Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Benefits of Ayat ul Kursi

Assalamualaikum....


sharing is caring, caring is loving. huhu :)

Fatih Seferagic

Assalamualaikum...

siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni :



Subhanallah, Masha Allah. indahnya suara beliau. tersentuh hati ni bila mendengar kelunakan suara Fatih Seferagic membaca ayat suci al-Quran ini. Inilah wajah beliau :




I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.

ini facebook beliau https://www.facebook.com/fatihseferagic
kalau search dekat youtube banyak video mengaji beliau. tenang hati ini bila dengar suara dia mengaji :)

5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Assalamualaikum...




Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda.

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.


 Bagaimana jalan penyelesainya?

kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook 

Kekeliruan Ucapan Hari Natal

Assalamualaikum...

kredit adik Faqihah Husni

ni respon post fazie yg lepas : Tak Payah Nak Wish Sangatlah? 

baca ni jugak dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

dan tengok printscreen ni:

kredit belog zamani 84 
http://zamani84.blogspot.com/2012/12/kekeliruan-di-facebook-hadis-palsu.html

post yg lepas tu fazie dah delete. tak mahu bagi kekeliruan dekat korang. minta maaf kepada semua yg dah baca post tu eh. apa-apa pun yg penting niat kita kan? 

p/s: semua manusia pernah buat silap :D

Nasihat Menasihati

Assalamualaikum...


kadang-kadang orang yang kita nampak jahat, boleh berubah menjadi lebih baik daripada jangkaan kita
ada yang lebih suka menghukum tanpa usul periksa
kita tak beri peluang untuk dia bersuara
kerana kejahilan menyelubungi hati dan perasaan

dengarlah nasihat seseorang itu walaupun daripada seorang pelacur.
kerana kita bukan manusia yang sempurna
penuh dengan kelemahan
oleh itu, sentiasalah meminta pertolongan daripadaNya iaitu Yang Maha Esa, Allah SWT :)

Wordless Wednesday : Words To Allah

Assalammualaikum...




Sebarkan Salam

Assalamualaikum...
(jawab jangan tak jawab!)



hari ni fazie nak kongsi dengan semua orang yang sudi membaca entri kali ni. semoga memberi manfaat kepada kita semua termasuk fazie sendiri :)

Hukum memberi salam adalah sunat tetapi menjawabnya adalah wajib. Makna "Assalamualaikum" ialah semoga Allah menyelamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Ini bererti kita saling menyebarkan kesejahteraan kepada sahabat-sahabat kita.

Panduan Memberi Salam

  • Orang yang naik kenderaan disunatkan beri salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang muda beri salam kepada yang tua. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Hendaklah memberi salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang ramai." (Riwayat Muslim)
  • Dahulukan ucapan salam. Contohnya; perlu dahulukan lafaz "Assalamualaikum" dan diikuti ucapan lain seperti "Selamat Pagi" dan seumpamanya.
  • Beri salam sewaktu masuk ke rumah. Berkat itu turun berserta salam. Bagaimana adab beri salam bagi rumah yang tidak berpenghuni? Jawapannya "Assalamu'alainaa 'ibaadillahish shaalihin" (Riwayat Muslim)
  • Sunat berjabat tangan ketika memberi salam.
  • Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan senyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, "Senyummu kepada saudaramu itu sedekah." (Riwayat Muslim)
  • Tidak boleh memberikan salam kepada orang kafir.

Kelebihan Sebarkan Salam
  • Akan timbul rasa kasih sayang sesama kita.
  • Memperolehi pahala
  • Mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia
  • Darjatnya ditinggikan di hadapan Allah
  • Menghilangkan rasa sombong dan bongkak dalam diri manusia

Hukum Salam
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain tetapi wajib menjawab salam yang disampaikan secara langsung kepada kita.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Pengecualian Kewajiban Menjawab Salam
  • Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan azan atau iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.

nota cinta: Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu hal yang apabila kalian mengerjakannya, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim)


Kredit: Asuh

Anda Pakai Tudung Apa?

