HARIMAU MALAYA JUARA ASIA TENGGARA !

haii korang mesti tengok bola kan semalam . buat pertama kali fazie tengok bola sampai 100 minit gitu . memang sama-sama hebat dorang ni . tapi Harimau Malaya lagi hebat . yelaa akhirnya kita dapat pertahankan emas kita dan muncul juara untuk Asia Tenggara . Syabas Skuad Harimau Muda ! anda memang terhebat ! saya bangga jadi anak Malaysia ! huhu *bukan main lagi minah sorang ni

rasa bangga sangat dengan pencapaian bola sepak kita . kalau dulu memang susah nak naik , tapi sejak kita menang masa Sukan Sea di Laos , kita menang dengan Thailand 1-0 , kemudian kita muncul juara waktu Piala AFF Suzuki , kita menang di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan penyokong Indonesia sendiri dan semalam sekali lagi kita melakar sejarah menang di hadapan penyokong Indonesia lagi . ternyata GBK bukan lagi stadium keramat untuk Sang Garuda untuk muncul juara . jyeahh !

tak sia-sia fazie tengok bola semalam , sampai meleleh air mata ni seram sejuk tengok masa penalti . nasib baik kapten kita , Baddrol Bakhtiar dapat jaringkan gol penyudah . masa tu memang fazie dah melompat jerit2 sekali . huhu .

Sekalung tahniah buat skuad Harimau Muda kerana berjaya pertahankan maruah negara dan emas untuk Malaysia . anda memang terbaik ! sayang korang lebih . huhu .

ini adalah antara pemain yang menjadi pilihan hati :

Nazmi Faiz (17 tahun beb, sebaya lah kite xD)

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Hero kita !

Syahrul Aswari <3

Izzaq Faris Ramlan yang tinggi lampai tu . 

dan semualah !


SELAMANYA HARIMAU MUDA
"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this happen, then you are cowrds. You must teach them what being Malaysian is about". -Ong Kim Swee 


2 nak glemer:

Saddila said...

heee bangga :))

syahirooAhmad said...

sama.. pun bangga.. zaman kegemilangan bola sepak kembali lagi.. :) semoga terus maju harimau malaya.. ngaumm!!!!