Rahsia Kekal Cantik & Sihat Cara Islam


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua . dah lama tak updated blog . kali ni nak kongsi ilmu dengan anda semua RAHSIA KEKAL CANTIK & SIHAT CARA ISLAM yang tak perlu mengeluarkan perbelanjaan dan paling penting mengikut cara Islam!

CUCI WAJAH 5 KALI SEHARI
agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah denga air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

BERSENAM ELAKKAN STRES
untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. bersenam melalui solat. ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. dan inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.

RAHSIA BIBIR CANTIK
anda ingin memiliki bibir yang mungil, cantik dan berseri? tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, dan juga tidak sombong atau takabur.

DIKENALI DAN DISAYANGI
agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di sekolah, kuliah, pejabat ataupun di sebarang majlis. selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda dapat juga meluaskan persahabatan. melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.

TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
untuk mendapatkan tubuh langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh kekal langsing dan sihat. jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

semoga tips ini dapat membantu anda. lebih baik kita melakukan perkara berlandaskan ajaran Islam agar kita tidak lupa :)

kredit : Majalah Dara.com April 2012 

4 nak glemer:

syahirooAhmad said...

terima kasih share... semoga menjadi panduan untuk kita semua.. :)

* saya sedang mengamalkan "beri salam kepada semua orang yang lalu dihadapan saya samada saya kenal or tidak" sebelum ni rasa malu2 je.. skg ni, dah mula rasa berani.. :)

_mauhaha_corner said...

nice entry..:))
kena amalkan..
insyaallah..:))

| CIKZEK | said...

Wajib cuba ni :) thnks for sharinggg ^__^

kura said...

pakai air wudhu je kan. heheh