amekaw !



Assalammualaikum readers . hari ini fazie nak luahkan apa yang terpendam di dalam lubuk hati yang mendalam ni *ayat nak jiwang . setelah seminggu fazie bekerja baru fazie sedar sesuatu....

Pertama , betapa susahnya mak ayah kita cari duit untuk sesuap nasi . biarpun teruk macam mana pun mereka masih bekerja jugak untuk anak-anak mereka dan bukan untuk kepentingan diri sendiri

Kedua , perasaan bila kena marah dengan bos . rasa nak gugur jantung ni bila buat salah . memang takut berdebar-debar jantung ni . padahal bos tak marah pun , tapi perasaan kecut perut tu still ade

Ketiga , kena bekerja tanpa cuti . seminggu ni kerja langsung takde cuti . perasaan malas nak bekerja mula membuak-buak dalam hati . agak2 jam dah menunjukkan pukul 1 , kena siap2 kalau tak lambat masuk keje , bos mula pandang lain macam dengan pertanyaan macam pak polisi . habisss

Keempat , berdepan dengan customer yang banyak kerenah . fazie naik tension bila customer yang mengada-ngada bila dah ambik barang tu , pastu kata tak mau lak nak barang lain . dah tu tak jadi beli . kalau lah ade pistol dekat tangan fazie memang dah lama kena tembak . ada lagi yang best , bila tourist dari China yang langsung tak tahu bahasa Inggeris nak beli barang cakap bahasa dorang sendiri . *dalam hati kau cakap sorang2 ke ?

Kelima , hari ni dengan selamber buat tipu sunat masuk lambat sebab dah lama tak post dan update blog ni . mana taknye , keje petang sampai malam , pagi dapat duduk rumah sekejap jek . tak puas lahh :(

moral of the story , nikmati lah alam persekolahan anda sepuas-puasnya . alam pekerjaan ni sangatlah tidak seronok melainkan kalau hari dapat gaji memang seronok tapi sayang gaji tu tak lama lagi habis dek korang terbeli barang yang tidak berfaedah .

p/s : sorry kalau tak sempat balas kunjungan korang , insyaallah kalau ada masa fazie balas oke ! 

inai di jariku :)

Assalammualaikum w.b.t semua pembaca . *ayat yang begitu nerdy .
hari ni nak post pasal jari ku yang berwarna oren gitu . tu inai ye anak-anak . hehe macamlah orang tak tahu kan ? biasanya inai ni pengantin baru yang pakai biar nampak manis je jari dorang tu . tapi fazie yang belum kahwin ni sibuk nak pakai jugak . ini inainye . murah je , korang boleh beli 10 kotak


saje nak kaburkan inai tu nanti korang nak tiru *gurau

inilah hasilnya


warna dia tak begitu menyerlah , maaf :D

tadi tengah2 kerja , bos ade tegur "ambui 10 jari berinai," fazie hanya mampu tergelak . sebenarnya tak tahu nak cakap ape . hehe malu lah !

*ini post gedik :p


akhirnya merdeka jugak aku .

hai earthlings . sebenarnya 6 disember pukul 4.30 petang fazie dah habis SPM dan tamatnya cerita budak zaman persekolahan , tapi sebab rasa excited bebenor , malas pulak nak update blog tercinta ni . hehehe *pemalas

esok pulak dah start keje , ape lagi nak simpan duit lah nak buat lesen dulu baru beli handphone . ok tak ? hehe
so nak kasi tayang pic lah , yelaa kite bukan budak sekolah lagi . yeyeh . bestt ouhh :D

kemana anda selepas SPM ?

peace bebeh !

dekat library pun posing jugek


senyuman setelah habis paper

cari tangan yang berkaler tu , itu fazie . hehe

okelah tu jek nak tayang , nanti lepas dah keje kalau ada masa terluang fazie post lagi yea . salam :)


status facebook yang bikin panas .

salam semua :) hari ini memang terasa sangat nak post something, tapi fazie takde idea. pergi online facebook jalan2 dekat news feed dan fazie terjumpa sesuatu yang sangat menarik ! *tak tahu lah bagi korang camne kan







jadi apa pandangan kalian semua ? siapa yang betul dan siapa yang salah ? tepuk dada tanya iman . fazie bukan nak tunjuk baik tapi benda macam ni kita kena ingat mengingati sesama sendiri supaya kita tidak tersilap langkah . memang baik kalau kita menegur tapi biarlah dengan cara berhemah dan tidak menguris hati mana2 pihak . kalau lah orang yang terbabit dalam status ni nampak fazie post ni , habislah . tapi fazie bukan nak aibkan orang ye . fikir2kan lah dan selamat beramal !




