Wordless Wednesday : Stress

Assalamualaikum...




Stres sebab duit tengah kering, belajar dan macam2. Waaaaa!

posted from Bloggeroid

Benefits of Ayat ul Kursi

Assalamualaikum....


sharing is caring, caring is loving. huhu :)

Wordless Wednesday : Kucing Romantik

Assalamualaikum...

http://www.9gag.com.my/gag/Romantic Cat

alolo romantiknya. jeles i. hahaa :D

Disebalik Air Berkarbonat

Assalamualaikum...


Apabila cuaca panas, tentu tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. minuman apa yang terbayang di dalam kepala? jika kamu inginkan minuman berkarbonat, pilihan kamu ternyata salah! sememangnya enak tekak dibasahkan dengan minuman berkarbonat ketika panas tetapi ia juga boleh membahayakan tubuh kamu. Jom ambil tahu sekarang

  • Ginjal
air berkarbonat mempunyai gas yang boleh menggangu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. kalau jumlah air kencing sedikit, ia akan lebih pekat daripada air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal. sayangilah ginjal kamu segera!

  • Perut
jika perut kamu kosong, jangan isikannya dengan air berkarbonat. nanti kamu boleh sakit perut malahan organ itu boleh mengalami masalah angin. hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. minum air berkarbonat secara berlebihan juga boleh menambah beban 'kerja' pada perut kamu.

  • Kerongkong
pasti kamu setuju apabila cuaca panas, air berkarbonat merupakan penghilang dahaga no.1. namun, kesannya hanyalah sementara. ia sebenarnya akan membuat kamu lebih terasa dahaga dan tekak kering. sebab itulah kamu tidak pernah puas apabila minum air berkarbonat. jika terlalu dahaga, minum air masak yang secukupnya kerana itulah yang sebaiknya. kerongkong kamu juga boleh luka akibat kuatnya gas yang terkandung di dalam air berkarbonat.

  • Tulang
kamu suka melihat gelembung-gelembung udara dalam air berkarbonat? gelembung ini disebabkan oleh wujudnya kandungan asid forforus. di kala kamu sedang menikmati air berkarbonat dengan penuh asyiknya, tahukah kamu sebenarnya tulang kamu sedang dicabul yang akhirnya menjadi rapuh dan berbentuk seperti kawah bulan! mahukah tulang kamu rapuh dan mendapat penyakit osteoporosis pada usia yang muda? segaralah jauhinya!

  • Gigi
pasti kamu pernah dinasihati supaya memberus gigi selepas makan gula-gula ketika kecil dahulu? jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap, risikonya sama sahaja pada gigi kamu kerana air berkarbonat juga boleh merosakkan gigi. ia mengandungi paras gula yang sangat tinggi. menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula di dalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. lama-kelamaan apa yang akan jadi pada gigi kamu? bayangkan...

  • Otot
selain daripada tulang, otot juga ada kesannya jika kamu terlalu kerap minum air berkarbonat. jika kamu minum air berkarbonat sebanyak 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. kesannya, badan kamu akan menjadi lemah otot, selalu penat, tidak larat mengangkat benda berat serta pergerakan juga akan terbatas.

  • Susah Tidur
kafeina di dalam air berkarbonat boleh membuatkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. sudah pasti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan pada diri kamu. hasilnya, tidur malam kamu akan terganggu dan secara keseluruhannya, ia mengganggu sistem badan kamu untuk berfungsi secara normal.

Jangan Tertipu!
walaupun ada tulisan No Calories ataupun Sugar Free, itu tidak bermakna kandungan gula dalam air berkarbonat berkurangan. apa yang kurang hanyalah gula asli. tetapi pemanis buatan masih digunakan dan diletakkan sebagai bahan kandungan utama. pemanis buatan ini berlipat kali ganda lebih manis daripada gula asli. oleh itu, kalori yang terhimpun mungkin dalam angka yang kecil tetapi manisnya sama seperti air berkarbonat yang biasa.

sumber: Majalah Remaja 

Scene Membunuh Yang Paling Teruk (FAIL)

Assalamualaikum..

daripada filem Turki yang bertajuk "Kareteci Kız"




agak-agak bila dia nak mati ni asyik menjerit je memanjang. hahaa. 


1st Giveaway By Puterikasih.com

Assalamualaikum...

akhirnya baru fazie berpeluang nak join giveaway kak puteri kasih. sorry lambat sikit. nasib baik belum sampai tamat tempohnya.. kalau nak join klik banner ni. in shaa Allah kalau ade rezeki bolehlah dapat hadiah yang lumayan gitu. hee :)

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia



Si Gebu

Assalamualaikum...

