tentang rasa ini dan diri ini . weeeeeeeee :D

Assalammualaikum w.b.t !

Hai cik adik hai cik abang rasa macam dah lama tak updated pasal diri yang tak seberapa ni . Pada hari Rabu yang lepas , 22 Mac 2012 ialah tarikh keramat dan menakutkan bagi calon SPM 2011 (termasuk aku) . cuma nak bagitahu yang kiter kiter emmm kiterr dapat ..... errrrrrrrrr ...........

agak2 korang result budak yang selalu berblogging dan online memanjang masa sebelum dan semasa dan selepas SPM agak2 berapa ? cer teka cer teka nanti den kasi duit singgit . hewhewhew xD

okay okay sebenarnya ni result den :


haha pe macam? can u believe it? of course no lah kan kan? (kredit to google for this photo) 

okay kali ni serius. result makcik cuma dapat ni jek (sambil tutup mata mulut ternganga)

BAHASA MELAYU -------> A   CEMERLANG TINGGI
BAHASA INGGERIS ------> B    KEPUJIAN TINGGI
PENDIDIKAN ISLAM -----> B+ KEPUJIAN TERTINGGI
SEJARAH -------------------> A- CEMERLANG
MATHEMATICS -----------> C KEPUJIAN
SCIENCE -------------------> B KEPUJIAN TINGGI
PRINSIP PERAKAUNAN -->D LULUS ATAS
EKONOMI ASAS ----------->C+ KEPUJIAN ATAS
ADDITIONAL MATHEMATICS ----> G GAGAL

inilah hasilnya. jangan ditanya lagi. clean and clear fazie sudah kasi.jangan tanya kecewa atau pun tidak sebab itu semua sudah tersurat kena terima jugak. tsk tsk tsk .

jadi apa perancangan lepas ni ? hurmmm makan tidur makan tidur kot? hehehe takde lah fazie tunggu tawaran form6 je sebab ayah fazie beria sangat suruh fazie masuk form6 ni. jadi budak sekolah balik. yehuuuuuu !

okay lah itu je dapat dikongsikan bersama. nak scan slip result tu printer akak dah bawak lari KL. kejam sungguh kan? heeeeeeeeeeeee masa untuk ghaib!

7 Petua Makan Cara Sunnah Nabi

Assalammualaikum w.b.t :)



Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan? Makanan tidak boleh ambil secara berlebihan kerana ia adalah amalan buruk. Rasulullah SAW sendiri ada menyebut, "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Oleh itu, jika ingin kekal sihat, ada beberapa petua menjaga kesihatan yang Rasulullah SAW amalkan untuk dijadikan panduan.

SEIMBANGKAN MAKANAN
Rasulullah mengamalkan pemakanan seimbang iaitu denga tidak membataskan pengambilan makanan kepada satu jenis sahaja. Sebaliknya, Rasulullah menyeimbangkan makanan yang bersifat panas dan sejuk. Beliau juga tidak mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu serentak.

CARA DUDUK & POSTUR BADAN
Ketika duduk menghadap makanan, Rasulullah duduk dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

UTAMAKAN MAKANAN LEMBUT
Rasulullah mengutamakan makanan lembut terutama makanan lembut terutama jika baru sembuh daripada penyakit atau sedang menjalani proses pemulihan. Dalam hadis daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu untuk makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kekotoran!"

AMALKAN MADU
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi seperti madu dan buah-buahan sebagai makanan tambahan. Madu elok diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan air sejuk sebelum diminum. Ini baik untuk mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

GANDUM UNTUK PESAKIT BARU PULIH
Rasulullah ada mengajar kaedah berpantang ketika baru pulih daripada sakit. larangan untuk tidak memakan buah-buahan adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Ini kerana ia akan memudaratkan pesakit yang baru sembuh kerana sifatnya mudah terurai. Perut juga belum cukup kuat kerana sibuk bekerja menghakis penyakit. Sebaliknya, gandum adalah lebih baik kerana air daripada gandum dapat menguatkan tubuh.

AWAS MAKANAN TIDAK SEGAR
Rasulullah juga tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Oleh itu, kita juga patut mengelak daripada mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat kerana mangandungi perisa tiruan dan sintetik.

PETUA UNIK MAKAN & MINUM
Rasulullah melarang kita makan sambil bersandar dan minum sambil berdiri (kecuali terpaksa). Makruh minum selepas bersenam atau melakukan kerja berat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Anda hanya boleh minum atau makan selepas berehat beberapa ketika. Rasulullah juga ada petua unik ketika minum. Dalam hadis dari Anas bin Malik bermaksud: "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."

Rahsia besar Rasulullah yang patut menjadi teladan adalah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Dalam hadis yang bermaksud: "Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak makan ditinggalkannya."

kredit : Majalah Dara.com 

Siapakah Gadis Idaman Lelaki Soleh?



Assalammualaikum w.b.t

wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah SWT. namun, wanita jualah yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah SWT menjadikan wanita untuk menghiasi bumi dan untuk dijadikan pasangan kepada kaum Adam. sebagaimana Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar menciptakan seorang teman untuknya berbicara, bergurau senda dan membina sahsiah dirinya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam AS. antara ciri gadis solehah idaman lelaki soleh adalah ;

BERPEGANG KEPADA AGAMA
gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. dia akan memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. dia sesekali tidak akan melalukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

KECANTIKAN DALAMAN
fitrah wanita dijadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki soleh. dia tidak akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan,

MEMAHAMI LELAKI
anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. merasai suka dukanya. tanpa bersuara pun, isi hati lelaki itu mampu anda terjemahkan. itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.


TIDAK PAMERKAN KESEKSIAN
jika dilihat, lelaki diluar sana memang suka menjamu mata denga melihat  aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.

MANJA
lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. tetapi, jangan pula anda menunjukkan sifat manaj atau keanak-anakan yang berlebihan. takut pula lelaki akan lihat anda seperti kurang matang.

SEJUK MATA MEMANDANG
gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda merias wajah dengan alat solek, tetapi cukup dengan memiliki sikap bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah, dan memberikan senyuman ikhlas. anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu, ramah dan mesra.

PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. oleh itu gadis diluar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri.

TIDAK CEREWET
awas ya para gadis! lelaki tidak suka kepada gadis yang cerewet. cerewet boleh merimaskan dan membuatkan lelak jemu denganmu. jangan amalkan sikap mengkritik kepad sesuatu yang anda tidak gemari. sebaliknya, berdiam adalah lebih baik.

BERAKHLAK MULIA
seindah hiasan dunia adalah gadis solehah. oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.

Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua . dah lama tak updated blog . kali ni nak kongsi ilmu dengan anda semua RAHSIA KEKAL CANTIK & SIHAT CARA ISLAM yang tak perlu mengeluarkan perbelanjaan dan paling penting mengikut cara Islam!

CUCI WAJAH 5 KALI SEHARI
agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah denga air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

BERSENAM ELAKKAN STRES
untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.

RAHSIA BIBIR CANTIK
anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, dan juga tidak sombong atau takabur.

DIKENALI DAN DISAYANGI
agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di sekolah, kuliah, pejabat ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.

TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

semoga tips ini dapat membantu anda. lebih baik kita melakukan perkara berlandaskan ajaran Islam agar kita tidak lupa :)

kredit : Majalah Dara.com April 2012