Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Assalamualaikum...




Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda.

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.


 Bagaimana jalan penyelesainya?

kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook 

Bila Si Dia Ingat Kamu?

Assalamualaikum...

Entri kali ni khusus untuk wanita yang sudah berpasangan atau bakal bertunang atau bakal berkahwin mahupun yang dah berkahwin pun boleh.

mesti korang tertanya-tanya bilakah waktunya si dia paling suka fikir tentang dirimu. tengok ni ;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
43% 
Di Bilik Mandi

38%
Di Pejabat

11%
Dalam Kereta

8%
Ketika Di Gim.

kepada kaum lelaki, acaner setuju tak? kalau tak setuju sila komen :)

Aku Kecewa!!!!!!

Assalammualaikum...



Sesungguhnya aku insan yang lemah
Tak mampu mengawal perasaan sendiri pabila kecewa
Saat ini aku benar-benar kecewa

Sesungguhnya aku tak mampu mengawal
Perasaan cemburu yang membuak-buak ini
Ketika ini aku sedang menangisi
Kerana cinta kau telah beralih arah

Apakan daya
Aku cuma insan yang tak sempurna
Menagih cintamu yang cukup indah
Yang selama ini aku dambakan
Kau telah pergi...

Mungkin ini pengakhirannya
Untuk kita berdua
Tiap detik kenangan yang tercipta
Akan aku sematkan selamanya dalam hati
Kerna takkan mungkin diriku
Jumpa pengganti sepertimu

















SUMPAH KECEWA! WAAAA HARRY STYLES AKU!!!!!!!!

p/s: malam ini memang kecewa berdouble double. dengan si dia dah ade orang lain, Harry lagi. makkkkk! :'(

maksud cinta dan yang mana kita perlukan :)



lame dah tak updated blog tersayang ni . tapi kali ni jom baca info maksud cinta yang mana kita perlukan :)

nota cinta :
maaf kalau agak panjang entri kali ni , harap baca lah dengan teliti yea . hihi xD

Cinta adalah penjelmaan perasaan jiwa dan gejolak hati seseorang. Kerana cinta menjadikan dunia lebih indah. Kerana cinta membuatkan muka yang masam menjadi berseri-seri, membuat orang berasa tidak sakit, mandi tak basah , penakut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat walaupun hidup dihimpit kesusahan.

            Tetapi adakah cinta seperti itu? Tidak! Kerana cintalah manusia merintih dan menangisi kehidupan sepanjang masa. Atas dasar cinta juga seseorang itu mengakhiri hidupnya secara tragedi. Atas nama cinta cinta jugalah perang meletus di mana-mana. Inilah cinta yang di kambing hitamkan dan cinta yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata. Ketika cinta dianggap sebagai emosi memuaskan nafsu dan pergaulan bebas, maka bersiaplah dengan kehancuran yang akan mendatang.

            Mengapa manusia amat mudah digoda oleh kuman cinta? Ini adalah kerana manusia yang suka mengikut kehendak nafsu dan berperilaku seperti binatang. Bagaimana proses cinta menggoda manusia adalah seperti berikut:
  • Melalui pandangan pertama (umumnya tentang kecantikan fizikal), kebanyakan remaja hari ini dikatakan dan mengakui bahawa mereka saling jatuh cinta pada pandang pertama. Iaitu apabila si lelaki melihat si wanita itu, maka bertautlah hati dan perasaan mereka berdua untuk terus bersama. Biasanya jatuh cinta pandang pertama ini adalah hanya kerana kecantikan menjadi ukuran semata-mata.

  • Melalui persahabatan (pengenalan peribadi), misalnya  percintaan asal bermula melalui tali persahabatan,namun akhirnya akan dilanjutkan pula kepada percintaan.Ini kerana masing-masing mula menanamkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan merasakan mereka boleh bersama dalam berkongsi masalah, suka duka dan cerita bersama.

  • Cinta melalui prestasi (bakat atau popular), percintaan seperti ini banyak terjadi diantara pelajar-pelajar sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu seseorang yang jatuh cinta kerana bakat, kerana seseorang itu popular dan menyebabkan secara langsung kita meminatinya. Bermulalah dengan kata-kata puitis yang mengatakan pujian, memberikan hadiah-hadiah kepada si dia dan sebagainya. Sehingga kita Berjaya mengambil hati mereka ini.
 
  • Melalui peranan orang ketiga (orang tua atau sahabat), cinta seperti ini dimulakan dengan pertemuan yang dirancang oleh orang ketiga tidak kira sama ada orang tua mahupun sahabat kita sendiri. Melalui pertemuan atau perkenalan yang pertama, apabila telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak maka ia akan diterus atau dilanjutkan. Dan sebaliknya berlaku jika masing-masing tidak berminat atau sudah mempunyai calon sendiri.
 