Assalammualaikum...


Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua :)
kredit: bakal kakak ipar. hihi :p

Peringatan Untuk Umat Manusia (Surah Al-'Asr)

Assalammualaikum...


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
  1. Demi masa,
  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
  3. Kecuali pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Terdapat sebuah kisah semasa surah ini diturunkan, iaitu kisah antara Amru bin Al 'As dan Musailamah al-Kazzab. Musailamah al-Kazzab bertanya kepada Amru:

"Apa yang telah disampaikan kepada kawan kau (Muhammad SAW) pada masa ini?"

Amru menjawab: "Surah yang pendek dan padat."

"Apa dia?" tanya Musailamah

Lalu Amru membaca surah al-'Asr. setelah mendengar ayat yang dibacakan itu, Musailamah berfikir sejenak, lalu berkata:

"Hampir serupa dengan apa yang diturunkan kepada aku."

"Apa dia?" tanya Amru

"Hai, Wabr (bermaksud kecil, mamalia berbulu), Hai Wabr! kamu hanya memiliki dua telinga dan satu dada dan selebihnya kamu menggali..."

"Apa pendapatmu Amru?" tanya Musailamah

"Demi Allah! Sesungguhnya, engkau pun tahu bahawa engkau ini hanya menipu dan dusta."

Menurut Abu Bakar Al-Khara'iti dalam bukunya Masawi ul-Akhlaq, Wabr menyerupai kucing, dan anggota badan yang paling besar yang ada pada Wabr adalah telinga dan perutnya. Musailamah cuba menyakinkan orang lain, namun seorang penyembah berhala pun tidak mempercayai kata-katanya itu.

Kisah ini adalah antara sebab-sebab dia digelar Al-Kazzab yang bermaksud seorang pendusta dan penipu.

Menurut Imam at-Tabrani, apabila dua orang sahabat Rasulullah SAW bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang membaca surah ini, surah al 'Asr dan yang seorang lagi menyampaikan salam.

Menurut Imam al-Shaei: Seandainya manusia tahu makna yang terkandung dalam surah al-'Asr, maka cukuplah surah ini sebagai nasihat untuk mereka.

nota cinta: Surah al-'Asr ini mengingatkan kita supaya menyedari hakikat bahawa usia kita adalah pendek dan hendaklah kita memenuhi usia kita dengan melakukan perkara-perkara kebaikan. Jauhi kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah SWT.


kredit: Ana Muslim

Twitter Sekarang...

Assalammualaikum...



hai hei hui. dah dua hari fazie biarkan belog kesayangan ni berhabuk tanpa sebarang entri pun untuk pengunjung belog fazie ni. mintak maaf sesangat sebab fazie dah kekeringan idea. entri yang lepas pun fazie join segmen SM (nak support adik gempak tu punya segmen) kalau cuti ni boleh lah dapat update entri bebanyak sehari satu post. kalau dah bukak sekolah nanti jangan haraplah lagi2 tahun depan dah semester 2  ramai bebudak cakap semester 2 mungkin susah. nampaknya nanti belog ni akan dibiarkan mungkin update sekali sekala.

okay fazie nak luahkan sesuatu. pasal twitter. yaa twitter. agak merimaskan sekarang ni bila scroll timeline ada je nama si polan tu naik sebab dot dot dan si pulan pulak jadi trending sebab benda lain. fazie rasa benda ni macam taktik sebab fazie selalu online twitter guna phone. boleh tengok sejak bila akaun korang tu dibuat. tapi bila tengok akaun profile si polan yang menjadi topik perbualan bebudak dekat twitter, beliau baru sign up / baru buat akaun tersebut beberapa hari yang lepas. pelik kan? lepas tu setiap hari ada je orang yang jadi trending. lagi pelik.