25 Julai 2012 
si Cici melahirkan anak-anak beliau. melihat betapa sukarnya dia melakukannya. depan mata. walaupun rasa janggal dan takut, fazie tengok jugak. akhirnya Cici selamat melahirkan 3 ekor anaknya. comel-comel belaka. semua anaknya berwarna putih, oren dan hitam sama seperti ibunya. Ini kali pertama Cici bunting dan melahirkan anak setelah menjaga beliau sejak dari kecik lagi.

selepas 3 hari baru akak fazie berani nak ambil sekor anak Cici. Kami membelai dia. memang comel. fazie belai dia sampai dia terlena di selimut. lena je dia tidur. sambil tu kami tengah fikir ape nama yang sesuai untuk mereka bertiga.


ini Gebu. bulunya memang gebu. lembut jek. dialah anak kucing yang selalu akak fazie bawak masuk bilik tidur tiap-tiap malam. makin lama Gebu makin selesa dengan kami. malah dia tak merengek pun bila kami bawak lari dia dari ibunya. hihi.


satu hari Gebu sakit. dia hanya mampu terbaring je. Gebu dah kurang bermain dengan kami. semua risaukan gebu. sampailah selepas akak fazie bawak dia ke klinik veterinar, dia kembali sihat. Alhamdulillah. masih panjang nyawanya untuk bersama kami sekeluarga.

semakin hari, gebu semakin nakal. ada je akal dia nak bergurau dengan kami malah dengan ibunya sendiri, Cici. bila malam je, dia selalu teman fazie dengan akak fazie tidur. bila fazie pegang dia belai dia, Gebu mesti senyap dan duduk elok je. Gebu memang suka orang belai dia. dia memang kucing yang comel dan bijak. itulah menambat hati kami sekeluarga. 

bila fazie balik sekolah, Gebu mesti berlari datang kat fazie. merengek mintak makan lah tu. walaupun dia nakal, fazie memang suka usik dia sampai tangan ni calar balar dek Gebu mencakar. alah, bukan sakit sangat pun. yang penting bila melayan kerenah Gebu ni, hilang stres. 

tak sangka petang tu, Gebu manja sangat dengan fazie. dia datang dan minta dibelai. fazie pun belailah dia dengan penuh kasih sayang. twitter menjadi saksi.


17 Januari 2013
lepas balik sekolah fazie menyapu depan rumah. perasan Gebu tidur lena bawah buai. cuma mampu lihat sahaja. tak fikir apa-apa pun. malam pukul dalam pukul 9 mak fazie saja nak usik Gebu yang tengah tidur. tapi tiada respon dari Gebu. badannya keras. "GEBU DAH MATI" mak jerit. 

fazie dalam bilik bila terdengar suara mak, fazie terdiam. terus keluar. memang betul Gebu dah tak ada lagi. hanya badan yang kaku di bawah buai. sebak hati ni. mak fazie pun sama. tak sangka Gebu pergi secepat itu. Tuhan je tahu perasaan sedih fazie. dia cuma baru 5 bulan. Allah lebih sayangkan dia. 

malam tu tiada lagi Gebu yang selalu datang tidur bersama. tiada lagi kedengaran suara kucing merengek minta dibelai sebelum tidur. hanya tangisan menemani. satu keluarga terasa kepergiaan Gebu malah abah fazie pun sama.

Ya Allah terima kasih kerana mengirimkan titipan yang indah buat kami sekeluarga. fazie terpaksa menerimanya mungkin ini ada hikmah disebaliknya. namun kenangan bersama Gebu takkan fazie lupakan sampai bila-bila. biarlah semakin hari, kenangan itu semakin jauh dari kita. fazie tetap ingat Gebu. dialah pengubat luka dan segala-galanya. tiada pengganti yang boleh menggantikan kelincahan dan kemanjaan Gebu. dia kucing istimewa. 


hanya gambar-gambar beliau dapat mengubat rindu ini. pergilah dengan tenang Gebu. semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa. mungkin. In shaa Allah di alam sana. tak pernah menaip sambil menangis begini. 



Fatih Seferagic

Assalamualaikum...

siapa Fatih Seferagic ni? kalau nak tahu siapa dia nih tengok video youtube ni :



Subhanallah, Masha Allah. indahnya suara beliau. tersentuh hati ni bila mendengar kelunakan suara Fatih Seferagic membaca ayat suci al-Quran ini. Inilah wajah beliau :




I was born in Germany, moved to the states at the age of 4. I completed my Hifdh in Baltimore at ISB hifdh program. I currently live in Houston, TX.

My nationality is Bosnian, but I was born in Germany. I moved to the USA at the age of 4. I lived in Baltimore, MD for 7 years where I completed my Hifdh at the Islamic Society of Baltimore under Shaykh Qari Zahid & Qari Abid. I moved to Dallas for 10 months to study classical Arabic at Bayyinah's Dream program. I currently live in Houston, TX as a student and a Qur'an Teacher.

ini facebook beliau https://www.facebook.com/fatihseferagic
kalau search dekat youtube banyak video mengaji beliau. tenang hati ini bila dengar suara dia mengaji :)

Wordless Wednesday : Busy

Assalamualaikum...


maaf sebab tak dapat nak update blog ni selalu macam dulu. kebizian melanda sejak masuk sekolah ni :'(

Tahniah Yuna!