  • Sekarang ini, ramai yang jatuh cinta melalui peranan medium (telefon atau internet) ,iaitu berlaku apabila seseorang telah mendail pada nombor telefon yang salah dan mula berlanjutan menjadi sesi perkenalan atau perkongsian. Manakala menerusi internet juga menjadi sangat biasa apabila bertemu dilaman-laman blog , yahoo messenger, emel dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah cinta siber ini dikatakan wujud. Melalui perkenalan seperti inilah mereka akan mula membuat pertemuan sesame mereka.
 
  • Cinta melalui kesedaran untuk berjuang bersama (satu badan organisasi atau gerakan perjuangan) , biasanya cinta seperti ini adalah cinta organisasi yang apabila kita sering memperhatikan segala tindak tanduknya, lemah lembutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun kerana kewibawaannya didalam menguruskan badan organisasi, membuatkan kita kagum dan ingin bergabung dengan si dia. Seolah-olah jika sehari tidak berjumpa atau si dia tidak bersama dalam suatu program yang diadakan kita menjadi tertanya-tanya dan bimbang kepadanya.
 
  • Kadang-kadang ada juga cinta serta factor yang tidak terduga (kes atau musibah), contohnya apabila berlaku kes perlanggaran secara tidak sengaja, jatuh tangga , air tertumpah dan sebagainya. Dari rentetan sesuatu peristiwa tersebut membuatkan kita memiliki nombor telefon si dia dan sebagainya. Berkemungkinan cinta mula berputik ketika itu.
 
Namun, ada sebahagian orang menterjemahkan cinta sebagai seks, hubungan intim atau segala bentuk cara untuk memuaskan nafsu. Padahal, cinta yang demikian akan membawa mereka ke arah dosa besar seperti perlacuran ,perzinaan , seks bebas dan seks yang menyimpang.
            Mereka yang terjebak didalam jalan seks ini adalah kerana salah faham mengenai istilah cinta. Cinta bagi golongan ini boleh dibahagikan seperti berikut:

1.   Rasa memiliki yang berlebihan. Mereka yang sedang dilamun cinta merasa cinta adalah perasaan memiliki yang tebal dan harus menguasai antara satu sama lain. Sehingga si gadis harus meminta izin daripada si lelaki hanya untuk melakukan sesuatu perkara, begitu juga sebaliknya. Padahal mereka sebenarnya tidak saling memiliki.

2.   Hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Padahal cinta adalah memberi tanpa balasan, bukan sekadar    meminta atau menerima sahaja. Hal ini terjadi kerana mahukan pangkat atau bersifat duniawi yang dapat dilihat pada pasangan.

3.   Makna atau tafsiran cinta yang salah itu sendirilah yang membawa kepada perbuatan-perbuatan dosa dirimba raya cinta yang telah kehilangan pedoman. Natijah daripada perlakuan tersebut akan melahirkan cinta ternoda iaitu:

  • Heteroseksual iaitu berganti pasangan.
  • Biseksual iaitu tertarik dengan lelaki dan perempuan.
  • Homoseksual iaitu hubungan seks sesame jenis
  • Seks bebas tanpa pernikahan
  • Semen Liven iaitu hidup bersama tanpa pernikahan.
  • Monoseks iaitu onani atau masturbasi dengan memanipulasikan tangan dan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Transeksualisme iaitu menukar jantina
  • Ekhshibisionisme iaitu kepuasan seks dengan menunjukan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
  • Voyeurism iaitu mendapatkan kepuasan seksual hanya dengan melihat gambar atau poster porno.
  • Fetisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan hanya memegang atau memiliki pakaian dalam wanita.
  • Sadism iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukai pasangannya.
  • Masokhrisme iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukakan diri sendiri.
  • Troilisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan disaksikan oleh orang ketiga.
  • Perkosaan iaitu mendapat kepuasan dengan memaksa orang lain.
Sedangkan sebab-sebab terjadinya jatuh cinta itu adalah berdasarkan kepada pesona kecantikan wajah dan fizikal, pesona peribadi serta akhlak, unsur material dan juga perasaan ingin memiliki dan mempunyai keserasian.
Jenis-jenis cinta dizaman moden sekarang:
  • Cinta monyet: berlandaskan syahwat.
  • Cinta semusim: sering berganti pasangan.
  • Cinta buta: yang haram turut dilakukan demi cinta.
  • Cinta terlarang: tanpa restu.
  • Cinta imaginasi: cinta dalam khayalan.
  • Cinta kilat atau lokasi: cinta kerana kegiatan tertentu.
  • Cinta materialistik: cinta harta benda
  • Cinta tubuh: cinta seks.
  • Cinta belas kasihan: cinta kerana kasihan
  • Cinta maut: berakhir dengan kematian.
  • Cinta orang tua: tidak mahu mengecewakan orang tua.
  • Cinta calon mertua: cinta kerana mertua sayang pada anak gadisnya sehingga malu mengecewakan mertuanya.
  • Cinta populariti: cinta kerana pasangan terkenal.
  • Cinta warisan: berkenaan pusaka.
  • Cinta nasab dan keturunan: sama keturunan.
  • Cinta agama: mempermainkan agama,misalnya pura-pura memeluk islam sebelum memurtadkan pasangan.
  • Cinta suci: cinta yang jauh daripada kepentingan peribadi.
KATEGORI DAN PERINGKAT CINTA
1. Cinta narsitik/narnisme
  • Iaitu cinta yang berlebihan pada diri sendiri, sehinggakan jika mencintai orang lain, dia berfikir apakah keuntungan yang bakal diperolehnya.
2. Cinta transaksional atau cinta pedagang.
  • Iaitu ada untung diambil, jika tidak ditinggalkan.
3. Cinta nikmat/hedonis
  • Iaitu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
4. Cinta patologik
  • Iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti romeo dan Juliet atau Qaish dan Laila.
5. Cinta murni
  • Iaitu cinta tanpa batasan. Semua yang dilakukan lahir dari hati nurani. Ini tingkat cinta yang istimewa. Jika seorang salah,seorang lagi menasihati. Cinta itu dirasai dalam hal berumahtangga dan menuju keluarga sakinah, lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumahtangga.
6. Cinta agung
  • Iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan allah s.w.t. orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkat ihsan dan ini boleh diperoleh oleh orang yang hatinya jauh dari syahwat serta segala bentuk penyakit hati.