tak tahu lah kalau itu mungkin motif seseorang nak naikkan nama beliau dengan mengadakan cerita atau kata beliau "aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa je dekat twitter ni!" sayang, baik kalau kita tak perlu luahkan apa yang kita rasa sama ada marah ataupun kecewa di twitter sebab nanti orang lain mula fikir benda yang bukan2 (rambut sama hitam, hati lain pulak warnanya. hehe)

bagi fazie kalau korang buat macam tu samalah korang bukak pekung di dada sendiri. lebih baik kalau perkara yang personal keep it as a private. kalau nak luahkan pun cari seseorang atau kawan yang boleh kita percayai.

fazie pun nak nasihat jugak kepada blogger yang menyiarkan gambar si polan2 tersebut di blog entri korang. daripada orang tak tahu jadi tahu. kalau perkara yang baik tak apalah. lebih baik kita jangan bukak aib orang. kalau kita tutup aib orang, Insyaallah mana tahu orang lain jugak boleh tutupkan aib kita. semua manusia tak sempurna dan tak pernah terlepas buat kesilapan. kepada sesiapa yang terasa ke dengan entri fazie kali ni, fazie mohon maaf sangat cuma fazie nak mengingatkan saja.


nota cinta : kepada sesiapa yang ade akaun twitter tinggalkan link korang dekat ruang komen ni ya, nak follow korang semua sambil tu boleh rapatkan silaturahim kan kan? okay, have a nice day guys ;)

Hayati 10 Ayat Surah Al-Khafi

Bismillah..
Assalammualaikum...



Salam Jumaat kepada semua. Sempena hari Jumaat ni fazie nak kongsi ilmu dengan anda semua :)
Sabda Rasulullah s.a.w tentang Dajjal.

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)


Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”











kredit : mamat &  bahterawawasan

Berdoalah :)

Assalammualaikum w.b.t....

source: incik gugel.

Post kali ni fazie nak kongsi ilmu dengan korang semua tentang Doa.

Ada di kalangan kita memandang ringan tentang doa dan mungkin juga mengabaikan doa dalam kehidupan seharian. Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya untuk diberikan perlindungan dan pertolongan.
Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT dan ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia dihadapan Allah SWT.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud "Doa otak adalah ibadah". Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah SWT akan memberinya satu diantara tiga :
1 Allah SWT mengabulkan doanya.
2 Allah SWT akan menyimpannya untuk diberi di akhirat kelak.
3 Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan daripada orang tersebut yang setimpal dengan doanya.
Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh. Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.

ADAB BERDOA :
1. Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
2.Memulakan doa dengan thamid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah saw.
3. Khusyuk ketika berdoa.
4. Mengakui dosa-dosa (sekiranya ada) dan memohon keampunan daripada Allah SWT
5. Menghadap kiblat.
6. Mengulang doa sebanyak 3 kali.
7. Berdoa bersungguh-sungguh dan yakin Allah akan menunaikan doanya.
8. Menadah tangan ketika berdoa.
9. Menjauhkan diri daripada segala maksiat.
10. Menjaga makanan, minuman dan pakaian daripada hasil yang haram.
11. Tidak berdoa untuk perkara maksiat dan memutuskan hubungan silaturahim.
12. Berdoa dengan tertib dan tidak gopoh.
13. Berdoa dengan menyebut nama-nama Allah yang indah (Asma' Allah al-Husna) dan sifat-sifat Allah yang mulia.
14. Berwuduk sebelum berdoa.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

