Depression

Assalammualaikum w.b.t...

Salam maal hijrah semua! pagi2 ni macam biasa lepas siap kemas rumah menghadap laptop. yang benaunya laptop ni angah punya. haha, biarkan dia. apa kena dengan entri tajuk fazie ni? fazie cuma nak kongsi dengan korang sesuatu. 

korang tahu tak kalau online facebook tiga hingga tujuh jam boleh mengakibatkan kemurungan?(depression) baca entri ni: http://matsomherbs.blogspot.com/2012/11/berfacebook-menyebabkan-kemurungan.html

dah faham? ok bagus. nak tahu tanda2 seseorang tu menghidap kemurungan? 

Kelakuan 
  • sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  • kurang berminat dalam aktiviti yang mengembirakan
  • terpinggir / terasing
  • marah dan suka bermusuh
  • hubungan yang tegang
  • kerapkali tidak hadir ke sekolah
  • hendak lari dari rumah
  • kelakuan merosakkan diri
Perasaan/Emosi/Pemikiran
  • perasaan tidak puas hati
  • kurang tumpuan
  • kurang keyakinan diri
  • rasa diri tidak berguna
  • bosan
  • tertekan kerana tersingkir
  • cepat marah
Perubahan Fizikal
  • kurang tenaga kecerdasan 
  • perubahan masa tidur dan makan
  • sakit kepala, sakit perut, rasa letih dan sebagainya
  • perubahan berat badan

fazie rasa macam dah kena tanda2 tersebut. tak banyak sikitlah. sekarang ni fazie asyik marah2, kurang tumpuan, berat badan dah naik sikit, rasa terpinggir, kurang aktiviti luar duduk rumah je, rasa perubahan waktu makan dan tidur, sedih, tak yakin, dan cepat bosan. fazie stress dengan belajar dan masalah remeh temeh remaja sekarang ni.. well.. faham2 je kay.

nasib baik ada yang sudi bagi nasihat :)

puncanya mungkin sebab fazie sejak form4 fazie suka sangat online. tak kira lah facebook ke, blog fazie suka menghadap laptop lama2 sampai mak dengan abah fazie bising. teruk kan? bila dah ketagih tu memang susah nak lepaskan. sampai nak dekat SPM dulu pun fazie boleh jek online belajar entah kemana. 

masa form4 fazie dapat notebook percuma. itulah bermula fazie mula bercouple dengan internet. sehari tak online rasa macam tak lengkap. ada je benda yang nak buat. lagi2 untuk blog kesayangan ni, ada je nak edit sana sini. dekat rumah fazie ada satu komputer, 3 laptop (1 akak punya, 2 abah punya) 2 notebook (1 fazie punya, 1 along punya) jadi semuanya 6 alat untuk beronline tak termasuk handphone. ahaha. giler kentang betul. 

tapi tahun ni fazie baru kurangkan sikit beronline ni. sikit lah tak banyak. masa sekolah fazie dapat kurangkan sebab nak belajar kan. struggle beb. bagi fazie, depression yang fazie alami ni belum ke tahap kritikal kot. entah lah. 

sekarang ni golongan remaja dan wanita mudah mengalami kemurungan ni.ada yang sanggup cederakan diri sendiri. ngeri pulak tengok gambar2 yang dorang cederakan diri mereka. nak tahu lebih lanjut atau kenalpasti sama ada korang mengalami kemurungan ke tak uji diri anda dekat sini :

markah fazie dapat 52 kot. kritikal lah pulak. tapi sekarang fazie dalam proses untuk pulihkan diri sendiri. nasib baik ada seseorang yang dapat bimbing fazie dan sedia mendengar luahan fazie. siapa? rahsia. :p
cara fazie untuk tenangkan diri dengan :

-banyakkan berzikir
-tarik nafas sedalamnya
-luangkan masa dengan keluarga elakkan bersendirian
-dengar lagu Calvin Harris :D
-banyakkan berdoa 

fazie mintak jasa baik korang untuk doakan fazie untuk pulih macam orang lain jugak. mudah-mudahan dengan doa korang fazie kembali normal dan hanya Allah dapat membalasnya. terima kasih! 



12 nak glemer:

Syazwani MS said...

ALAMAK! Sama macam saya lahh. Sebab tuhlah saya ambil keputusan tutup fb. ehemm, thanks share :)

Unknown said...

@Budak Ewan
yeke. hee okay welcome. and thanks for the comment :)

cik lisa said...

aikkk bahaya tu sayang . Dulu sa pun pernah gitu time nak ambil upsr. Perhhh . Ala kan upsr tu cam tak penting , but itulah lepas campak internet jauh jauh , mood semakin baik balik :) . Kalau semakin melarat, jumpa doktor .. discuss tgok .

Unknown said...

@Sa Michaisi
okay i will. thanks sa :)

Unknown said...

Get well soon dear.
Pernah kena jugak, asik nak online je keje, sampai semua benda tak buat.
Its ok, kawan kawan ada, family.
They are the supporters.
InsyaAllah, Fazie boleh. ;)

Unknown said...

dtg support..ade jugak la tnde-2, rase nak marah je -.- hehe, insya-Allah fazie akan pulih semule..kurangkan online :D

Anonymous said...

iye ke..iye keee ? hihi

tak berminta dengan FB dahh . dulu ya, lani minat blog jerp.

safiah sokher said...

Relax.Online ikut time.kena displin ^^

Aimacomel said...

adik, firstly nak cakap dulukan apa yg patut didulukan.. tu je. bila kita tahu apa keutamaan kita, kita akan buat apa yg sepatutnya kita buat.. memang kita takkan mampu nak handle semua perkara dalam satu masa..
Kalau tutup fb tu buatkan kita rasa lebih tenang, tenteram tu adalah lebih baik. even akak sendiri pun tak terlalu fokus dkt fb tu. xmampu akak,

Yaya Mohd said...

betula tu..tapi kalau tau cara nak hiburkan diri sendiri,InsyaAllah xde mslh kmurugn tu.. =)
bnykkan berzikir... ^_^

Dikbee said...

dik, kuatkan semangat... akk yakin adik mampu atasinya...chaiyokk3xx

♥ Nana BamBam ♥ said...

bahaya tu kaalu stress tinggi