malas nak update , tapi nak update jugak



sejak dah habis trial nih , fazie rasa macam takde semangat nak berblogging nih . kemalasa tahap dewa nih . rasa nak stop blogging pun ada . boleh tak kalau fazie stop ? tak guna jugak kalau follower ramai tapi takde reader yang setia ? betul tak ?

well since fazie dah boring berblogging , fazie dah asyik leka dengan game di bawah ini


kalau korang join game ni dekat facebook , jangan lupa add neighbour k ? HAHA :D

k lah , actually fazie tak tahu nak update ape , tu yang mengarut pasal benda alah ni . 

weii korang boleh tak fazie stop blogging ?

ketagihah yang melampau



hari ni dengan rasminya telah tamat Peperiksaan Percubaan SPM untuk pelajar 5(PA) Al-Radzi di SMK Seri Pengkalan . fuhhh ! setelah penat memerah otak , akhirnya habis jugak . tapi tak boleh nak relax sangat lah , SPM is coming ! ohh goshh -.-

well , since trial dah habis ingat nak godek2 lappy ni lama2 sikit . edit blog , oline , edit picture using photoshop . but somehow benda2 ni bila dah suka buat kita boleh jadi ketagih like hidu gam . HAHA ^^
masalah fazie sekarang ni , bila fazie dah online susah sangat nak stop walaupun kadang-kadang sanggup tahan lapar dan sanggup tahan nak kincing macam fazie tengah alami sekarang nih ^^

tiba2 teringat pulak kata2 cikgu fazie , dia bagitahu last year ada pelajar SPM sekolah fazie sendiri , ada sorang mamat ni , dia memang bagus dalam akademik but since dia asyik leka dengan bermain game iaitu DOOOOTAAAAA , beliau mengalami ketagihan yang melampau sampai sanggup tak tido . kemudian , keputusan exam terus jatuh . teruk sangat2 bak kata cikgu . dia jugak mengalami tekanan sebab dia dah tak boleh nak focus belajar dek kerana asyik menghadap lappy 24 hours non stop . haha gilak -.-'

rasa2 nya fazie ada rasa tempiasnya . sekarang belajar pun tak dapat nak focus sangat . perghh takot nak SPM nih ! korang ada tips tak nak hilangkan ketagihan yag melampau nih ? kalau ada kongsi lah sama i boboi  :)

meh cuba blockquote baru fazie . awesome tak ? hehe :p

hey abang gangster , fight sama abang besar lah !

akhirnya setelah setengah hari menjawab kertas Additional Mathematics telah pun berakhir . esok berperang dengan Prinsip Perakaunan pulak . yeahh . i like ! exam tadi kan , fazie pandang kertas tuh . kertas tuh pandang fazie balik . HAHA . pakar add math lah katakan ...

semasa perjalanan balik tadi , ingat nak buat kenduri dekat makcik jual kopok lekor . tengah2 jalan tuh , ada pulak orang luar bergaduh dengan BUDAK PERASAN GANGSTER sekolah fazie . aishh . 
nasib baik tak berdebik tadi , kalau tak fazie hempuk dorang dengan batang penyapu . *amboi bukan main minah ni . tapi part yang paling best tadi , siap dorang panggil ABANG BESAR dorang , ajak bergaduh sekali . sengal betul mamat tu , malang siapa jadi bini kau . 

yang fazie tak puas hati nih , kenapa lelaki nih suke sangat bergaduh ? kadang2 sebab benda kecik jadi masalah besar sampai nak hentak kepala anak orang . weii der ! jangan ingat lu lepas dekat dunia nih , seksaan akhirat lebih dasyat dari lu hentak2 kepala anak orang . silap2 lu kencing dalam seluar . HAHA .