  • Lailatur Qadr (10 malam terakhir bulan Ramadhan)
  • Sepertiga akhir malam
  • Setelah solat fardhu
  • Semasa solat fardhu
  • Ketika turun hujan
  • Ketika peperangan menentang orang kafir (Jihad)
  • Ketika minum air zamzam
  • Ketika terjaga dari tidur malam (tengah malam)
  • Ketika di antara azan dan iqamat
  • Hari dan malam Jumaat
  • Ketika berpuasa bulan Ramadhan sehingga berbuka
  • Ketika majlis ilmu
  • Ketika iktikaf di masjid
  • Ketika sujud
  • Doa pemimpin yang adil
  • Ketika di bukit Safa dan Marwah
  • Doa orang yang di zalimi
  • Ketika berada di Masjidil Haram atau depan Kaabah
  • Ketika musafir yang diharuskan syara'
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa anak yang soleh kepada ibu bapanya
  • Doa di padang Arafah (khususnya ketika Wukuf Haji)
semoga entri kali ni dapat dimanfaatkan. Sekian :)

kredit: Majalah Era Muslimah

9 sebab hati tidak bahagia



Assalamualaikum w.b.t....

hari ini terasa nak kongsi ilmu dengan korang semua. nampak kan tajuk dia. ok ini antara sebab2 nya :

Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.


Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daripada dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duti. Allah lebih sayang orang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Sebab walaupun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak Sabar
Andainya perkara yang keci pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Ego
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi apabila dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati

kredit: Majalah Era Muslimah

7 Petua Makan Cara Sunnah Nabi

Assalammualaikum w.b.t :)



Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan? Makanan tidak boleh ambil secara berlebihan kerana ia adalah amalan buruk. Rasulullah SAW sendiri ada menyebut, "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Oleh itu, jika ingin kekal sihat, ada beberapa petua menjaga kesihatan yang Rasulullah SAW amalkan untuk dijadikan panduan.

SEIMBANGKAN MAKANAN
Rasulullah mengamalkan pemakanan seimbang iaitu denga tidak membataskan pengambilan makanan kepada satu jenis sahaja. Sebaliknya, Rasulullah menyeimbangkan makanan yang bersifat panas dan sejuk. Beliau juga tidak mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu serentak.

CARA DUDUK & POSTUR BADAN
Ketika duduk menghadap makanan, Rasulullah duduk dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

UTAMAKAN MAKANAN LEMBUT
Rasulullah mengutamakan makanan lembut terutama makanan lembut terutama jika baru sembuh daripada penyakit atau sedang menjalani proses pemulihan. Dalam hadis daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu untuk makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kekotoran!"

AMALKAN MADU
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi seperti madu dan buah-buahan sebagai makanan tambahan. Madu elok diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan air sejuk sebelum diminum. Ini baik untuk mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

GANDUM UNTUK PESAKIT BARU PULIH
Rasulullah ada mengajar kaedah berpantang ketika baru pulih daripada sakit. larangan untuk tidak memakan buah-buahan adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Ini kerana ia akan memudaratkan pesakit yang baru sembuh kerana sifatnya mudah terurai. Perut juga belum cukup kuat kerana sibuk bekerja menghakis penyakit. Sebaliknya, gandum adalah lebih baik kerana air daripada gandum dapat menguatkan tubuh.

AWAS MAKANAN TIDAK SEGAR
Rasulullah juga tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Oleh itu, kita juga patut mengelak daripada mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat kerana mangandungi perisa tiruan dan sintetik.

PETUA UNIK MAKAN & MINUM
Rasulullah melarang kita makan sambil bersandar dan minum sambil berdiri (kecuali terpaksa). Makruh minum selepas bersenam atau melakukan kerja berat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Anda hanya boleh minum atau makan selepas berehat beberapa ketika. Rasulullah juga ada petua unik ketika minum. Dalam hadis dari Anas bin Malik bermaksud: "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."

Rahsia besar Rasulullah yang patut menjadi teladan adalah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Dalam hadis yang bermaksud: "Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak makan ditinggalkannya."

kredit : Majalah Dara.com 

Siapakah Gadis Idaman Lelaki Soleh?



