Berdoalah :)

Assalammualaikum w.b.t....

source: incik gugel.

Post kali ni fazie nak kongsi ilmu dengan korang semua tentang Doa.

Ada di kalangan kita memandang ringan tentang doa dan mungkin juga mengabaikan doa dalam kehidupan seharian. Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya untuk diberikan perlindungan dan pertolongan.
Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia dihadapan Allah SWT.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud "Doa otak adalah ibadah". Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah SWT akan memberinya satu diantara tiga :
1 Allah SWT mengabulkan doanya.
2 Allah SWT akan menyimpannya untuk diberi di akhirat kelak.
3 Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan daripada orang tersebut yang setimpal dengan doanya.
Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh. Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.

ADAB BERDOA :
1. Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
2.Memulakan doa dengan thamid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Khusyuk ketika berdoa.
4. Mengakui dosa-dosa (sekiranya ada) dan memohon keampunan daripada Allah SWT
5. Menghadap kiblat.
6. Mengulang doa sebanyak 3 kali.
7. Berdoa bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan menunaikan doanya.
8. Menadah tangan ketika berdoa.
9. Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
10. Menjaga makanan, minuman dan pakaian daripada hasil yang haram.
11. Tidak berdoa untuk perkara maksiat dan memutuskan hubungan silaturahim.
12. Berdoa dengan tertib dan tidak gopoh.
13. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah (Asma' Allah al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang mulia.
14. Berwuduk sebelum berdoa.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  • Lailatur Qadr (10 malam terakhir bulan Ramadhan)
  • Sepertiga akhir malam
  • Setelah solat fardhu
  • Semasa solat fardhu
  • Ketika turun hujan
  • Ketika peperangan menentang orang kafir (Jihad)
  • Ketika minum air zamzam
  • Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)
  • Ketika di antara azan dan iqamat
  • Hari dan malam Jumaat
  • Ketika berpuasa bulan Ramadhan sehingga berbuka
  • Ketika majlis ilmu
  • Ketika iktikaf di masjid
  • Ketika sujud
  • Doa pemimpin yang adil
  • Ketika di bukit Safa dan Marwah
  • Doa orang yang di zalimi
  • Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
  • Ketika musafir yang diharuskan syara'
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya
  • Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)
semoga entri kali ni dapat dimanfaatkan. Sekian :)

kredit: Majalah Era Muslimah

Nak review novel : Untuk Sekali Lagi

Assalammualaikum w.b.t.....


Sepanjang cuti sekolah ni fazie rasa macam nak baca novel ni balik. fazie nak bagi 8/10 bintang 
cerita ni memang layan kalau korang baca dan memerlukan kesabaran yang tinggi sebab cerita ni kebanyakannya sedih sangat sampai fazie meleleh air mata :'( sobs sobs

Ehem! lagi satu cerita ni fazie beli dengan duit sendiri. hasil duit gaji fazie kerja dulu masa tengah tunggu result SPM. agak2 tengah bosan jaga kedai asam, belacan, cencaluk, jeruk, kopok tu fazie baca lah novel ni. Lagipun fazie beli novel ni masa tengah promotion dapatlah diskaun dari harga yang sebenar RM21.00, fazie cuma dapat beli dengan harga RM19.90. murah kan kan kan? heheeee :D

nak tahu sinopsis dia? ni dia.......

RASHIDAH - sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. dan lebih parah lagi... aku difitnah!

KAMAL - kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. kini, aku berjaya memperolehnya. perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? adakah aku suami yang kejam? tidak! biarkan dia rasa. sayang aku padanya sudah pudar!

SYUHADAH - aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. namun aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata.
Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu  yang mengejar bayang-bayangnya. dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

Kalau korang salah seorang yang suka baca novel, cepat dapatkan novel ni tau sebab cerita ni memang syok habis. Rugi sape tak baca novel ni. *macam model iklan lah pulok

Ok sekian... (esok update lagi!)