seminggu lebih takde paper wei !

my hero. walawei O.O (rambang mata)

demam pulak hari ni adoss . hurmm nampak tak blog fazie dah tukar baju ? kali ni fazie try edit sendiri and guna blogskin adik Izzat. blog ni namenye Last Friday Night and then fazie tukar jadi Fazierra Archibald . hewhew :D buruk ke cantik blog sekarang ni ? ntah ler , janji sedap mata fazie pandang ^^

seminggu lebih fazie takde paper . perghh lama lagi nak merdeka daripada SPM ni . tension2 . huh ! chill lah bro, lu tetap merdeka jugak nanti . yang pasti fazie dah tak pakai baju uniform sekolah lagi lepas ni . huhu seronok beb !

tapi rasa sedih lak , yela dah 5 tahun sekolah dekat SMK SERI PENGKALAN tu , tibe2 dah habis sekolah rasa sekejap sangat pulak . sekarang baru fazie tahu perasaan nak tinggalkan sekolah .suka bercampur sedih . huwaaa :'(

fazie tinggal 2 paper je lagi . Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas . wish me luck ya ! kbai :) thanks for the visit 

kawan suruh makan ubat, tapi fazie benci ubat. tak sedapp!

HARIMAU MALAYA JUARA ASIA TENGGARA !

haii korang mesti tengok bola kan semalam . buat pertama kali fazie tengok bola sampai 100 minit gitu . memang sama-sama hebat dorang ni . tapi Harimau Malaya lagi hebat . yelaa akhirnya kita dapat pertahankan emas kita dan muncul juara untuk Asia Tenggara . Syabas Skuad Harimau Muda ! anda memang terhebat ! saya bangga jadi anak Malaysia ! huhu *bukan main lagi minah sorang ni

rasa bangga sangat dengan pencapaian bola sepak kita . kalau dulu memang susah nak naik , tapi sejak kita menang masa Sukan Sea di Laos , kita menang dengan Thailand 1-0 , kemudian kita muncul juara waktu Piala AFF Suzuki , kita menang di Stadium Gelora Bung Karno di hadapan penyokong Indonesia sendiri dan semalam sekali lagi kita melakar sejarah menang di hadapan penyokong Indonesia lagi . ternyata GBK bukan lagi stadium keramat untuk Sang Garuda untuk muncul juara . jyeahh !

tak sia-sia fazie tengok bola semalam , sampai meleleh air mata ni seram sejuk tengok masa penalti . nasib baik kapten kita , Baddrol Bakhtiar dapat jaringkan gol penyudah . masa tu memang fazie dah melompat jerit2 sekali . huhu .

Sekalung tahniah buat skuad Harimau Muda kerana berjaya pertahankan maruah negara dan emas untuk Malaysia . anda memang terbaik ! sayang korang lebih . huhu .

ini adalah antara pemain yang menjadi pilihan hati :

Nazmi Faiz (17 tahun beb, sebaya lah kite xD)

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Hero kita !

Syahrul Aswari <3

Izzaq Faris Ramlan yang tinggi lampai tu . 

dan semualah !


SELAMANYA HARIMAU MUDA
"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this happen, then you are cowrds. You must teach them what being Malaysian is about". -Ong Kim Swee 


cinta bertepuk sebelah tangan



amboi bukan main lagi entri kali ni . pasal C.I.N.T.A ehh , ada kaitan dengan fazie ke ? errr xD

tadi dekat sekolah kan *hari terakhir persekolah bagi sesi 2011 . goodbye dunia persekolahan :') budak kelas fazie tiba2 jumpa satu botol plastik , dah tu pegi main game TRUTH OR DARE . gulpp ! nak tak nak kena main jugak *ayat terpaksa 

tetiba lak tak semena2 , fazie kena soal . dengan selumber radahnye dorang bertanya "kau suke ____ ?"
dalam hati *korang ni saja nak tanya benda yang korang dah tahu ke wei ?! muka den dah naik blushing dan tak semena-mena terkeluar air mata . apesal aku touching sangat ni ? pastu manusia yang dorang tanya dekat fazie tu ade pulak dekat belakang . muka fazie dah merah padam pastu dorang dengan selumber pegi jerit dekat manusia tu cakap fazie nangis sebab dia . maluuu beb =.=

dalam hati dah memang sumpah seranah bebudak ni . terpaksalah fazie mengaku . haishhh sumpah lepas ni tak mau main benda alah tu . rasa macam nak benam muke ni dalam tanah 20 meter .