Assalammualaikum w.b.t

wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah SWT. namun, wanita jualah yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah SWT menjadikan wanita untuk menghiasi bumi dan untuk dijadikan pasangan kepada kaum Adam. sebagaimana Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar menciptakan seorang teman untuknya berbicara, bergurau senda dan membina sahsiah dirinya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam AS. antara ciri gadis solehah idaman lelaki soleh adalah ;

BERPEGANG KEPADA AGAMA
gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. dia akan memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. dia sesekali tidak akan melalukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

KECANTIKAN DALAMAN
fitrah wanita dijadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki soleh. dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan,

MEMAHAMI LELAKI
anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. merasai suka dukanya. tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu anda terjemahkan. itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.


TIDAK PAMERKAN KESEKSIAN
jika dilihat, lelaki diluar sana memang suka menjamu mata denga melihat  aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.

MANJA
lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. tetapi, jangan pula anda menunjukkan sifat manaj atau keanak-anakan yang berlebihan. takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.

SEJUK MATA MEMANDANG
gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda merias wajah dengan alat solek, tetapi cukup dengan memiliki sikap bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah, dan memberikan senyuman ikhlas. anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu, ramah dan mesra.

PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. oleh itu gadis diluar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri.

TIDAK CEREWET
awas ya para gadis! lelaki tidak suka kepada gadis yang cerewet. cerewet boleh merimaskan dan membuatkan lelak jemu denganmu. jangan amalkan sikap mengkritik kepad sesuatu yang anda tidak gemari. sebaliknya, berdiam adalah lebih baik.

BERAKHLAK MULIA
seindah hiasan dunia adalah gadis solehah. oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.

Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua . dah lama tak updated blog . kali ni nak kongsi ilmu dengan anda semua RAHSIA KEKAL CANTIK & SIHAT CARA ISLAM yang tak perlu mengeluarkan perbelanjaan dan paling penting mengikut cara Islam!

CUCI WAJAH 5 KALI SEHARI
agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah denga air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

BERSENAM ELAKKAN STRES
untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.

RAHSIA BIBIR CANTIK
anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, dan juga tidak sombong atau takabur.

DIKENALI DAN DISAYANGI
agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di sekolah, kuliah, pejabat ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.

TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

semoga tips ini dapat membantu anda. lebih baik kita melakukan perkara berlandaskan ajaran Islam agar kita tidak lupa :)

kredit : Majalah Dara.com April 2012 

AMALAN SEBELUM AIDILFITRI !

amboi sedapnye :D


hai beb ! rasa macam nak share sesuatu lah dengan korang . disebabkan raya bakal menjelang , ini sedikit info tentang amalan sebelum aidilfitri 

1. mengidupkan malam raya dengan ibadat seperti :

  • takbir
  • zikir
  • solat sunat tahajjud
  • membaca Al-Quran
2. mandi sunat pada pagi hari 

3. memakai pakaian yang baru dan bersih 
    mestilah pakai baju raya yang korang baru beli tu kan . mesti nampak cantik dan handsome .

4. memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki
    perempuan pun boleh pakai , asalkan tak berlebihan . jangan sampai ada orang ikut belakang akak pulak :)

5. bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga
    jangan lupa yea mintak maaf kalau korang ada buat salah dengan mereka :)

6. bersarapan sebelum solat Aidil Fitri
    ini merupakan Sunnah Nabi . so , jangan lupe yea !

7. pergi awal ke masjid
    set masa tu betul2 , sebaik-baiknya pergi masjid dengan berjalan kaki .

8. berwajah ceria 
   senyumlah kepada setiap orang Islam yang korang jumpa .

