5 Kekuatan Wanita Yang Boleh Melemahkan Lelaki

Assalamualaikum...




Apakah 5 kekuatan wanita itu?


1) Air matanya
semua sedia maklum air mata wanita adalah senjatanya. sehingga ada satu kisah pada zaman Umar, di mana Umar Khatab RA ketika mana beliau masih kafir dan berteguh pada prinsipnyanya telah dicairkan dengan air mata adiknya sehingga memasuki Islam seterusnya terpilih menjadi salah satu khalifah yang kuat pada zaman itu. tangisan adalah muara perasaan. tanpa sedar air mata itu dengan sendirinya mengalir bila mana ketika sedih, gembira, marah, dan terharu. kerana semua itu fitrah. dan mana syaitan bekerja pada saat ini, bila seorang wanita meminta sesuatu kepada lelaki sehingga mengalirkan air mata. apa yang seharusnya kaum adam lakukan? saya tekankan di sini. tetapkan hati dengan keputusan yang tepat.

2) Senyumannya
senyuman adalah simbolik kecantikan. dan senyuman wanita sangat mudah dijadikan syaitan  dalam melenturkan hati lelaki. apatah lagi senyuman dari si cantik manis. dan kerana itu Allah telah berfirman dalam surah An-Nur (ayat 30-31) : "katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandanggannya, dan katakanlah kepada wanita beriman, agar mereka menjaga pandangannya." solusinya adalah jagalah pandangan wahai akhi wa ukhti.

3) Tutur katanya
wanita ni memiliki suara yang berbeza berbanding lelaki. nada suaranya lembut. siap booleh dilunak-lunakkan lagi. SubhanAllah. kerna itu, syaitan menjadikan ia sebagai senjata. tambah lagi suara yang sengaja dimanja-manjakan. alahai. gerenti cair si kaum adam mendengarnya. oleh yang demikian, wahai wanita sedunia. berbicaralah dengan nada yang tegas. lantak pi orang laki nak cakap kita ni sombong ke, garang ke. kerana manja seorang wanita itu selayaknya bagi mereka yang halal saja.

4) Lirikan matanya
sesetengah berpendapat, kecantikan seseorang terletak pada matanya. jika bulat bundar mata wanita itu, maka cantiklah wanita itu. namun cantik itu subjektif. secara logiknya, bila mana seseorang itu senyum/ketawa dengan automatiknya mata juga tersenyum dan kelihatan seperti bersinar. tak percaya? nanti anda perhatikan sendiri. bersinarnya mata wanita itu ketika gembira sangat meruntum jiwa kaum adam. kerana itu syaitan menjadikan mata wanita itu senjata melemahkan lelaki. dan lebih membuat lelaki berasa 'aughmmm!' dengan kita bila mana wanita itu menjeling. lelaki merasakan sangat seksi. serious. so beware dengan lirikan mata anda.

5) Keyakinannya
sesetengah lelaki tidak pandang pada kecantikan wanita semata. tapi, dengan keyakinan dan kecerdasan wanita itu serta merta buat buat lelaki itu cair. wanita yang kelihatan yakin bila berbicara, sentiasa happy go lucky, seorang berdikari. ciri-ciri ini sangat berjaya meluluhkan hati lelaki walaupun rupa parasya dalam level 'bolehlah'. apatah lagi bila berkongsikan suatu minat yang sama.


 Bagaimana jalan penyelesainya?

kedua-duanya, sama ada lelaki mahu pun perempuan. yang paling penting,bersihkan diri dan sucikan hati. banyakkan istighfar. terutamanya bila hati dan fikiran terlintas untuk buat perkara yang tidak baik. selalu ingat Allah. sebab Allah tak pernah lupa kita. semoga dengan itu kita terhindar dari bisikan dan godaan syaitan laknatullah. In shaa Allah. 


sumber: Facebook 

11 nak glemer:

MeiNa said...

jeling pun seksi ? huhui .

Unknown said...

takkan lima jer .. mesti ada sepuluh kan kekuatan wanita. yang lima lagi tu awak rahsiakan ek? hehe

Diari Si Froggie said...

jadi berhati2lah bila berdua duaan.. keh3.. apa pun boleh jadi kan? sampai jeling cara berjalan dengan keyakinan diri pun boleh jadi terpikat.. amalkan ajaran Islam, InsyaAllah terjaga adab2 ini.. nice sharing dear.. :)

cik lisa said...

haa part lirikan mata tu selalu menggoda , hehe xD

safiah sokher said...

julingkan mata seksi tak agak2?

MalizaMah said...

air matanya tu betul.

MalizaMah said...

WANITA ADA KEKUATAN TERSENDITI.

CikMunBlogger said...

ewah ! wanita memang hebat ! :D

Unknown said...

semua wanita buat semuanya seksi2 even bertudung , haishh dugaan :P

ali said...

1 soalan..siapa sebenarnya yg jd penentu/pemilih pasangan..laki @ ppuan???

ali said...

1 soalan..sepasang kekasih/suami isteri..sape yg jd penentu/pemilih pasangan...laki @ ppuan???