Akhirnya Anugerah Juara Lagu ke 27 dimenangi oleh Yunalis Zarai menerusi lagu beliau Terukir Di Bintang. Tahniah lah Yuna dan juga kepada Aizat yang menggantikan tempat Yuna di saat-saat akhir. Lagu ni memang fazie minat. Weheee..


Antara senarai pemenang AJL 27 :
Persembahan terbaik - Teman Pengganti Black dan RJ
Vokal Terbaik - Ku Akui Hafiz
Tempat ketiga - Ku Akui Hafiz
Tempat kedua - Idola Azlan and the Typewriter
Juara Lagu - Terukir Di Bintang Aizat


Tahniah kepada semua pemenang! Yang tak menang tu boleh cuba tahun depan. Apepun AJL 27 memang terbaik! Gabungan seni dan muzik yang mantap! Dengar cerita Yuna dapat bergabung dengan David Foster (komposer Hollywood yang terkenal). Dah rezeki Yuna kan.. sekali lagi tahniah Yuna!
posted from Bloggeroid

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 27

Assalamualaikum...


Jangan lupa malam ni akan berlangsungnya gabungan seni dan muzik iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27. Mana tahu AJL kali ni lebih menarik daripada tahun-tahun yang lepas. Mungkin Hafiz akan menang lagi atau sebaliknya? kalau nak tahu jangan lupa melekat depan tv atau sesiapa yang ada tiket boleh lah layan AJL dekat Stadium Putra Bukit Jalil.

Berikut 12 lagu yang layak ke AJL 27 pada malam ini :


Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy

Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bedroom Santuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah

Tidak seperti tahun 80-an, pemuzik dan komposer terkenal, Azmeer menyatakan bahawa industri hiburan tanah air telah berkembang secara sihat apabila akhir-akhir ini banyak penyanyi baru yang kreatif dan berbakat.

Tambah Azmeer selaku ketua juri Muzik-Muzik Separuh Akhir, kreativiti pemuzik merupakan salah satu kriteria utama layaknya sesuatu lagu untuk dipertandingkan di peringkat Anugerah Juara Lagu.

“Lagu-lagu yang dipertandingkan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Seperti lagu Teman Pengganti ciptaan Malique, ia memiliki melodi yang asli. Masih mempunyai elemen lagu-lagu lama, namun ia tidak mempengaruhi melodi baru”, kata Azmeer.

Tambahnya lagi, lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL 27 mempunyai elemen barat, namun masih mengekalkan unsur kemelayuan seperti penggunaan bahasa yang betul.

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.

“Masih ada finalis yang membuat kesilapan dari segi vokal. Namun, kriteria yang ada pada lagu tersebut melebihi kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi itu”, katanya.

Selain Azmeer, finalis AJL 27 turut dinilai oleh juri seperti Datuk Ramli MS, Edrie Hashim, Helen Yap,  Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.



sumber : Gua.com.my

5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Assalamualaikum...




Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda.

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.


 Bagaimana jalan penyelesainya?

kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook 

10 Haiwan Pembunuh Manusia Paling Terkenal

Assalamualaikum...

Seganas mana pun seseekor haiwan itu, jarang sekali ia menjadikan manusia sebagai sasarannya. Namun atas sebab-sebab tertentu, terdapat segelintir haiwan buas mula menyasarkan manusia dengan pelbagai tujuan. Ada yang ingin dijadikan makanan dan ada pula yang membunuh manusia sekadar untuk suka-suka. Ikuti senarai 10 haiwan pembunuh manusia yang terkenal ini :




10. THE LIONS OF NJOMBE



9. TWO TOED TOM



8. KESAGAKE



7. THE NEW JERSEY SHARK



6. THE BEAR OF MYSORE



5. THE BEAST OF GEVAUDEN



4. THE TSAVO LIONS



3. THE PANAR LEOPARD



2. THE CHAMPAWAT TIGRESS



1.GUSTAVE

sumber: SELEKSI

Wordless Wednesday : Hug Me :D


http://www.9gag.com.my/gag/I need hugs

Salah beli?!

Assalamualaikum...

Tumblr_inline_mfut1x3o9d1qaqsz7_large


hai. hari ni hari pertama sekolah. macam-macam ragam bebudak pagi tadi. tapi yang pasti semua bau kedai. 

tapi yang pasti tadi pergi sekolah dah siap-siap baru perasan baju sekolah kecik! inilah padahnya kalau masa beli main ukur lepas tu bukan reti tengok betul-betul. dah beli, baru rasa menyesal. hahar. padan muke.

korang pernah tak kena situasi ni? beli barang main ambik jek tak sempat nak belek-belek. bila dah pakai, baru perasan barang yang korang beli tu tak sesuai dengan korang. rasa macam nak menjerit jek tapi tak guna, dah beli punya pasal -,-