Cinta belas kasihan: cinta kerana kasihan
  • Cinta maut: berakhir dengan kematian.
  • Cinta orang tua: tidak mahu mengecewakan orang tua.
  • Cinta calon mertua: cinta kerana mertua sayang pada anak gadisnya sehingga malu mengecewakan mertuanya.
  • Cinta populariti: cinta kerana pasangan terkenal.
  • Cinta warisan: berkenaan pusaka.
  • Cinta nasab dan keturunan: sama keturunan.
  • Cinta agama: mempermainkan agama,misalnya pura-pura memeluk islam sebelum memurtadkan pasangan.
  • Cinta suci: cinta yang jauh daripada kepentingan peribadi.
KATEGORI DAN PERINGKAT CINTA
1. Cinta narsitik/narnisme
  • Iaitu cinta yang berlebihan pada diri sendiri, sehinggakan jika mencintai orang lain, dia berfikir apakah keuntungan yang bakal diperolehnya.
2. Cinta transaksional atau cinta pedagang.
  • Iaitu ada untung diambil, jika tidak ditinggalkan.
3. Cinta nikmat/hedonis
  • Iaitu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
4. Cinta patologik
  • Iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti romeo dan Juliet atau Qaish dan Laila.
5. Cinta murni
  • Iaitu cinta tanpa batasan. Semua yang dilakukan lahir dari hati nurani. Ini tingkat cinta yang istimewa. Jika seorang salah,seorang lagi menasihati. Cinta itu dirasai dalam hal berumahtangga dan menuju keluarga sakinah, lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumahtangga.
6. Cinta agung
  • Iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan allah s.w.t. orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkat ihsan dan ini boleh diperoleh oleh orang yang hatinya jauh dari syahwat serta segala bentuk penyakit hati.

10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG



Sepuluh: rasa malu bila bercakap dgn dia..
Sembilan: awak perasan awk tersenyum bila b'ckp dgn dia..
Lapan: kalau terlihat dia, tak nampak dah orng lain..
Enam: sentiasa teringatkn dia..
Lima: tersenyum bila berckp dgn dia..
Empat: awk akn cuba sedaya upaya untk berhbg dgn dia..
Tiga: Apabila bce tanda-2 ni awk teringat sesorang..
Dua: sedang asyik memikirkn nye, smpai tak persan no 7 x de dlm senarai..
Satu : awak tergelak lepas check mmg x de..


nak update jugak tak mau blog tercinta ni bersawang . hihi
lagi pun , tengok ayat ni fazie memang terkena . aduhaii :D
kredit : stylla still letto 

kekal steady di bulan ramadhan


amboi sedapnyee . nyum nyum !



hello earthlings !
macam mana puasa hari ni ? letih ke ? hihi sabar2 , fazie pun letih jugak puasa tadi . tapi lama2 nanti terbiasa lah sebab kita kena berpuasa selama sebulan kan .

fazie ade tips untuk kekal steady semasa berpuasa . just nak share dengan korang jea oke

  • lewatkan makan ketika sahur . tapi agak2 lah yea jangan dah nak masuk azan subuh baru terkial2 nak sahur . 
  • banyakkan minum air suam ketika sahur . ni juga penting tao supaya air dalam badan tak kurang . 
  • tak lupa jugak , makan lah quaker oat atau nestum . itu lebih mengenyangkan perut anda . macam promoter pulak
  • jangan terlalu banyak berbaring . ini boleh menyebabkan korang lagi rasa letih dan tak bermaya
  • buat kerja yang berfaedah macam kemas rumah ke , baca buku atau novel , buat ulangkaji , atau baca al-quran lagi dapat banyak pahala
  • agak2 kalau dah petang tu , korang online lah sampai dah nak buka puasa . ehh jangan lupe lak tolong mak sediakan makanan untuk berbuka . nanti bising pulak dorang . 
  • akhir sekali , memperbanyakkan ibadah seperti solat sunat , berzikir , membaca al-quran dan sewaktu dengannya .
itu jea fazie boleh kongsi dengan korang . jadi , maintainkan puasa korang jangan ponteng2 pulak yeaa . korang kan dah besar . oke that's all . k baii !

my nose bleeding !

alalalo cumelnyaaa . mcm kucing fazie :D
hi. how are you? 
macam virus dekat efbee lah pulak . hihi .
pagi tadi , macam biasa fazie bangun siap2 nak pegi sekolah . tiba2 . haacummm!
mak oii , bersin pulak . ambik tisu lap tapi ...... ada darah .
ohh tidak ! hidung fazie berdarah ! takot jugak di buatnya . masa tu , hidung dah rasa panas semacam . errr kenapa dengan fazie ni ? tapi nasib baiklah tak teruk mana .

mak fazie pesan , kalau hidung berdarah lagi , letak air dekat kepala dan dongakkan kepala . tapi alhamdulillah dekat sekolah tadi , hidung fazie tak berdarah pun cuma rasa panas sikit .

dekat sekolah fazie ada tanya pendapat kawan fazie sebab apa hidung kita berdarah ? ini antara jawapan mereka :

  • mungkin kau nak demam kot ?
  • hidung luka eh ?
  • sebab penyakit2 tertentu rasanya .
itu pendapat dorang lah . mereka bakal jadi akauntan je , bukan bakal pakar doktor bedah . so fazie balik nak cari info tentang sebab hidung berdarah ni

Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus
HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. 

Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.
Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komp
likasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. 



Jelas Dr Raymond, ada kala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol


“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya. 


Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis). 


Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?
  • Picit bahagian bawah hidung
  • Tekan hingga terasa tulang muka
  • Mendongak dengan kepala menegak.
  • Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
  • Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
  • Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.
tu info yang korang kena tahu . manalah tahu kot2 ada orang sekeliling mengalami simptom ni atau korang pulak yang kena . manalah tahu kan . oke ini jea fazie dapat share dengan korang . akhir kata , jagalah kesihatan anda selalu ! sekian :)