9. membayar zakat fitrah dan bersedekah 
   banyak pahalanya :)


orite , itu jea yang boleh fazie share . saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ! raya jemputlah datang rumah yea . hihi :)

10 malam terakhir Ramadhan



haii ! tup tup , rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadhan . malam ni 10 malam terakhir . cepat btol masa berlalu .

jadi kepada semua umat Islam jangan lepaskan peluang manfaatkan malam terakhir ni mencari malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu MALAM LAILATUL QADAR


perbanyakkan berdoa dan beribadah kepada Allah SWT , semoga kita semua dapat keberkatan di bulan yang penuh barakah ini . Insyaallah :)

nak tips 10 malam terakhir ? meh tekan SINI




maksud cinta dan yang mana kita perlukan :)



lame dah tak updated blog tersayang ni . tapi kali ni jom baca info maksud cinta yang mana kita perlukan :)

nota cinta :
maaf kalau agak panjang entri kali ni , harap baca lah dengan teliti yea . hihi xD

Cinta adalah penjelmaan perasaan jiwa dan gejolak hati seseorang. Kerana cinta menjadikan dunia lebih indah. Kerana cinta membuatkan muka yang masam menjadi berseri-seri, membuat orang berasa tidak sakit, mandi tak basah , penakut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat walaupun hidup dihimpit kesusahan.

            Tetapi adakah cinta seperti itu? Tidak! Kerana cintalah manusia merintih dan menangisi kehidupan sepanjang masa. Atas dasar cinta juga seseorang itu mengakhiri hidupnya secara tragedi. Atas nama cinta cinta jugalah perang meletus di mana-mana. Inilah cinta yang di kambing hitamkan dan cinta yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata. Ketika cinta dianggap sebagai emosi memuaskan nafsu dan pergaulan bebas, maka bersiaplah dengan kehancuran yang akan mendatang.

            Mengapa manusia amat mudah digoda oleh kuman cinta? Ini adalah kerana manusia yang suka mengikut kehendak nafsu dan berperilaku seperti binatang. Bagaimana proses cinta menggoda manusia adalah seperti berikut:
  • Melalui pandangan pertama (umumnya tentang kecantikan fizikal), kebanyakan remaja hari ini dikatakan dan mengakui bahawa mereka saling jatuh cinta pada pandang pertama. Iaitu apabila si lelaki melihat si wanita itu, maka bertautlah hati dan perasaan mereka berdua untuk terus bersama. Biasanya jatuh cinta pandang pertama ini adalah hanya kerana kecantikan menjadi ukuran semata-mata.

  • Melalui persahabatan (pengenalan peribadi), misalnya  percintaan asal bermula melalui tali persahabatan,namun akhirnya akan dilanjutkan pula kepada percintaan.Ini kerana masing-masing mula menanamkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan merasakan mereka boleh bersama dalam berkongsi masalah, suka duka dan cerita bersama.

  • Cinta melalui prestasi (bakat atau popular), percintaan seperti ini banyak terjadi diantara pelajar-pelajar sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu seseorang yang jatuh cinta kerana bakat, kerana seseorang itu popular dan menyebabkan secara langsung kita meminatinya. Bermulalah dengan kata-kata puitis yang mengatakan pujian, memberikan hadiah-hadiah kepada si dia dan sebagainya. Sehingga kita Berjaya mengambil hati mereka ini.
 
  • Melalui peranan orang ketiga (orang tua atau sahabat), cinta seperti ini dimulakan dengan pertemuan yang dirancang oleh orang ketiga tidak kira sama ada orang tua mahupun sahabat kita sendiri. Melalui pertemuan atau perkenalan yang pertama, apabila telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak maka ia akan diterus atau dilanjutkan. Dan sebaliknya berlaku jika masing-masing tidak berminat atau sudah mempunyai calon sendiri.
 
  • Sekarang ini, ramai yang jatuh cinta melalui peranan medium (telefon atau internet) ,iaitu berlaku apabila seseorang telah mendail pada nombor telefon yang salah dan mula berlanjutan menjadi sesi perkenalan atau perkongsian. Manakala menerusi internet juga menjadi sangat biasa apabila bertemu dilaman-laman blog , yahoo messenger, emel dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah cinta siber ini dikatakan wujud. Melalui perkenalan seperti inilah mereka akan mula membuat pertemuan sesame mereka.
 
