Rancangan Realiti Tv yang mana pilihan korang ?

heyyo . kali ni rasa nak luahkan apa yang tersimpan di lubuk hati nih . seperti yang korang nampak dekat tajuk tuh , fazie nak buat entri sentap-sentap boleh ? hehe

sekarang nih bermacam-macam realiti tv dekat Malaysia ni kan ? but most of them is

mencari bakat nyanyian !

sebut jelah AKADEMI FANTASIA , MENTOR , BINTANG RTM , GANGSTAR dan bermacam lagi lah mesti korang tahu kan . malah makcik2 dekat rumah tu pun join sekaki tengok program realiti tv nih . sampai tak miss lah Diari Akademi Fantasia tuh . hehe . luckily lah , Akademi Fantasia sudah habis , takde lah musim yang ke 100 :)

tapi cuba korang fikir , kebanyakannya yang berbakat memang akan terus bersinar dengan bintang gemerlapan gitu . malah megah berdiri di pentas dunia dan di kenali ramai . kalau macam tu bagus lah teruskan usaha anda untuk memajukan lagi industri seni tanah air :)

yang fazie nak sentapkan hati korang ialah bakat yang tak berapa nak menonjol . still jugak dapat join program realiti ni . tapi sayang lah , famous yang sementara sahaja . kesian . mereka memang dapat undian untuk teruskan perjalanan seni mereka tetapi malangnya bakat tak lah seberapa , hanya rupa jadi pujaan ramai . rasa2 korang best tak kalau macam tu ? fikir-fikirkan lah .

kadang2 rasa macam nak complaint pun ada , yelaa pada usia muda lagi dah buat rancangan realiti tv mencari bakat yang terpendam untuk kanak-kanak . (tangan di dada mata ke atas) apa salah nya kita kurangkan rancangan sebegini atau lebih afdal tak payah lah nak susah-susah buang duit buat rancangan ni . sebaliknya kita dermakan duit tu kepada yang lebih memerlukan . lebih baik kan ? atau lebih baik lagi wujudkan program Akademi Al-Quran versi kanak-kanak . baru hebat !

buat masa ni , fazie dah memang tahap kemalasan yang paling maksimum nak tengok program realiti tv especially pasal nyanyian nih . bosan lah wehh ! tapi kalau yang ni , fazie memang support :




program ni akak saya nak masuk , tapi dia malu2 kucing pulak . hihik :D


tapi fazie tak puas hati pulak dengan satu progam baru nih . iaitu , jeng jeng jeng :



korang tahu tak , program nih macam seakan sama dengan program realiti yang baru fazie nak layan . tengok lah dekat AXN .



apa yang buat fazie tertarik dengan program nih mereka mencari bakat yang di pilih oleh 4 orang juri iaitu Christina Aguilera ,  Cee Lo , Adam Levine dan Blake Shelton . mereka hanya mendengar suara peserta tanpa memandang peserta , iaitu blind audition . juri di beri masa seminit untuk memilih peserta yang mereka mahu . setiap peserta yang dipilih oleh juri , juri tersebut akan menjadi mentor mereka . menarik bukan ? bakat-bakat mereka di sana bukan calang-calang , hebat-hebat belaka . tapi bila tengok iklan dekat tv3 pasal program VOKAL tu , macam lebih kurang sama . tapi fazie tak tahu lah format program dia macam mana kan . kita tunggu dan lihat peserta macam mana mereka pilih . adakah mereka ada rupa atau tidak ? yeahh , kita tengok nanti .

nota kepala :
fazie bukan nak judge sangatlah , tapi kadang-kadang rasa muak dengan program-program sebegini . kalau yang ada bakat , teruskanlah tapi bagi yang kureng tu , baik tak payah lah . bukan nak lunturkan semangat sesiapa , cuba tanya diri sendiri korang nak kejar glamor atau dot dot dot . tepuk dada tanya iman :) apalah sangat budak tak pas SPM nih sibuk nak cerita pasal ni ? fazie cuma luahkan pendapat sahaja . harap maklum . sekian , terima kasih kerana sudi membaca :)

16 nak glemer:

halidaRahman said...

lepas tu, kalau program realiti yg muda2, kebyakan penonton from golongan veterian. tp if program agama, remaja2 pulak yg ramai. dunia terbalik. :(

Shaidatul Aireen said...

saya suka the voice tuu owhh . tapi selalu tlepas nak tengok . :) . maharajalawak pun best .

miszfazierra said...

@halidaRahman
betul jugak tuh .

miszfazierra said...

@Shaidatul Aireen
same lah kite , slalu miss jugak :D

kura said...

febret tu akedemi al-quran. cewah! dan dan. heheh

miszfazierra said...

@kura
hehe ye ye jea kura nih :D

Puan Kutu said...

kadang tak smpt lgsung nak tgok sedar2 dah habis.setujulah byk sgt realiti nyanyian skang nie...

Han Hanan said...

fazie,betull tu.hanan memang benci dengan director Malaysia..COPYCATS!!! dorang tiru The Voice,Top Chef etc..Muak tengok :(.Orang american lagi pandai :(

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuhu,,,entry yang menarik lah,,baca panjang panjang pun tak jemu :)

syahirooAhmad said...

skrang ni orang kat luar tu dah mula sedar. rancangan realiti tv nih dah lapok. satu pembaziran dok sms, melalaikan.. that y banyak yang dah bungkus...

ade2mama said...

the voice bt mse skrg ny heheeh
sbb dorg nyanyi best..
malaysia puyer..hampeh:p
staun jew xthan..pastu xglamor da lalaal

miszfazierra said...

@Puan Kutu
mmg byk , kdg2 dah mlas nak tgk

miszfazierra said...

@Han Hanan
mungkin kekuranga idea kot , sbb tu jadi copycat jea :)

miszfazierra said...

@yen(toka ziizokukuto)
thanks yaa :)

miszfazierra said...

@syahirooAhmad
tuh lah , kan membazir namenye :)

miszfazierra said...

@ade2mama
sbb dorang tu takde bakat :)