10 TANDA ANDA SUKA SESEORANG



Sepuluh: rasa malu bila bercakap dgn dia..
Sembilan: awak perasan awk tersenyum bila b'ckp dgn dia..
Lapan: kalau terlihat dia, tak nampak dah orng lain..
Enam: sentiasa teringatkn dia..
Lima: tersenyum bila berckp dgn dia..
Empat: awk akn cuba sedaya upaya untk berhbg dgn dia..
Tiga: Apabila bce tanda-2 ni awk teringat sesorang..
Dua: sedang asyik memikirkn nye, smpai tak persan no 7 x de dlm senarai..
Satu : awak tergelak lepas check mmg x de..


nak update jugak tak mau blog tercinta ni bersawang . hihi
lagi pun , tengok ayat ni fazie memang terkena . aduhaii :D
kredit : stylla still letto 

sedihnyee !


hai ! fazie dah tak tahu nak post ape lagi dekat blog tersayang ni . tapi nak cerita something hot lah .

pagi tadi akak fazie ada beli surat khabar Metro Ahad . tajuk muka depan dia memang sedih . 

Hero Harimau Malaya nafi angkara orang ketiga  
PUTUS TUNANG

korang tahu tak sapa hero malaya tu ? Apex atau Khairul Fahmi Che Mat . walawehh . seriously memang tak sangka . sebab fazie salah seorang peminat incik apek dan silent reader of blog kak Elia iaitu jejari runcing

lagipun memang dah lama fazie tak singgah blog kak elia tuh , tahu2 jea fazie terbaca berita mereka putus tunang . mana tak terkejut .

tapi di harapkan mereka banyakkan bersabar . setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya . korang pulak jangan pandai2 buat cerita yang tak manis . cuba korang dalam situasi mereka , apa agaknya korang rasa yea ?

sementara itu , fazie nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia . manfaatkanlah sebaik mungkin Ramadhan kali ni , mungkin ini Ramadhan terakhir kita . mana tahu kan ? wallahualam .

ada lagi ke kisah dongeng zaman sekarang ni ?



emm hi korang . kalau rasa nak baca teruskan , kalau tak nak takpe fazie tak kesah . btw , thanks sebab sudi singgah blog fazie yang tak seberapa ni .

tak tahu kenapa lately ni rasa sedih fazie makin menjadi-jadi . kadang2 rasa dunia ni tak adil . hurmm . fazie ade 5 orang kawan baik . tapi , fazie dah kehilangan seorang kawan baik fazie yang dulunya selalu buat fazie ketawa sampai sakit2 mulut ni tak berhenti ketawa . tapi sekarang dia dah anggap fazie cuma kawan biasa jea sejak perkara tu . fazie dah tersalah langkah . kami terus tak bertegur dalam beberapa minggu . rasa berdosa sangat . tapi sekarang dah oke , cuma dah tak serapat dulu :(

