akhirnya setelah setengah hari menjawab kertas
Additional Mathematics telah pun berakhir . esok berperang dengan
Prinsip Perakaunan pulak . yeahh . i like ! exam tadi kan , fazie pandang kertas tuh . kertas tuh pandang fazie balik . HAHA . pakar add math lah katakan ...
semasa perjalanan balik tadi , ingat nak buat kenduri dekat makcik jual kopok lekor . tengah2 jalan tuh , ada pulak orang luar bergaduh dengan BUDAK PERASAN GANGSTER sekolah fazie . aishh .
nasib baik tak berdebik tadi , kalau tak fazie hempuk dorang dengan batang penyapu . *amboi bukan main minah ni . tapi part yang paling best tadi , siap dorang panggil ABANG BESAR dorang , ajak bergaduh sekali . sengal betul mamat tu , malang siapa jadi bini kau .
yang fazie tak puas hati nih , kenapa lelaki nih suke sangat bergaduh ? kadang2 sebab benda kecik jadi masalah besar sampai nak hentak kepala anak orang . weii der ! jangan ingat lu lepas dekat dunia nih , seksaan akhirat lebih dasyat dari lu hentak2 kepala anak orang . silap2 lu kencing dalam seluar . HAHA .
Lu bantai anak orang apa yang lu dapat ? kasi tao sama gua ? dapat pangkat doktor ? piala thomas ? atau pun dapat bermegah sambil buat hidung kembang kempis depan orang ramai ? seronok ke ? kalau lu dapat markah A+ dalam Additional Mathematics , baru wa join sekaki . hihik .
sebaiknya , jangan biarkan ego anda menguasai diri . ia akan lebih memudaratkan . sebaliknya kalau kita ada masalah cuba bawak berbincang di meja bulat . baru aman dunia ni . tak payah habiskan duit bayar bil hospital . kepada murid-murid sekolah yang masih mentah , jangan lah libatkan diri dalam gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan . ingatlah ibubapa kita sebelum kita melakukan sesuatu :)
ini baru gangter betul ! layannn ~