Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 27

Assalamualaikum...


Jangan lupa malam ni akan berlangsungnya gabungan seni dan muzik iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27. Mana tahu AJL kali ni lebih menarik daripada tahun-tahun yang lepas. Mungkin Hafiz akan menang lagi atau sebaliknya? kalau nak tahu jangan lupa melekat depan tv atau sesiapa yang ada tiket boleh lah layan AJL dekat Stadium Putra Bukit Jalil.

Berikut 12 lagu yang layak ke AJL 27 pada malam ini :


Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy

Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bedroom Santuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah

Tidak seperti tahun 80-an, pemuzik dan komposer terkenal, Azmeer menyatakan bahawa industri hiburan tanah air telah berkembang secara sihat apabila akhir-akhir ini banyak penyanyi baru yang kreatif dan berbakat.

Tambah Azmeer selaku ketua juri Muzik-Muzik Separuh Akhir, kreativiti pemuzik merupakan salah satu kriteria utama layaknya sesuatu lagu untuk dipertandingkan di peringkat Anugerah Juara Lagu.

“Lagu-lagu yang dipertandingkan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Seperti lagu Teman Pengganti ciptaan Malique, ia memiliki melodi yang asli. Masih mempunyai elemen lagu-lagu lama, namun ia tidak mempengaruhi melodi baru”, kata Azmeer.

Tambahnya lagi, lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL 27 mempunyai elemen barat, namun masih mengekalkan unsur kemelayuan seperti penggunaan bahasa yang betul.

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.

“Masih ada finalis yang membuat kesilapan dari segi vokal. Namun, kriteria yang ada pada lagu tersebut melebihi kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi itu”, katanya.

Selain Azmeer, finalis AJL 27 turut dinilai oleh juri seperti Datuk Ramli MS, Edrie Hashim, Helen Yap,  Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.



sumber : Gua.com.my

1 nak glemer:

cik lisa said...

semestinya hafiz yang juara vokal ,kihkih xD