daripada menjadi seorang kawan , lahir perasaan cinta .
tu yang dah jadi dengan dua orang kawan baik fazie . dulunya kami memang selalu lepak sama2 , bergurau , kongsi cerita sedih sama2 . tapi sekarang dah lain . tao2 jea lah kan , bila dah mula suke seseorang , semua benda dorang buat sama2 jek . orang lain dia tak peduli sangat . kecik hati ouhh . bayangkan , bila korang tengah lepak sama2 nak cerita sesuatu , dia tak peduli sangat pun . malah , pandang pun tak . hurmm oke fine 

masing2 dengan pasangan masing2 . fazie sorang jea tak berteman . macam kejam jea dunia ni . fazie pun nak bahagia jugak macam dorang . tapi apakan daya , saat mereka semua bahagia , cuma fazie sorang yang terpinggir . ingatkan hidup single ni boleh lah happy dengan kawan2 , malah sebaliknya . takpe lah fazie , ini ujian hidup . ada saatnya kita berada di atas , ada saatnya kita berada di bawah . hidup ni macam roda . fazie terima dengan redha dan ikhlas . 

terima kasih sebab sudi baca . maafkan saya jika terkasar bahasa atau menyakiti hati anda . sesungguhnya saya tak sempurna . ini cuma luahan hati saya yang terluka :)

love this song . memang sesuai sangat :)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

persoalan :
ada lagi ke kisah dongeng zaman sekarang ni ?

Single is FABULOUS !


hey guys , lately i keep saying that single is fabulous . yeahh that's right . its fabulosity . haha Kimora pulak fazie ni . i adore her very much ! oke stop it .
bila difikirkan balik , single is more better than couple . nak tahu sebab pe ? oke ini pandangan fazie


kamu sudah bebas ! 
why ? sebab tak payah nak sibuk2 dengan bf korang , nak jaga hati dia lah , nak menangis sebab bf korang sakitkan hati korang or whatever lah . korang dah bebas nak bergaul dengan orang lain . cube fikir balik kalau korang ade bf mesti dia cemburu kan bila korang bergaul dengan kawan lelaki ? kadang2 sampai cemburu buta kan ? oleh itu , kalau kamu single kamu BEBAS nak bergaul dengan sesiapa . tapi ingat batas2 pergaulan yea kawan2 :)

boleh fokus study !
yes dear , kamu boleh fokus pada pelajaran . itu lebih bagus kan ? ingat , pelajaran itu lebih penting dari kamu sibuk2 mengejar cinta yang tak pasti tu . kejar cita2 kamu barulah cinta . kalau sudah sampai masanya nanti tuhan pasti akan menemukan kamu dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Nya . insyaallah :)

tak perlu tambah kredit selalu !
boleh save duit kan ? tak payah nak bazirkan duit untuk topap jea , lebih baik kita menabung . nanti boleh simpan untuk masa depan korang :)

hidup lebih di berkati 
berpasangan semasa sekolah atau belum sampai waktunya sangatlah tak elok . kalau tak salah fazie , couple ni boleh bawa ke zina hati . berdosa yea kawan2 . oleh itu , biarlah kita hidup dalam keberkatan Nya daripada kita hidup bergelumang dengan dosa :)

tak terlibat dengan masalah sosial
seperti mana korang tahu , banyak gejala sosial dah berlaku dalam kalangan remaja kita kan . antaranya free sex . itu bermula dari bercouple jugak kan ? bila dah bercouple , mula lah nak tutttt .... faham2 jela . bersentuh dengan orang bukan muhrim haram . so lebih baik kita jauhkan diri daripada melakukan perkara yang terdorong kepada zina :)

tidak memalukan keluarga
cuba korang fikir , korang berjalan dengan couple korang , berpegangan tangan , duduk dekat2 , agaknya apa pandangan masyarakat ? first sekali ayat yang terpacul di mulut mereka , "anak siapa lah tu ?" nama ibu bapa korang jugak yang b*suk . walaupun ada sesetengah ibu bapa tahu anak2 mereka ada yang bercouple , dan terima kehadiran gf/bf korang , tapi jauh di sudut hati mereka mesti sedih biarpun mereka tak tunjuk :)

tu saja dari pandangan fazie . mintak maaf kalau ada sesiapa yang terasa atau terkasar bahasa . dulu fazie pun pernah couple jugak , dan rasa menyesal sangat . jadi , sekarang rasa lebih baik hidup single dan menikmati kehidupan ini dengan keluarga dan kawan2 fazie . itu lebih bermakna daripada segala-galanya .

bukan nak tunjuk baik tapi ni sekadar nasihat . tak salahkan ? saya mengingat kepada diri saya sendiri jugak . akhir sekali , harap maaf sangat kepada yang tak puas hati dengan apa yang saya tulis ni , yang baik datang dari ALLAH SWT , yang buruk datang dari fazie sendiri . so stay fabulous dear !