25 Julai 2012
si Cici melahirkan anak-anak beliau. melihat betapa sukarnya dia melakukannya. depan mata. walaupun rasa janggal dan takut, fazie tengok jugak. akhirnya Cici selamat melahirkan 3 ekor anaknya. comel-comel belaka. semua anaknya berwarna putih, oren dan hitam sama seperti ibunya. Ini kali pertama Cici bunting dan melahirkan anak setelah menjaga beliau sejak dari kecik lagi.
selepas 3 hari baru akak fazie berani nak ambil sekor anak Cici. Kami membelai dia. memang comel. fazie belai dia sampai dia terlena di selimut. lena je dia tidur. sambil tu kami tengah fikir ape nama yang sesuai untuk mereka bertiga.
ini Gebu. bulunya memang gebu. lembut jek. dialah anak kucing yang selalu akak fazie bawak masuk bilik tidur tiap-tiap malam. makin lama Gebu makin selesa dengan kami. malah dia tak merengek pun bila kami bawak lari dia dari ibunya. hihi.
satu hari Gebu sakit. dia hanya mampu terbaring je. Gebu dah kurang bermain dengan kami. semua risaukan gebu. sampailah selepas akak fazie bawak dia ke klinik veterinar, dia kembali sihat. Alhamdulillah. masih panjang nyawanya untuk bersama kami sekeluarga.
semakin hari, gebu semakin nakal. ada je akal dia nak bergurau dengan kami malah dengan ibunya sendiri, Cici. bila malam je, dia selalu teman fazie dengan akak fazie tidur. bila fazie pegang dia belai dia, Gebu mesti senyap dan duduk elok je. Gebu memang suka orang belai dia. dia memang kucing yang comel dan bijak. itulah menambat hati kami sekeluarga.
bila fazie balik sekolah, Gebu mesti berlari datang kat fazie. merengek mintak makan lah tu. walaupun dia nakal, fazie memang suka usik dia sampai tangan ni calar balar dek Gebu mencakar. alah, bukan sakit sangat pun. yang penting bila melayan kerenah Gebu ni, hilang stres.
tak sangka petang tu, Gebu manja sangat dengan fazie. dia datang dan minta dibelai. fazie pun belailah dia dengan penuh kasih sayang. twitter menjadi saksi.
17 Januari 2013
lepas balik sekolah fazie menyapu depan rumah. perasan Gebu tidur lena bawah buai. cuma mampu lihat sahaja. tak fikir apa-apa pun. malam pukul dalam pukul 9 mak fazie saja nak usik Gebu yang tengah tidur. tapi tiada respon dari Gebu. badannya keras. "GEBU DAH MATI" mak jerit.
fazie dalam bilik bila terdengar suara mak, fazie terdiam. terus keluar. memang betul Gebu dah tak ada lagi. hanya badan yang kaku di bawah buai. sebak hati ni. mak fazie pun sama. tak sangka Gebu pergi secepat itu. Tuhan je tahu perasaan sedih fazie. dia cuma baru 5 bulan. Allah lebih sayangkan dia.
malam tu tiada lagi Gebu yang selalu datang tidur bersama. tiada lagi kedengaran suara kucing merengek minta dibelai sebelum tidur. hanya tangisan menemani. satu keluarga terasa kepergiaan Gebu malah abah fazie pun sama.
Ya Allah terima kasih kerana mengirimkan titipan yang indah buat kami sekeluarga. fazie terpaksa menerimanya mungkin ini ada hikmah disebaliknya. namun kenangan bersama Gebu takkan fazie lupakan sampai bila-bila. biarlah semakin hari, kenangan itu semakin jauh dari kita. fazie tetap ingat Gebu. dialah pengubat luka dan segala-galanya. tiada pengganti yang boleh menggantikan kelincahan dan kemanjaan Gebu. dia kucing istimewa.
hanya gambar-gambar beliau dapat mengubat rindu ini. pergilah dengan tenang Gebu. semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa. mungkin. In shaa Allah di alam sana. tak pernah menaip sambil menangis begini.
22 nak glemer:
kalau hari hujan je kucing mudah jatuh sakit.. pastu mati..
hmmm.. sedih... perasaan kehilangan fizie sama macam sheila waktu sheila kehilangan kucing sheila 2 tahun lepas. sedih kan. hari-hari kita nampak dia, pastu tiba-tiba dah tak ada. still tercari-carikan. melayan karenah kucing boleh hilangkan stress. sheila setuju. gebu bahagia di alam sana.
alolo.. ciannyaa.. huhu comel sii gebu tuu.,
sebak baca entri ni :'(
dik.. sedih sangat2.. akak dah nangis baca.. akak ni 'cat freak'.. tgk kucing mati tepi jalan pun dah nangis sorang2.. sian gebu.. :'(
takpe gebu, gebu terus masuk syurga :')
wlupun lyeen bukanlah yg suka kucing tp lyeen sedih bca entry ni..kesian kta wk..sbr k..lyeen fhm prsaan yg syg2 sgt2 kat kucing..yer la sbb kita dah bias akan dgn dia..main2 dgn dia..
p/s: lyeen bukan tak suka kucing cuma lyeen cepat geli dgn bulu kucing..hehe
ksiannya
alooo siannye...dun worry mesti ade pegganti...k
sis pula yang sebab baca cerita fazie ni :( sabar yer dear
penyakit senang berjangkit terhadap kucing sekarang :( .. kena kurungkan aje dalam sangkar baru selamat, huhu ..
yang jadi milik kita, tak selama nya akan jadi milik kita.
SY faham perasaan fazie.SY pun pernah rasa kehilangan. lebih memilukan apabila kucing SY mati depan mata SY sendiri. kene langgar kete. biasa la kucing. manja. golek2 atas jalan. tup2, kete lalu dan langgar. kete tu tak berhenti, terus je bergerak. kawasan perumahan kot. bukan nye jalan besar. bawak kete laju2. die terus kan bergolek2 dengan manja sampai depan pintu pagar rumah. dan kaku. pergi untuk selama2 nya. kalau tak silap, masa SY darjah 3. sedih sangat. mama pun nangis. SY tym 2 budak lagi. meraung2 SY nangis. mak busu yang pujuk. tenangkan SY. seriously, SY sebak tika dan saat ni. gambar2 die masih SY simpan sampai sekarang. huhu~ tapi SY tak serik untuk bela kucing lagi. hehe~
mun paham macam mana rasanya kucing kesayangan mati T__T tak terkata . tetiba teringat kucing lamaa .
ciannyer... patut la dia nak bermanja ngan fazie... sabar ye
sedihhh TT__TT
Sedih kan kalau kucing kita mati. Saya pun selalu sedih. Dulu ada entri pasal kucing saya mati. Memang saya menangis gila-gila semasa taip entri tu.
cian gebu....saya pun pernah nangis sbb kucing sya mati...yg sekor kt rumah tgh demam... :(
sedehnya baca :(
sedihnyaaaaa....
Comeynyee , tapi sayangg dah mati . Hmmm . Sedih :'/
alah sedihnya kucen mati :3
sedihnyaaa . comel sangat gebu . tapi Allah lebih sayangkannya . takpe , gebu tunggu awk di sana nanti :')
sedihnyaa :')
Post a Comment