I'm Back!



Assalammualaikum w.b.t......

Ok pertama sekali fazie nak mintak maaf sebab dah lama sangat fazie tak post apa-apa sejak entri keputusan SPM yang tak berapa nak ok tu. Maaf ya kengkawan! (siapa jugak yang kesah pasal blog buruk ni)

Kedua, fazie rasa rindu pulak nak berblogging macam dulu kala. (hahaha) bukan apa, sejak sibuk dengan kemasukan belajar ke tingkatan 6 ni, masa pun rasa cepat je berjalan. lepas balik sekolah ada aktiviti lain pulak.

Ketiga, fazie dah masuk ke tingkatan 6! haha jadilah budak sekolah balik bangun pagi2 pakai baju sekolah. tapi tahun ni ting.6 dah lain okay! sistem dia lebih kurang macam dekat matriks. ikut semester. jadi tak adalah susah sangat sebab setiap semester bab baru kitaorang akan belajar dan bab yang dah lepas kitaorang tinggalkan jek. hehe

Keempat, fazie rasa nak aktif berblogging balik. nak tawan balik followers fazie. mintak2 lah boleh capai 1000 followers kan. dekat facebook friend fazie dah nak limit pun. rasa macam nak remove jek sesiapa yang annoying tu. (kejam)


inilah muka budak Lower 6. poyo jek lebih. hehe. 

agak terkejut jugak blogger dah bertukar kepada lebih baru. kekok pulak rasanya sebab fazie tak faham. Ok lepas ni fazie janji fazie nak update blog ni selalu. Sekian.... 

2 nak glemer:

kura said...

yoo. selamat ber form 6! hehe.
jom blogging!

syahirooAhmad said...

selamat menjalani hukuman rotan disekolah ya.. hahaha...

*interface baru ni lebih kurang je.. cuma kedudukan tu berubah.. lama2 nt mahir.. :)