lame dah tak updated blog tersayang ni . tapi kali ni jom baca info maksud cinta yang mana kita perlukan :)
nota cinta :
maaf kalau agak panjang entri kali ni , harap baca lah dengan teliti yea . hihi xD
Cinta adalah penjelmaan perasaan jiwa dan gejolak hati seseorang. Kerana cinta menjadikan dunia lebih indah. Kerana cinta membuatkan muka yang masam menjadi berseri-seri, membuat orang berasa tidak sakit, mandi tak basah , penakut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat walaupun hidup dihimpit kesusahan.
Tetapi adakah cinta seperti itu? Tidak! Kerana cintalah manusia merintih dan menangisi kehidupan sepanjang masa. Atas dasar cinta juga seseorang itu mengakhiri hidupnya secara tragedi. Atas nama cinta cinta jugalah perang meletus di mana-mana. Inilah cinta yang di kambing hitamkan dan cinta yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata. Ketika cinta dianggap sebagai emosi memuaskan nafsu dan pergaulan bebas, maka bersiaplah dengan kehancuran yang akan mendatang.
Mengapa manusia amat mudah digoda oleh kuman cinta? Ini adalah kerana manusia yang suka mengikut kehendak nafsu dan berperilaku seperti binatang. Bagaimana proses cinta menggoda manusia adalah seperti berikut:
- Melalui pandangan pertama (umumnya tentang kecantikan fizikal), kebanyakan remaja hari ini dikatakan dan mengakui bahawa mereka saling jatuh cinta pada pandang pertama. Iaitu apabila si lelaki melihat si wanita itu, maka bertautlah hati dan perasaan mereka berdua untuk terus bersama. Biasanya jatuh cinta pandang pertama ini adalah hanya kerana kecantikan menjadi ukuran semata-mata.
- Melalui persahabatan (pengenalan peribadi), misalnya percintaan asal bermula melalui tali persahabatan,namun akhirnya akan dilanjutkan pula kepada percintaan.Ini kerana masing-masing mula menanamkan kepercayaan terhadap diri masing-masing dan merasakan mereka boleh bersama dalam berkongsi masalah, suka duka dan cerita bersama.
- Cinta melalui prestasi (bakat atau popular), percintaan seperti ini banyak terjadi diantara pelajar-pelajar sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu seseorang yang jatuh cinta kerana bakat, kerana seseorang itu popular dan menyebabkan secara langsung kita meminatinya. Bermulalah dengan kata-kata puitis yang mengatakan pujian, memberikan hadiah-hadiah kepada si dia dan sebagainya. Sehingga kita Berjaya mengambil hati mereka ini.
- Melalui peranan orang ketiga (orang tua atau sahabat), cinta seperti ini dimulakan dengan pertemuan yang dirancang oleh orang ketiga tidak kira sama ada orang tua mahupun sahabat kita sendiri. Melalui pertemuan atau perkenalan yang pertama, apabila telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak maka ia akan diterus atau dilanjutkan. Dan sebaliknya berlaku jika masing-masing tidak berminat atau sudah mempunyai calon sendiri.
- Sekarang ini, ramai yang jatuh cinta melalui peranan medium (telefon atau internet) ,iaitu berlaku apabila seseorang telah mendail pada nombor telefon yang salah dan mula berlanjutan menjadi sesi perkenalan atau perkongsian. Manakala menerusi internet juga menjadi sangat biasa apabila bertemu dilaman-laman blog , yahoo messenger, emel dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah cinta siber ini dikatakan wujud. Melalui perkenalan seperti inilah mereka akan mula membuat pertemuan sesame mereka.
- Cinta melalui kesedaran untuk berjuang bersama (satu badan organisasi atau gerakan perjuangan) , biasanya cinta seperti ini adalah cinta organisasi yang apabila kita sering memperhatikan segala tindak tanduknya, lemah lembutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun kerana kewibawaannya didalam menguruskan badan organisasi, membuatkan kita kagum dan ingin bergabung dengan si dia. Seolah-olah jika sehari tidak berjumpa atau si dia tidak bersama dalam suatu program yang diadakan kita menjadi tertanya-tanya dan bimbang kepadanya.
- Kadang-kadang ada juga cinta serta factor yang tidak terduga (kes atau musibah), contohnya apabila berlaku kes perlanggaran secara tidak sengaja, jatuh tangga , air tertumpah dan sebagainya. Dari rentetan sesuatu peristiwa tersebut membuatkan kita memiliki nombor telefon si dia dan sebagainya. Berkemungkinan cinta mula berputik ketika itu.
Namun, ada sebahagian orang menterjemahkan cinta sebagai seks, hubungan intim atau segala bentuk cara untuk memuaskan nafsu. Padahal, cinta yang demikian akan membawa mereka ke arah dosa besar seperti perlacuran ,perzinaan , seks bebas dan seks yang menyimpang.
Mereka yang terjebak didalam jalan seks ini adalah kerana salah faham mengenai istilah cinta. Cinta bagi golongan ini boleh dibahagikan seperti berikut:
1. Rasa memiliki yang berlebihan. Mereka yang sedang dilamun cinta merasa cinta adalah perasaan memiliki yang tebal dan harus menguasai antara satu sama lain. Sehingga si gadis harus meminta izin daripada si lelaki hanya untuk melakukan sesuatu perkara, begitu juga sebaliknya. Padahal mereka sebenarnya tidak saling memiliki.