Lu bantai anak orang apa yang lu dapat ? kasi tao sama gua ? dapat pangkat doktor ? piala thomas ? atau pun dapat bermegah sambil buat hidung kembang kempis depan orang ramai ? seronok ke ? kalau lu dapat markah A+ dalam Additional Mathematics , baru wa join sekaki . hihik .

sebaiknya , jangan biarkan ego anda menguasai diri . ia akan lebih memudaratkan . sebaliknya kalau kita ada masalah cuba bawak berbincang di meja bulat . baru aman dunia ni . tak payah habiskan duit bayar bil hospital . kepada murid-murid sekolah yang masih mentah , jangan lah libatkan diri dalam gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan . ingatlah ibubapa kita sebelum kita melakukan sesuatu :)

ini baru gangter betul ! layannn ~




WORDLESS WEDNESDAY #5 - Extreme Exam Script


kalau fazie jawab exam macam ni mesti kena maki hamun dengan cikgu :p

Rancangan Realiti Tv yang mana pilihan korang ?

heyyo . kali ni rasa nak luahkan apa yang tersimpan di lubuk hati nih . seperti yang korang nampak dekat tajuk tuh , fazie nak buat entri sentap-sentap boleh ? hehe

sekarang nih bermacam-macam realiti tv dekat Malaysia ni kan ? but most of them is

mencari bakat nyanyian !

sebut jelah AKADEMI FANTASIA , MENTOR , BINTANG RTM , GANGSTAR dan bermacam lagi lah mesti korang tahu kan . malah makcik2 dekat rumah tu pun join sekaki tengok program realiti tv nih . sampai tak miss lah Diari Akademi Fantasia tuh . hehe . luckily lah , Akademi Fantasia sudah habis , takde lah musim yang ke 100 :)

tapi cuba korang fikir , kebanyakannya yang berbakat memang akan terus bersinar dengan bintang gemerlapan gitu . malah megah berdiri di pentas dunia dan di kenali ramai . kalau macam tu bagus lah teruskan usaha anda untuk memajukan lagi industri seni tanah air :)

yang fazie nak sentapkan hati korang ialah bakat yang tak berapa nak menonjol . still jugak dapat join program realiti ni . tapi sayang lah , famous yang sementara sahaja . kesian . mereka memang dapat undian untuk teruskan perjalanan seni mereka tetapi malangnya bakat tak lah seberapa , hanya rupa jadi pujaan ramai . rasa2 korang best tak kalau macam tu ? fikir-fikirkan lah .

kadang2 rasa macam nak complaint pun ada , yelaa pada usia muda lagi dah buat rancangan realiti tv mencari bakat yang terpendam untuk kanak-kanak . (tangan di dada mata ke atas) apa salah nya kita kurangkan rancangan sebegini atau lebih afdal tak payah lah nak susah-susah buang duit buat rancangan ni . sebaliknya kita dermakan duit tu kepada yang lebih memerlukan . lebih baik kan ? atau lebih baik lagi wujudkan program Akademi Al-Quran versi kanak-kanak . baru hebat !

buat masa ni , fazie dah memang tahap kemalasan yang paling maksimum nak tengok program realiti tv especially pasal nyanyian nih . bosan lah wehh ! tapi kalau yang ni , fazie memang support :




program ni akak saya nak masuk , tapi dia malu2 kucing pulak . hihik :D


tapi fazie tak puas hati pulak dengan satu progam baru nih . iaitu , jeng jeng jeng :



korang tahu tak , program nih macam seakan sama dengan program realiti yang baru fazie nak layan . tengok lah dekat AXN .



apa yang buat fazie tertarik dengan program nih mereka mencari bakat yang di pilih oleh 4 orang juri iaitu Christina Aguilera ,  Cee Lo , Adam Levine dan Blake Shelton . mereka hanya mendengar suara peserta tanpa memandang peserta , iaitu blind audition . juri di beri masa seminit untuk memilih peserta yang mereka mahu . setiap peserta yang dipilih oleh juri , juri tersebut akan menjadi mentor mereka . menarik bukan ? bakat-bakat mereka di sana bukan calang-calang , hebat-hebat belaka . tapi bila tengok iklan dekat tv3 pasal program VOKAL tu , macam lebih kurang sama . tapi fazie tak tahu lah format program dia macam mana kan . kita tunggu dan lihat peserta macam mana mereka pilih . adakah mereka ada rupa atau tidak ? yeahh , kita tengok nanti .