so korang faham kan dengan cinta bertepuk sebelah tangan ni ? cinta yang syok sendiri jek , orang yang korang suka tu , sikit tak heran dengan korang . agaknye apa rasa ? jawablah sendiri . kalau korang pernah rasa , sila komen yob ! hewhew .

ini entri dikala hati sedang malu . *boleh terima ke ayat ni ? ngeee ^^

minggu pertama SPM dah lepas !


hello earthlings ! phewww ! lega minggu pertama SPM dah selesai . tinggal 5 subjek jea . sedih jugak masa fazie cakap selamat tinggal subjek BM , BI , Sejarah & Math . setelah lama belajar dekat sekolah itulah masanya untuk kita menilai diri kita sendiri . 

so yang tinggal subjek Agama , Prinsip Peraukanan , Ekonomi Asas , Additional Mathematics & Science . tak sabar lak nak habis SPM . ehh cakap pasal tak sabar ni kan , malam ni ade bola memang nak layan habis habisan malam ni . pertembungan antara :

Sang Harimau 

menentang 
Sang Garuda 
mintak2 Malaysia menang hari ni . perlawanan ni memang sangat dinanti-nantikan . Ibarat buku dengan ruas .  dan demi untuk mempertahankan maruah negara . so kita tunggu lah malam ni . mesti tengok !

Contest Blog Simple But Awesome

 nak joinnn !


kalau join jugak , tekan banner laju2 . kbai <3

esok nak SPM boleh lak nak join contest lagi . hewhew xD

SPM !


mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau fazie ada buat salah silap . ini ikhlas dari hati bukan sekadar mintak maaf sebab nak SPM jek . jangan buat kecoh dekat blog ni k ? *sape jugak heran dengan blog buruk kau ni . okelah , wish me luck ! thanks blogger :)

CONTEST ADDICTED TO SOMEONE


ni last contest fazie masuk buat masa ni . next week nak SPM . so , blog ni fazie tak nak updated sampai habis SPM . sorry kalau tak sempat nak blogwalking blog korang balik :) be nice oke .

ni banner dia :


ni syarat2 dia :
1. Mesti follow blog ALYAAYEP , HANANI , ATHIRAH , WANY ANDZATA
2. Like fanpage BELOG ALYA 
3. Mesti ahli kumpulan BBB ( kalau takpun takpee )
4. Terpulang kepada sesiapa sahaja, artis ke boyfriend ke sukahatilahh ! Takpaham? Ikut step ni :~ Siapakah gerangan itu?~ Mengapakah anda meminatinya?~ Contoh gambar orang tuu ~ Entry mesti syokk ! Dah habis? Lepastu cerita pasal diri pulak.. Eh? Banyak pulak! Takdalah, and then lepas tulis semua tuu sila letak juga gambar andaa ;)
5. Jikalau kurang daripada 15 orang, serta-merta contest ini akan batal 
6. Postkan link anda di blog ALYAAYEP  
7. Tarikh tutup 11/12/20118. 8.
8. 10 orang akan dipilih sebagai pemenang
9. Entry mesti ada : banner , syarat-syarat

agaknya siapalah orang yang fazie paling suka ni ? hehe . check it douutttt xD


CHACE CRAWFORD !


his smile ..... (melting inside ^.^)

siapa dia ni ? if korang tengok cerita Gossip Girl , mesti korang kenal . Nama dia dalam cerita tu Nathaniel Fitzwilliam Archibald (Nate Archibald) . macam kenal jek nama Archibald ni kan ? hewhew . Nama fazie gabung dengan nama dia . jadilah Fazierra Archibald . *berangan nak jadi bini dia xD

