Makan untuk hidup, atau hidup untuk makan? Makanan tidak boleh ambil secara berlebihan kerana ia adalah amalan buruk. Rasulullah SAW sendiri ada menyebut, "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit". Oleh itu, jika ingin kekal sihat, ada beberapa petua menjaga kesihatan yang Rasulullah SAW amalkan untuk dijadikan panduan.
SEIMBANGKAN MAKANAN
Rasulullah mengamalkan pemakanan seimbang iaitu denga tidak membataskan pengambilan makanan kepada satu jenis sahaja. Sebaliknya, Rasulullah menyeimbangkan makanan yang bersifat panas dan sejuk. Beliau juga tidak mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu serentak.
CARA DUDUK & POSTUR BADAN
Ketika duduk menghadap makanan, Rasulullah duduk dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
UTAMAKAN MAKANAN LEMBUT
Rasulullah mengutamakan makanan lembut terutama makanan lembut terutama jika baru sembuh daripada penyakit atau sedang menjalani proses pemulihan. Dalam hadis daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu untuk makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kekotoran!"
AMALKAN MADU
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi seperti madu dan buah-buahan sebagai makanan tambahan. Madu elok diambil pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan air sejuk sebelum diminum. Ini baik untuk mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
GANDUM UNTUK PESAKIT BARU PULIH
Rasulullah ada mengajar kaedah berpantang ketika baru pulih daripada sakit. larangan untuk tidak memakan buah-buahan adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Ini kerana ia akan memudaratkan pesakit yang baru sembuh kerana sifatnya mudah terurai. Perut juga belum cukup kuat kerana sibuk bekerja menghakis penyakit. Sebaliknya, gandum adalah lebih baik kerana air daripada gandum dapat menguatkan tubuh.
AWAS MAKANAN TIDAK SEGAR
Rasulullah juga tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Oleh itu, kita juga patut mengelak daripada mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat kerana mangandungi perisa tiruan dan sintetik.
PETUA UNIK MAKAN & MINUM
Rasulullah melarang kita makan sambil bersandar dan minum sambil berdiri (kecuali terpaksa). Makruh minum selepas bersenam atau melakukan kerja berat kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Anda hanya boleh minum atau makan selepas berehat beberapa ketika. Rasulullah juga ada petua unik ketika minum. Dalam hadis dari Anas bin Malik bermaksud: "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."
Rahsia besar Rasulullah yang patut menjadi teladan adalah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Dalam hadis yang bermaksud: "Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak makan ditinggalkannya."
kredit : Majalah Dara.com
2 nak glemer:
bilaa kita nk makan sesama nii :)
ohh begitu :) nicee!
Post a Comment