2. Hawa nafsu iaitu bercampurnya segala keinginan. Padahal cinta adalah memberi tanpa balasan, bukan sekadar meminta atau menerima sahaja. Hal ini terjadi kerana mahukan pangkat atau bersifat duniawi yang dapat dilihat pada pasangan.
3. Makna atau tafsiran cinta yang salah itu sendirilah yang membawa kepada perbuatan-perbuatan dosa dirimba raya cinta yang telah kehilangan pedoman. Natijah daripada perlakuan tersebut akan melahirkan cinta ternoda iaitu:
- Heteroseksual iaitu berganti pasangan.
- Biseksual iaitu tertarik dengan lelaki dan perempuan.
- Homoseksual iaitu hubungan seks sesame jenis
- Seks bebas tanpa pernikahan
- Semen Liven iaitu hidup bersama tanpa pernikahan.
- Monoseks iaitu onani atau masturbasi dengan memanipulasikan tangan dan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
- Transeksualisme iaitu menukar jantina
- Ekhshibisionisme iaitu kepuasan seks dengan menunjukan alat kelamin untuk tujuan kepuasan seks.
- Voyeurism iaitu mendapatkan kepuasan seksual hanya dengan melihat gambar atau poster porno.
- Fetisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan hanya memegang atau memiliki pakaian dalam wanita.
- Sadism iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukai pasangannya.
- Masokhrisme iaitu mendapatkan kepuasan seks dengan melukakan diri sendiri.
- Troilisme iaitu mendapat kepuasan seks dengan disaksikan oleh orang ketiga.
- Perkosaan iaitu mendapat kepuasan dengan memaksa orang lain.
Sedangkan sebab-sebab terjadinya jatuh cinta itu adalah berdasarkan kepada pesona kecantikan wajah dan fizikal, pesona peribadi serta akhlak, unsur material dan juga perasaan ingin memiliki dan mempunyai keserasian.
Jenis-jenis cinta dizaman moden sekarang:
- Cinta monyet: berlandaskan syahwat.
- Cinta semusim: sering berganti pasangan.
- Cinta buta: yang haram turut dilakukan demi cinta.
- Cinta terlarang: tanpa restu.
- Cinta imaginasi: cinta dalam khayalan.
- Cinta kilat atau lokasi: cinta kerana kegiatan tertentu.
- Cinta materialistik: cinta harta benda
- Cinta tubuh: cinta seks.
- Cinta belas kasihan: cinta kerana kasihan
- Cinta maut: berakhir dengan kematian.
- Cinta orang tua: tidak mahu mengecewakan orang tua.
- Cinta calon mertua: cinta kerana mertua sayang pada anak gadisnya sehingga malu mengecewakan mertuanya.
- Cinta populariti: cinta kerana pasangan terkenal.
- Cinta warisan: berkenaan pusaka.
- Cinta nasab dan keturunan: sama keturunan.
- Cinta agama: mempermainkan agama,misalnya pura-pura memeluk islam sebelum memurtadkan pasangan.
- Cinta suci: cinta yang jauh daripada kepentingan peribadi.
KATEGORI DAN PERINGKAT CINTA
1. Cinta narsitik/narnisme
- Iaitu cinta yang berlebihan pada diri sendiri, sehinggakan jika mencintai orang lain, dia berfikir apakah keuntungan yang bakal diperolehnya.
2. Cinta transaksional atau cinta pedagang.
- Iaitu ada untung diambil, jika tidak ditinggalkan.
3. Cinta nikmat/hedonis
- Iaitu kahwin cerai atau hidup bersama tanpa nikah.
4. Cinta patologik
- Iaitu mencintai seseorang secara berlebihan atau cinta buta seperti romeo dan Juliet atau Qaish dan Laila.
5. Cinta murni
- Iaitu cinta tanpa batasan. Semua yang dilakukan lahir dari hati nurani. Ini tingkat cinta yang istimewa. Jika seorang salah,seorang lagi menasihati. Cinta itu dirasai dalam hal berumahtangga dan menuju keluarga sakinah, lelaki yang menganut cinta ini pasti setia dan memiliki persiapan untuk bertarung dengan badai rumahtangga.
6. Cinta agung
- Iaitu cinta yang tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan allah s.w.t. orang seperti ini adalah hamba yang memiliki tingkat ihsan dan ini boleh diperoleh oleh orang yang hatinya jauh dari syahwat serta segala bentuk penyakit hati.
kredit : Wan Muhammad Fadhil Izzuan
5 nak glemer:
Mak aii panjang nye , ada masa singgah baca pulak . hehe :P
@ANA
hihi . di alu alukan :)
zieraa: bape bulan hang siapkan entri nih? hahahha.. panjang sgt... panjang macam ekor kuda!
Nk tak nak kene baca gak.. kawan yg baik hati ni.
hehe ta tao lah . mekaceh ! :D
Cinta agung, the best love. :)
Post a Comment