Disebalik Air Berkarbonat

Assalamualaikum...


Apabila cuaca panas, tentu tekak meronta-ronta ingin dibasahkan. minuman apa yang terbayang di dalam kepala? jika kamu inginkan minuman berkarbonat, pilihan kamu ternyata salah! sememangnya enak tekak dibasahkan dengan minuman berkarbonat ketika panas tetapi ia juga boleh membahayakan tubuh kamu. Jom ambil tahu sekarang

  • Ginjal
air berkarbonat mempunyai gas yang boleh menggangu daya fungsi ginjal dan juga mampu menurunkan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing. kalau jumlah air kencing sedikit, ia akan lebih pekat daripada air kencing biasa dan ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal. sayangilah ginjal kamu segera!

  • Perut
jika perut kamu kosong, jangan isikannya dengan air berkarbonat. nanti kamu boleh sakit perut malahan organ itu boleh mengalami masalah angin. hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. minum air berkarbonat secara berlebihan juga boleh menambah beban 'kerja' pada perut kamu.

  • Kerongkong
pasti kamu setuju apabila cuaca panas, air berkarbonat merupakan penghilang dahaga no.1. namun, kesannya hanyalah sementara. ia sebenarnya akan membuat kamu lebih terasa dahaga dan tekak kering. sebab itulah kamu tidak pernah puas apabila minum air berkarbonat. jika terlalu dahaga, minum air masak yang secukupnya kerana itulah yang sebaiknya. kerongkong kamu juga boleh luka akibat kuatnya gas yang terkandung di dalam air berkarbonat.

  • Tulang
kamu suka melihat gelembung-gelembung udara dalam air berkarbonat? gelembung ini disebabkan oleh wujudnya kandungan asid forforus. di kala kamu sedang menikmati air berkarbonat dengan penuh asyiknya, tahukah kamu sebenarnya tulang kamu sedang dicabul yang akhirnya menjadi rapuh dan berbentuk seperti kawah bulan! mahukah tulang kamu rapuh dan mendapat penyakit osteoporosis pada usia yang muda? segaralah jauhinya!

  • Gigi
pasti kamu pernah dinasihati supaya memberus gigi selepas makan gula-gula ketika kecil dahulu? jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap, risikonya sama sahaja pada gigi kamu kerana air berkarbonat juga boleh merosakkan gigi. ia mengandungi paras gula yang sangat tinggi. menurut doktor gigi, air berkarbonat dan gula di dalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. lama-kelamaan apa yang akan jadi pada gigi kamu? bayangkan...

  • Otot
selain daripada tulang, otot juga ada kesannya jika kamu terlalu kerap minum air berkarbonat. jika kamu minum air berkarbonat sebanyak 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. kesannya, badan kamu akan menjadi lemah otot, selalu penat, tidak larat mengangkat benda berat serta pergerakan juga akan terbatas.

  • Susah Tidur
kafeina di dalam air berkarbonat boleh membuatkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. sudah pasti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan pada diri kamu. hasilnya, tidur malam kamu akan terganggu dan secara keseluruhannya, ia mengganggu sistem badan kamu untuk berfungsi secara normal.

Jangan Tertipu!
walaupun ada tulisan No Calories ataupun Sugar Free, itu tidak bermakna kandungan gula dalam air berkarbonat berkurangan. apa yang kurang hanyalah gula asli. tetapi pemanis buatan masih digunakan dan diletakkan sebagai bahan kandungan utama. pemanis buatan ini berlipat kali ganda lebih manis daripada gula asli. oleh itu, kalori yang terhimpun mungkin dalam angka yang kecil tetapi manisnya sama seperti air berkarbonat yang biasa.

sumber: Majalah Remaja 

6 nak glemer:

Nur Zafirah ( Rilakkuma) said...

thanks for sharing..
fira dah la suka benor minum air gas..takut :(

Unknown said...

air gas ni kan bahaya

cik lisa said...

dulu selalu lah minum tapi sekarang dah tak minum sgt, heheh

nae nematoda said...

air bikarbonat , mmg bahaya... elakkan minum , sebab air ni mengandungi paras gula yg sangat tinggi..

FarhanahAdzlan said...

memang pon begitu faktanya :) tp yg sedap kat mulut ni laa yg membahayakan kesihatan.

Unknown said...

entri yg bagus..betul tu..jgn tertipu,air berkarbonat adalah paling banyak kandungan gula..klu anda pernah munum air berkarbonat yg dah hilang gasnya pasti rasanya lebih manis