about Chace Crawford :
Full NameChristopher Chace Crawford Birth : July 18 , 1985 Was born in : Lubbock and raised in Dallas, Texas Occupation : Actor Awards : Choice TV: Male Breakout Star (2008 Teen Choice Awards), Choice TV Male: Drama (2009,2010, 2011 Teen Choice Awards)Film : Long Lost Son, The Covenant, Loaded, The Haunting of Molly Hartley, Twelve, Peace, Love and Misunderstanding, What To Expect When You're Expecting.Television Drama : Gossip Girl, Family Guy, Seth Macflane's Cavalcade of Cartoon Comedy, Robot Chicken

apesal kau minat sangat dengan mat saleh ni ? hoho . well , nowadays ramai budak2 yang addicted giler dengan artis k-pop . bukan fazie nak boikot ke ape . tapi malas pulak nak minat dorang sebab tengok artis k-pop ni muke semua cute miut . fazie pulak minat guy yang jenis super awesome handsome , badan tough and sweet gituu . hahaha . kerepek . since fazie mula tengok cerita Gossip Girl ni , memang dah cair tengok Chace Crawford ni . awwww handsomenyaaa kau ! terus melekat dekat TV setiap hari Selasa , 10:30 malam . *macam iklan pulak -.-' 

nak tengok pic dia lagi tak ? hehe jom jom !






inilah huge fan Chace Crawford . hewhew :D

something about me 
  • full name Nur Fazirah Mahat . as known as Fazie
  • stay in Melaka
  • fussy , love glamorous thing , friendly and sometimes poyo sikit :D
  • seventeennnnn (SPM victim)
  • blogging , music , tv , lemonade , pinky stuff ^^



oke donee ! wish me luck for SPM !

OHSEEMM GIVEAWAY by FAQIHAH, AIN, SCHA


dah lama dah nampak contest ni , baru hari ni rasa nak join . ni banner dia . nak join klik laju2 k


syarat-syarat dia ialah :

  • Mesti ada blog dan warganegara MALAYSIA
  • Wajib follow blog FaqihahAinScha untuk mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa
  • Hanya Lelaki dan Perempuan SAHAJA :>
  • Buat satu entry yang bertajuk "OHSEEEM Giveaway by Faqihah, Scha, Ain".
  • Ikut suka korang nak buat entry panjang or pendek. Letak banner contest. Linkkan terus ke blog Faqihah (jika korang dari blog Kihah) atau Scha (jika korang dari blog Scha) atau Ain (Jika korang dari blog Ain)
  • Dah buat entry? Okay. Kalau dah, copy link tu dan pastekan anda link tersebut di blog Faqihah (jika korang dari blog Kihah) atau Scha (jika korang dari blog Scha) atau Ain (jika korang dari blog Ain) di RUANGAN COMMENT.
  • Tag 1 orang atau LEBIH. Makesure diorang tahu OK. :)
  • Disunatkan follow blog/like page sponser di SINI. hehe. Sunat :) 


nak tag budak bertuah ni :

oke doneee . k bubeii xD 

nak jadi minah k-pop pulak *ape kena dengan aku ni ?



maybe fazie dah terkena demam budak kpop . adusss . macam virus pulak . hey minah wake up lah ! next week kau SPM . boleh lak ko layan benda alah ni . hewhew .

well , just nak release tension . i just keep listening to english song but why dont i try to listen kpop song ? jyeahh . weirdoo . a girl who anti KPOP but now she keep listening to it . non stop . haha . tu lah jangan nak kerek sangat , kan dah kena . *apa kena mengena ? 

ambik kau , ini pengaruh member baik kau . i'm addicted to this song :

Roly Poly by T-ara



buat masa ni fazie suka benau dengar lagu ni . rasa macam nak menari sama jek . haha . oke donee . nak study . sape suke lagu ni sila komen . k bubeii :D

Contest Saya Suka Blogskin !



nak join contest ni pulak . muehehe . ini kes sebab takde keje lain . oke meh tengok banner dia yang meletop tu


kalau nak join tekan banner ni laju2 !

kenapa fazie suka blogskin ? sebabnya ialah :

lebih kemas , menarik , super awesome , unik , cantik dan menunjukkan kekreatifan seseorang tu design blogskin dia sendiri . just main code dan kite boleh dapatkan blog idaman . *macam iklan pulak .
tapi blogskin ni bukan fazie edit sepenuhnya , a big thanks to Qay sebab dia yang tolong edit dan cantikkan blog ni nampak lebih awesome . hehe thanks a lot ^^

oke donee . nak cari contest lagi nak join banyak2 . hewhew :D

Segmen : Lagu Di Blog Saye !