  • Cinta melalui kesedaran untuk berjuang bersama (satu badan organisasi atau gerakan perjuangan) , biasanya cinta seperti ini adalah cinta organisasi yang apabila kita sering memperhatikan segala tindak tanduknya, lemah lembutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun kerana kewibawaannya didalam menguruskan badan organisasi, membuatkan kita kagum dan ingin bergabung dengan si dia. Seolah-olah jika sehari tidak berjumpa atau si dia tidak bersama dalam suatu program yang diadakan kita menjadi tertanya-tanya dan bimbang kepadanya.
 
  • Kadang-kadang ada juga cinta serta factor yang tidak terduga (kes atau musibah), contohnya apabila berlaku kes perlanggaran secara tidak sengaja, jatuh tangga , air tertumpah dan sebagainya. Dari rentetan sesuatu peristiwa tersebut membuatkan kita memiliki nombor telefon si dia dan sebagainya. Berkemungkinan cinta mula berputik ketika itu.
 
Namun, ada sebahagian orang menterjemahkan cinta sebagai seks, hubungan intim atau segala bentuk cara untuk memuaskan nafsu. Padahal, cinta yang demikian akan membawa mereka ke arah dosa besar seperti perlacuran ,perzinaan , seks bebas dan seks yang menyimpang.
            Mereka yang terjebak didalam jalan seks ini adalah kerana salah faham mengenai istilah cinta. Cinta bagi golongan ini boleh dibahagikan seperti berikut:

1.   Rasa memiliki yang berlebihan. Mereka yang sedang dilamun cinta merasa cinta adalah perasaan memiliki yang tebal dan harus menguasai antara satu sama lain. Sehingga si gadis harus meminta izin daripada si lelaki hanya untuk melakukan sesuatu perkara, begitu juga sebaliknya. Padahal mereka sebenarnya tidak saling memiliki.

2.   Hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Padahal cinta adalah memberi tanpa balasan, bukan sekadar    meminta atau menerima sahaja. Hal ini terjadi kerana mahukan pangkat atau bersifat duniawi yang dapat dilihat pada pasangan.

3.   Makna atau tafsiran cinta yang salah itu sendirilah yang membawa kepada perbuatan-perbuatan dosa dirimba raya cinta yang telah kehilangan pedoman. Natijah daripada perlakuan tersebut akan melahirkan cinta ternoda iaitu:

