Ceritera Budak Sekolah Rendah Yang Comot

Assalammualaikum....



terasa nak menaip pulak hari ni. kadang2 idea ni datang laju je, tapi bila dah menaip, hilang semuanya. haiyoo. teringat pesan ustazah fazie dulu "kalau dah sampai idea nak menulis tu cepat2 tulis dekat kertas takut nanti awak lupa."

tapi itu bukan subjek utama kita hari ni. yang fazie nak ceritakan pasal kehidupan fazie masa sekolah rendah dulu. bagi fazie sekolah rendah paling seronok sangat! amaran: sebelum baca tarik nafas panjang2 kosongkan minda anda dan bacalah dengan penuh kasih sayang =3

masa sekolah rendah bila cikgu tanya apa cita2 kamu ramai yang jawab dengan confidentnya nak jadi Peguam lah, Doktor lah, Polis lah dan bermacam-macam lah, lah. tapi masa tu fazie tak pernah terfikir pun pasal cita-cita ni sebab dah set dalam kepala "yang aku tahu aku nak main dan main" haha. bukan apa, waktu tu tak suka fikir masa depan sebab tak faham pun apa erti masa depan. sebab tu lah bila peperiksaan je fazie di antara murid yang markah corot dan bila cikgu suruh mengeja, dapat markah ciput jek 2/10. kalau lebih pun kira nasib baik je. sebab itu jugaklah fazie masuk kelas pemulihan. malu woo budak kelas pertama (1 Amanah) masuk kelas pemulihan yang majoritinya penduduk kelas pemulihan budak kelas hujung-hujung. (tutup muka)

yaa, itu kehidupan fazie di Sekolah Kebangsaan Kajang sebelum fazie berpindah ke Melaka. fazie selalu dapat kelas pertama dengan ketiga. ulang balik jek. darjah 1,2 dengan 6 kelas pertama. darjah 3,4,5 kelas ketiga iaitu Cekal. masa darjah 6 tu tetiba dapat masuk kelas Amanah sebab fazie dapat no1 dalam kelas. first time woo terharu gila masa tu. terfikir jugak mungkin cikgu salah kira kot? dapatlah piala besar gedabak dan berat tu. Mak dengan Abah lah yang paling happy. siap datang sekolah ambik gambar. kacing kacing!

bila dah masuk kelas pertama balik fazie kena culture shock. sebab semua dalam kelas tu teror2. sampailah cikgu fazie selalu attack fazie sebab sekali lagi fazie pegang title budak tercorot. *cedih. bulan 6 fazie pindah Melaka sebab Abah fazie kena tukar tempat kerja. masuklah ke Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah. kelas dia ada dua jek. kelas Arif dengan Bijak. fazie masuk kelas Bijak dek kerana matematik gagal :'(

mula2 fazie rasa kekok sikit yelah masuk tempat baru. kenalah biasakan diri. dapatlah kengkawan yang baik hati relakan diri berkawan dengan fazie yang comot ni. UPSR makin dekat fazie mula terkial2 nak belajar. nasib baik cikgu dekat sekolah semua baik2. tak pernah miss kelas tambahan. sampailah ke hari peperiksaan  bermula. dengan sepenuh jiwa raga fazie menjawab berbekalkan ilmu yang cikgu berikan serta doa dari Mak dengan Abah. Alhamdulillah fazie dapat 4a 1b. B tu biasalah matematik. (wa benci maths!)

cikgu kelas, cikgu Fauziah, fazie bukan main suka lagi sampai fazie dah blah dari sekolah tu dia sebut2 nama fazie dalam kelas dia yang fazie ni budak pertama kelas hujung dapat 5a. padahal 4a je pun cikgu xD (sumber adik fazie salah seorang murid kelas cikgu Fauziah)

tujuan fazie tulis entri ni beri pengajaran (yea kut?) kalau kita rajin berusaha pasti kita akan berjaya. Insyaallah. yang penting jangan lupa berdoa kepada Allah SWT, hormat ibubapa dan guru maka tak hairanlah kalau mereka mendoakan yang terbaik untuk kita. ye dak? kita semua dilahirkan bukan terus pandai bercakap kan belajarlah untuk diri dan masa depan kita sendiri. pengalaman mendewasakan kita yang baik patut kita ikut dan yang jahat tak usahlah kita ikut ye anak-anak. hihi.

So,  kepada budak2 UPSR amacam dengan result? mesti hebat2. tu semua berkat usaha anda jugak kan? kepada yang tak berapa nak berjaya tu tak apa, tingkatkan usaha lagi k! anda boleh, Malaysia boleh! (bersemangat lah pulak)

nota cinta : maaf kalau cerita ni panjang, kalau anda dah baca sampai sini terima kasih sebab sudi membaca kisah saya yang tak seberapa. ampun dan maaf dipinta kalau ada salah dan silap :)


12 nak glemer:

zul hassan said...

ni cerita ni nk bagi semangat la kan.. huhu kita dapat 2a je...

zul hassan said...

kita dapat 2a je.. huhu

Unknown said...

Ehe, pernah merasa pengalaman bertukar sekolah jugak.
Macam macam hal & dugaan yang jadi.
;)

Nisa Izzati said...

Heee. Nisa pun 4a1B, but nisa slack Sc. :'( But, the past is past. the most important now is, nnt nisa nak amek result PMR pulokk. aduhh. -_-

Dikbee said...

Dulu rasa susah sgt UPSR tu kan..

faiq said...

hehe..nebes hari ini dengan UPSR

Anonymous said...

nsb xbertukar sekolah. payah jugak nak cari kawan baru. nak kaw team ngan cikgu balik. walaupon xtukar result mcam erk erk

Unknown said...

@Fz27
takpe, upsr je pun. hehe :)

Unknown said...

@Kechek
yeke. sama lah kite :)

Unknown said...

@Nisa Izzati
gud luck dear ;)

Unknown said...

@Dikbi Kamaruddin
sebab rase tu peperiksaan yg besar :D

Unknown said...

@AHMAD AFIQ
tukar sekolah ni mmg leceh sikit tapi best kdg2 :)