KEAJAIBAN DI GAZA

Assalammualaikum...



KEAJAIBAN DI GAZA...
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!




nota cinta : marilah bersama-sama doakan saudara Islam kita di Palestin agar mereka diberikan kekuatan dalam menempuh ujian yg diberikan oleh Allah swt kepada mereka. Amin. 

16 nak glemer:

Nur Nainis said...

SubhanaAllah..Ya Allah selamatkan saudara ku di GAZA. Allahu Akbar.

Unknown said...

Sama sama mendoakan.

ice cream said...

subhanallah..hebatnya Allah.. sama2 la kita doakan saudara2 kita disana

Nur Afrina said...

Allahuakbar! SubhanAllah! semoga saudara kita di sana sentiasa dilindungi olehNya! amin!

Si Pencinta Setia...... said...

Marilah kita sama-sama mendoakan mereka, agar kekejaman tidak berlaku lagi.

Anonymous said...

SubhanaAllah..semoga Allah melindungi saudara-saudara kita kat sana..

Ayien Ocaca said...

Please save the kids & the peoples in Gaza..for the sake of Islam & humanity..plz together pray for them,may Allah bless them.. #Pray For Gaza <3

iezayusof said...

Amin :')

Alya Haduri said...

Subhanallah. Pray for Gaza. Mudah-mudahan Allah melindungi saudara kita di sana.

Anonymous said...

sama2lah kita berdoa untuk menyelamatkan umat Islam..

محمد رازيق said...

allahuakbar. ayuh kita doakan rakyat palestin!

Unknown said...

Doa utk mereka yg bermati-matian mnegakkan panji islam di bumi palestin...amin...smoga mereka berjaya :')

Azhafizah MN said...

Moga saudara kita disana dilindungi Allah SWT.aminn

teha said...

semoga mereka tabah :)

Dikbee said...

Semoga mereka tabah di sana...#hanya mampu berdoa di sini...

MalizaMah said...

benar.. peristiwa2 nie...
kita doakan yg terbaik utk mrk.