  • Heteroseksual iaitu berganti pasangan.
  • Biseksual iaitu tertarik dengan lelaki dan perempuan.
  • Homoseksual iaitu hubungan seks sesame jenis
  • Seks bebas tanpa pernikahan
  • Semen Liven iaitu hidup bersama tanpa pernikahan.
  • Monoseks iaitu onani atau masturbasi dengan memanipulasikan tangan dan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Transeksualisme iaitu menukar jantina
  • Ekhshibisionisme iaitu kepuasan seks dengan menunjukan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Voyeurism iaitu mendapatkan kepuasan seksual hanya dengan melihat gambar atau poster porno.
  • Fetisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan hanya memegang atau memiliki pakaian dalam wanita.
  • Sadism iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukai pasangannya.
  • Masokhrisme iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukakan diri sendiri.
  • Troilisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan disaksikan oleh orang ketiga.
  • Perkosaan iaitu mendapat kepuasan dengan memaksa orang lain.
Sedangkan sebab-sebab terjadinya jatuh cinta itu adalah berdasarkan kepada pesona kecantikan wajah dan fizikal, pesona peribadi serta akhlak, unsur material dan juga perasaan ingin memiliki dan mempunyai keserasian.
Jenis-jenis cinta dizaman moden sekarang:
  • Cinta monyet: berlandaskan syahwat.
  • Cinta semusim: sering berganti pasangan.
  • Cinta buta: yang haram turut dilakukan demi cinta.
  • Cinta terlarang: tanpa restu.
  • Cinta imaginasi: cinta dalam khayalan.
  • Cinta kilat atau lokasi: cinta kerana kegiatan tertentu.
  • Cinta materialistik: cinta harta benda
  • Cinta tubuh: cinta seks.
  • Cinta belas kasihan: cinta kerana kasihan
  • Cinta maut: berakhir dengan kematian.
  • Cinta orang tua: tidak mahu mengecewakan orang tua.
  • Cinta calon mertua: cinta kerana mertua sayang pada anak gadisnya sehingga malu mengecewakan mertuanya.
  • Cinta populariti: cinta kerana pasangan terkenal.
  • Cinta warisan: berkenaan pusaka.
  • Cinta nasab dan keturunan: sama keturunan.
  • Cinta agama: mempermainkan agama,misalnya pura-pura memeluk islam sebelum memurtadkan pasangan.
  • Cinta suci: cinta yang jauh daripada kepentingan peribadi.
KATEGORI DAN PERINGKAT CINTA
1. Cinta narsitik/narnisme
  • Iaitu cinta yang berlebihan pada diri sendiri, sehinggakan jika mencintai orang lain, dia berfikir apakah keuntungan yang bakal diperolehnya.
2. Cinta transaksional atau cinta pedagang.
  • Iaitu ada untung diambil, jika tidak ditinggalkan.
3. Cinta nikmat/hedonis
  • Iaitu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
4. Cinta patologik
  • Iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti romeo dan Juliet atau Qaish dan Laila.
5. Cinta murni
  • Iaitu cinta tanpa batasan. Semua yang dilakukan lahir dari hati nurani. Ini tingkat cinta yang istimewa. Jika seorang salah,seorang lagi menasihati. Cinta itu dirasai dalam hal berumahtangga dan menuju keluarga sakinah, lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumahtangga.
6. Cinta agung
  • Iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan allah s.w.t. orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkat ihsan dan ini boleh diperoleh oleh orang yang hatinya jauh dari syahwat serta segala bentuk penyakit hati.

Nifsu Syaaban



hai semua . terima kasih sebab sudi singgah blog fazie dan baca entri fazie kali ni . dalam diam2 bulan Syaaban telah datang dan sudah di pertengahan bulan Syaaban . selepas itu Ramadan pula akan tiba . kali ni nak bagi info tentang  Nifsu Syaaban

tadi dekat sekolah fazie ada ceramah tentang malam nifsu syaaban ni . punyalah khusyuk fazie dengar sebab penceramah dia suka tarik perhatian pelajar dengan cerita menarik tentang zaman nabi dahulu , masyarakat zaman sekarang serta di selitkan juga cerita kelakar . sebab tu semua pelajar khusyuk dengar ceramah pagi tadi .


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Nifsu Syaaban juga di kenali sebagai malam pengampunan 


Fadhilat Nifsu Syaaban


  •  Mengadakan bacaan Surah Yassin sebanyak tiga kali pada malamnya
  • Mengadakan Qiamullail
  • berpuasa pada siang harinya
penceramah ada cakap , bacaan surah yassin sebanyak tiga kali hanyalah di amalkan oleh orang muslim di Malaysia sahaja . orang arab pun tak ada buat macam tuh tao . fazie pun agak terkejut jugak lah dengan statement penceramah tu . tapi korang perlu tahu , bacaan yassin sebanyak tiga kali itu adalah TIDAK WARIK ataupun tiada sandaran . sebahagian orang melayu jea yang berfikiran bahawa MESTI BACA 3X . ITU SALAH !

agak2 korang hari dah berapa hari bulan syaaban ? jangan lah buat2 lupa , hari ni dah masuk 13 Syaaban sayang :) oleh itu , 15 Syaaban semakin hampir . janganlah kita lepaskan peluang beribadah kepada ALLAH SWT pada malam nifsu syaaban kali ni .

semoga segala ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT . Insyaallah :) maaf jika ada terkasar bahasa atau kesilapan . yang baik datang dari ALLAH SWT , yang buruk dari fazie sendiri .

kredit: wikipedia