korang mesti pernah bersin, batuk, tersedu, berdengkur(kalau korang sedarlah) dan menguap? memang pernah punya lah fazie apatah lagi. entri kali ni fazie nak bagi info sedikit tentang ni dan mengapa terjadinya keadaan tersebut.
Bersin
Bersin didefinisikan sebagai satu aliran udara yang kuat melalui mulut dan hidung. ini akan berlaku di luar kemahuan diri seseorang. kebiasaannya, bersin berlaku kerana terdapat partikel yang mengganggu di dalam rongga hidung seseorang. hujung-hujung saraf di dalam rongga hidung merangsang untuk anda bersin bagi menyingkirkan partikel-partikel tersebut. bagi mengelak daripada bersin berlanjutan, membasuh rongga hidung juga dapat membantu.
penyebab lain bagi gejala bersin ini adalah faktor udara ataupun selesema. ketika anda selesema, terdapat banyak partikel-partikel asing di dalam rongga hidung sehingga memaksa hidung anda untuk bersin.
apa yang lebih penting adalah, kecepatan udara ketika anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. jadi, bersin anda akan mengeluarkan sehingga 100,000 butiran kecil lendir dan mikroorganisma. lebih baik anda menutup hidung dan mulut ketika bersin kerana ia akan membahayakan orang sekeliling yang ada.
Batuk
Batuk sememangnya memenatkan. bukan itu sahaja, jika anda batuk, orang di sekeliling akan menutup hidung dan mulut untuk mengelak daripada berjangkit. takrifan kepada batuk yang digambarkan adalah benar. ini kerana batuk baik untuk anda mengeluarkan tetapi tidak untuk mereka yang menghidu.
gejalan ini sama seperti bersin iaitu terdapat partikel asing, namun batuk disebabkan partikel asing yang berada di dalam paru-paru daripada sesuatu yang merbahaya pada waktu saluran pernafasan mula terganggu.
batuk juga boleh dijadikan alternatif untuk membersihkan kerongkong. ini kerana, partikel asing yang ada di kerongkong mahupun paru-paru akan disingkirkan hanya dengan batuk. tetapi perlu ingat, batuk boleh menyebarkan penyakit. jadi, tutup mulut anda ketika batuk.
Berdengkur
Berdengkur sememangnya sangat mengganggu. bukan sahaja kepada orang lain yang mendengar, malah kepada diri sendiri kerana ketika berdengkur, seseorang boleh tersedak. sesetengah pendapat menyatakan, berdengkur selalunya berlaku kepada seseorang yang tidur dalam keadaan yang terlalu penat. tetapi, terdapat jawapan secara saintis mengenai gejala ini.
biasanya, berdengkur akan dikaitkan dengan tidur menelentang. teori ini bertepatan kerana saat kita tidur menelentang, mulut akan cenderung untuk ternganga dan lidah menghalang saluran pernafasan. jaringan lembut di antara lelangit dan kerongkong bergetar kerana udara melaluinya semasa anda bernafas menggunakan mulut. selain itu, bibir, pipi dan lubang hidung juga akan turut bergetar.
cara yang terbaik bagi mengelak daripada berdengkur adalah dengan tidur mengiring. ketika anda mengiring, potensi untuk mulut terbuka dan saluran pernafasan tertutup adalah tipis. anda akan dapat bernafas menggunakan hidung tanpa masalah. (ikut sunnah, cara nabi tidur)
Sedu
Sedu terjadi tanpa kawalan ataupun sedar. sedu merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan oleh kontraksi diafragma secara tidak teratur. ini kerana gangguan organ-organ tubuh pada diafragma. keadaan ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, membentuk epiglotis yang menyebabkan peti suara bergetar. kerana itu, apabila anda tersedu, anda berbunyi 'hik'.
Menguap
Pernahkah anda mengalami situasi yang anda tidak mengantuk, tetapi anda menguap? pasti anda merasa hairan dan mencari-cari punca kenapa anda boleh menguap. jika melihat kepada persekitaran, mungkin ia boleh dijadikan faktor. antaranya, seperti persekitaran yang tertutup, tiada saluran udara segar ataupun pohon-pohon yang menyebarkan karbon dioksida.
manusia secara zahirnya memerlukan peredaran udara yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sebagai oksigen. tanpa oksigen yang mencukupi, paru-paru dan otak tidak akan dapat berfungsi sebaiknya dan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu lemah dan pening.
situasi ini juga bersangkutan dengan masalah menguap. seseorang akan menguap kerana paru-paru anda kurang mendapat oksigen. bagi mengelak atau mengurangkan gejala menguap yang anda alami, sebaik-baiknya anda mengamalkan amalan dengan menarik nafas sedalam-dalamnya agar paru-paru memperoleh karbon dioksida dan tidak berkurangan oksigen. namun terdapat juga gejala menguap ikut-ikutan iaitu apabila seseorang menguap, akan berjangkit kepada diri anda juga.
kredit: Majalah Dara Feb 2012
9 nak glemer:
nice info ! selalunya tghari2 mcmni mmg rajin la menguap ! hehehe :P
bagus share info nih,....
Yup...thanks for sharing
aku orang kuat bersin. haha
aku orang kuat bersin. haha
nice info :)
http://cikewi.blogspot.com/
hey. aya dah follow blog, klik nuffnang & hearbeat, do support me too ye. thank you. :)
here my blog:
http://sheeraya.blogspot.com/
paling tak suka sedu!!
@Leeza dayasari [santai leeza]
yeahh sama!
Post a Comment