Twitter Sekarang...

Assalammualaikum...



hai hei hui. dah dua hari fazie biarkan belog kesayangan ni berhabuk tanpa sebarang entri pun untuk pengunjung belog fazie ni. mintak maaf sesangat sebab fazie dah kekeringan idea. entri yang lepas pun fazie join segmen SM (nak support adik gempak tu punya segmen) kalau cuti ni boleh lah dapat update entri bebanyak sehari satu post. kalau dah bukak sekolah nanti jangan haraplah lagi2 tahun depan dah semester 2  ramai bebudak cakap semester 2 mungkin susah. nampaknya nanti belog ni akan dibiarkan mungkin update sekali sekala.

okay fazie nak luahkan sesuatu. pasal twitter. yaa twitter. agak merimaskan sekarang ni bila scroll timeline ada je nama si polan tu naik sebab dot dot dan si pulan pulak jadi trending sebab benda lain. fazie rasa benda ni macam taktik sebab fazie selalu online twitter guna phone. boleh tengok sejak bila akaun korang tu dibuat. tapi bila tengok akaun profile si polan yang menjadi topik perbualan bebudak dekat twitter, beliau baru sign up / baru buat akaun tersebut beberapa hari yang lepas. pelik kan? lepas tu setiap hari ada je orang yang jadi trending. lagi pelik.

tak tahu lah kalau itu mungkin motif seseorang nak naikkan nama beliau dengan mengadakan cerita atau kata beliau "aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa je dekat twitter ni!" sayang, baik kalau kita tak perlu luahkan apa yang kita rasa sama ada marah ataupun kecewa di twitter sebab nanti orang lain mula fikir benda yang bukan2 (rambut sama hitam, hati lain pulak warnanya. hehe)

bagi fazie kalau korang buat macam tu samalah korang bukak pekung di dada sendiri. lebih baik kalau perkara yang personal keep it as a private. kalau nak luahkan pun cari seseorang atau kawan yang boleh kita percayai.

fazie pun nak nasihat jugak kepada blogger yang menyiarkan gambar si polan2 tersebut di blog entri korang. daripada orang tak tahu jadi tahu. kalau perkara yang baik tak apalah. lebih baik kita jangan bukak aib orang. kalau kita tutup aib orang, Insyaallah mana tahu orang lain jugak boleh tutupkan aib kita. semua manusia tak sempurna dan tak pernah terlepas buat kesilapan. kepada sesiapa yang terasa ke dengan entri fazie kali ni, fazie mohon maaf sangat cuma fazie nak mengingatkan saja.


nota cinta : kepada sesiapa yang ade akaun twitter tinggalkan link korang dekat ruang komen ni ya, nak follow korang semua sambil tu boleh rapatkan silaturahim kan kan? okay, have a nice day guys ;)

16 nak glemer:

Dikbi Kamaruddin said...

kalau sudi follow la twitter ni tp xde la aktif sgt.. @dikbi81

Cik Muda said...

ada twitter tapi tak reti guna.. camana eaaa?? huhuhuh~ @sipenyapuburuk

miszfazierra said...

@Dikbi Kamaruddin
okay dah follow sis ;)

miszfazierra said...

@Cik Muda
tak pe dah lama2 nanti pandai lah cik muda bertwitter. hehe :D

Nur Irdina said...

mungkin dye tak de kwan yg boleh dipercayai agaknye.. hehe~ nie twitter saye -> Nur Irdina (twitter)

miszfazierra said...

@Nur Irdina
mungkin jugak. okay thanks :)

Aida Omar said...

betul2 sepatutnya jangan lah luah2 kan kat media sosial nie.. nanti bila orang hentam dia yang stress semula.. Aida suka pesanan faziera yang last tu.. orang melayu kita sekarang suka bukak aib orang gelak2 kan orang.. saudara seIslam pulak tu.. emmm.. sedih jugak. T_T

aida baru je buat twitter jugak.. hehe. meh lah follow :)

https://twitter.com/AidaOmar07

Puteri Kasih said...

twitter yang baru dibuat..tetiba trending..pastu mesti akan deactive. macam dah jadi trend kan :)

jangan lupa follow twitter puteri tau..hikk

nasir hamzah said...

NH ada twitter, tapi tak aktif pun..hehe..

salam kenal..

Saif As-Solihin said...

setuju jugak dgn entry ni... entah apa-apa entah dorang....

btw, ni akaun twitter saya..
https://twitter.com/SaifulZaini

miszfazierra said...

@Aida Omar
yup betul tu nanti dorang yang stress balik bila kena bash. okay done follow you sis :)

miszfazierra said...

@Puteri Kasih
nak perhatian kot. hee. okay dah follow sis jugak ;)

kura said...

buka buka tutup tutup aib. hehehh

kay shafiQ said...

let's tweet2 follow lah saye and mention me @kayshafiQ :)

Misz Fazie said...

@kay shafiQ
okay done :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tidak semua benda nk kena luah di twitter or fb.... hormati juga org lain... haaaa