tengah hari ni fazie tengah berperang dengan perut sebab tahan lapar jap . sementara tu nak join satu segmen . ini fazie nak tempekkan banner dia :


tapi blog fazie takde lagu kenapa pulak tergedik nak masuk segmen ni ? hehe . saje2 jea nak share lagu fazie minat . tapi akan datang fazie nak letak lagu yang bagi fazie sangat menyentuh perasaan dan memang terkena dengan perasaan fazie . cehhh ! jiwang pulak minah ni . lagu ape ? tengok ni :

The One That Got AWAY by Katy Perry 

meh same2 kite dengar lagu dia . lirik dia memang sedih :)








ringkasan lagu ni (macam BM pulak) dia mengisahkan sorang gadis dulu dia bercinta dengan sorang lelaki (boyfriend) dulu dorang impikan hidup bersama tapi sayang lelaki tu hilangkan diri . tapi gadis tu berharap mungkin dalam kehidupan yang lain , mereka akan tetap bersama bersatu dan jadikan kenyatan semua janji2 mereka dulu . dalam lagu ni dia ceritakan balik waktu mereka bersama , dorang buat tatu yang sama waktu birthday si gadis tu tapi selepas mereka break up , ada orang cakap lelaki tu buang tatu tuh . sedih gadis tu . bagi dia , lelaki tu sangat bermakna lah bagi dia .
kenapa fazie cakap lagu ni ada kene mengena dengan perasaan fazie ? well biasalah adat bercinta , mesti ada perpisahan . siapa yang tak sedih . lagi2 berpisah dengan orang yang kita sayang sangat dan terpaksa terima hakikat yang dia bukan milik kita lagi . tapi mungkin kita boleh berangan dalam kehidupan lain kita boleh bersama ? mungkin dalam mimpi aje kot . hmmm -.-

oke tu jea fazie boleh tulis . fazie bukan pro mane pun . tapi lagu ni lirik dia memang sedih . tak sabar lak nak tunggu Official Music Video lagu ni , 11/11/11 . mesti sedih beb . kebetulan pulak sebab terlalu suka benar lagu ni , fazie guna blogskin yang namanye THE ONE THAT GOT AWAY , by Qay . unik kan ? hehe . memang ada kaitan lagu ni dengan blog fazie ni . oke lah tu jea . oke babai !

taggie :

Contest ' I'M PROUD TO BE A BLOGGER'



tengah malam ni nak post contest pulak . thanks to cik wawa kerana menjemput saya untuk join contest ini ^^
ini banner dia . smart gituu 


slogan :

saya berbangga menjadi sorang blogger kerana saya boleh berkongsi ilmu dan menulis adalah sebahagian daripada hobi saya :)
itu dah lebih 15 . tapi megikut perkiraan fazie , ayat tu tak termasuk dengan ayat yang diberi (yang berkaler merah tu) hehe pape jela . just try my luck :)

nak tag mereka ni :
oke done ! nak tidoooo . bubye ! have a good day :)

SPM is just around the corner -.-'



begini lah perasaan bila SPM semakin dekat . huwarghhh !
persediaan fazie boleh lah tahan . sekarang ni lebih kepada latih tubi . kadang2 rasa macam nak nangis pun ada sebab takut punya pasal . erghhh . apa kena lah dengan budak ni =.='

bila fazie tengah tension fazie bukak facebook , buka blog kesayangan ni and kadang2 usha BBB . actually fazie baru masuk BBB sebenarnya . tak sangka dorang tu begitu ramah and mesra alam . terharu sangat :')
LOVE YOUU BBB !

macam korang nampak , blog fazie pun dah beribu kali tukar baju and kali ni pakai background gelap (black) kalau rasa serabot , bagi tahu eh , nanti lepas SPM fazie tuka . buat masa ni , blog ni akan kekal jadi macam ni sampai 6 Disember iaitu pada tarikh terakhir SPM fazie . *hoh lambatnye kak jah oitt -.-'

fine fine ! ini kali terakhir post fazie . takde tapi2 lagi . it's time to study and study . ini pengorbanan fazie untuk masa depan fazie jugak . oke lah sudah , sampai sini je post kali ni . kalau panjang umur , kita berjumpa lagi . salam semuaa :) doakan fazie yea ! 


goodbye blogger :')

artis freemason .



hey guys . hari tu fazie jalan2 dekat youtube and then terjumpa pasal penipuan sejarah .
penipuan sejarah ?
rupanya pasal zaman batu tak pernah wujud . hoh . *selama ni kita di tipu hidup2 oleh buku teks sejarah ke ? ni nak serang bekas pengetua fazie ni . sebab dia yang buat buku sejarah tu .tapi buku teks form4 lah . nama dia Dr.Hjh Rosnanaini . hehe . sesuke hati je kau nak serang2 . nanti  ada yang kena saman .

sambung balik , zaman batu , paleolitik , mesolitik , neolitik dan logam tak pernah wujud pun . kita tertipu oleh teori Charles Darwin , alah yang teori dia kata kita semua ni dari beruk tu . nak tengok full pasal video tu ? tgk sini (take your time) :





amacam percaya ke tidak ? yang penting kita mestilah percaya kepada kitab al-Quran . kepada pelajar sekolah korang terpaksa lah baca sebab nanti korang kena jawab exam berdasarkan buku teks bukan video ni yea . 
sambungan video tu pulak (bahagian kedua) dia menjelaskan dari mana asalnya kepercayaan freemason ni atau pemujaan syaitan . korang tgk video ini pulak :
seram pulak rasanya lepas tengok video ni . rasa macam tak nak duduk dkat planet bumi ni lagi . bermacam2 helah yang dorang buat . 
oke , apa kaitan dengan artis freemason pulak ? macam korang tahu , biasanya artis Hollywood mestilah lebih famous kan ? nak tahu apa rahsia dorang cepat famous dan mempunyai peminat yang begitu ramai ?
jawapannya :


i sell my soul to the devil 

kenapa dorang buat macam tu ? ini kerana mahukan kemewahan dunia dengan cepat . mudah jea tak perlu nak susah payah sangat . siapa artis yang jual jiwa ? antaranya :
Justin Bieber , Beyonce , Lady Gaga , Katy Perry , Rihanna .

well korang just search dekat youtube.com and type Justin Bieber is Illuminati . confirm berlambak . korang tengok dan fikirkan . perlu ke kita support dorang ? ada yang sampai terlampau addicted dengan mereka . fazie pun pernah minat dengan Rihanna . malah semua lagu dia fazie hafal . tapi sejak dah tahu dia antara artis freemason , fazie dah seram sejuk . hishh apa lah nak jadi dengan dunia ni .terpulang dekat korang sama ada nak percaya atau tidak . fazie just share apa yang patut . tepuk dada tanya iman :)



Ya Allah selamatkanlah semua umat Islam daripada penipuan duniawi ini :)

di saat menunggu kedatangan SPM !

susah betul nak tahan nafsu berblogging . tapi hari ni nak post jugak . den tak kiro ! tapi yang bestnye ada orang rindu kite . haha


ntah sape la orang yang berkenaan tu kan . hehe . 

di saat menanti kedatangan SPM ni , fazie mesti lah kena study smart bukan study hard . di samping itu , (ceh macam penanda wacana karangan BM pulak) fazie pegi hang out pegi hilangkan stress belajar . firstly fazie pegi :

AFAMOSA WATER WORLD ! yeahhh :D

sambil2 tuh terserempak pulak dengan 2 orang artis . masyukk beb ! ini diaa 

OLIVIA LUBIS JENSEN (pelakon indonesia nih) 
p/s : muke fazie terpaksa ditutup sebab muke terlampau ecxcited . haha

KAMAL ADLI ! handsome giler dia bila tengok depan2 . cair fazie sekejap . hehek .
p/s : muke fazie kena tutup jugak . a big thanks to kak ninie . doodle kepunyaan dia :D

semalam pulak fazi dengan member2 yang lain pegi pantai bermandi manda sambil berkelah di tepi pantai ! seronok tak terkira . hilang tension gua kejap :))

makan jangan tak makan !

ingat nak buat istana pasir , tapi ni dah macam zigurat pulak . haha :D

ni dah nak balik . smart tak pose ni ? 

walaupun kami pegi bergumbira , belajar kami tak lupa tao . lepas ni mungkin fazie akan lebih busy yela cuma menghitung hari jea nak SPM . adusss cepatlah habis , boleh lah dapat berblogging lame2 macam dulu . 
sekian jea post kali ni . lepas SPM baru fazie post lagi oke ? 

sekian dari fazie , babai semua . peace yo !