nota kepala :
fazie bukan nak judge sangatlah , tapi kadang-kadang rasa muak dengan program-program sebegini . kalau yang ada bakat , teruskanlah tapi bagi yang kureng tu , baik tak payah lah . bukan nak lunturkan semangat sesiapa , cuba tanya diri sendiri korang nak kejar glamor atau dot dot dot . tepuk dada tanya iman :) apalah sangat budak tak pas SPM nih sibuk nak cerita pasal ni ? fazie cuma luahkan pendapat sahaja . harap maklum . sekian , terima kasih kerana sudi membaca :)

Segmen : Aku Mahu Readers Setia !



oleh kerana hari ini kelas fazie ada pengecualian daripada menjawab peperiksaan oleh itu fazie buat cuti sendiri . HAHA . daripada tak tahu nak buat apa , jadi fazie nak buat satu segmen yang di tag oleh akak kesayangan saya iaitu kak ieqah . meh tekan banner dia lelaju



special sikit segmen kali ni . dia nak readers yang setia . perghh , kalau dapat tu , boleh jadi blogger yang femes sekejap . betul ke ? emmm entah lah . hihik .

tuan punya segmen nih nak kita tayang entri2 kita dulu2 . ni jea entri yang paling ok bagi fazie . meh kita imbas kembali.....

 entri tu jea paling best bagi fazie , tak tahu lah bagi korang pulak :)

oleh kerana itu fazie nak tag mereka nih :

tagged

super duper new look :)

my gossip girl Leighton Meester and Blake Lively


hari ni rasa happy giler2 . nampak kan sikit perubahan blog ni . ade lah ciri matang and gegirlnyaa . hehe .

Header
fully design by awesome blogger , Nurhusna Syabani Hamzah . ingatkan dia tak sudi terima tempahan fazie , rupanya dia baik hati sangat :) usiklah header tuh tengok dia gerak tak ? hihik

The Song
lagu blog pun nak Glamorous jugak . biasalah kena ikut tema kan ? :)

Background
fully credit to Lettha :) rasanya background kali ni lebih matang sikit kan ? hee

Tutorial
fazie tengok tutorial yang awesome daripada MEREKA . confirm blog korang akan super duper cute . HAHA ^^


 a big clap to them . kalau mereka ni takde , confirm blog ni tak wujud dan tak secantik seperti sekarang . *cantik lah sangat . vomit =.='

esok nak cuti sendiri sebab esok kelas fazie takde paper . semua dah komplot tak mau datang , nakal betul kami nih . HAHA .

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS

nak join satu segmen nih . lai lai lai . jom join kalau nak naikkan follower korang sambil2 tuh boleh carik jodoh . hihik . thanks Aimie Diyana cuz invite saya dekat shoutbox . weeee :D

nah tekan banner ni lelaju kalau nak join .


taggie :

di sebalik burung

hai ! untuk minggu ni exam fazie dah setel . tapi minggu depan ade lagi . haiyoo . lama betul rasanya . esok hari Malaysia kan ? mesti lah cuti . tapi fazie cuti 4 hari sebab hari Isnin fazie takde paper . yahuuu !

ape masalah dengan tajuk entri fazie nih ? hehe . jom baca satt hilangkan urat tegang dekat kepala tuh :)

di sebalik BURUNG....



  • bila sebut jea pasal perkataan burung , ada yang kaitkan dengan benda2 lucah . betul tak ? jangan nak tipu . sedangkan di dalam ilmu sains tiada satu pun organ badan manusia yang berbentuk seperti burung
  • burung tidak pernah memenangi mana2 pertandingan nyanyian yang memerlukan undian SMS ataupun juri tetap , seperti mana yang didakwa bahawa burung mempunyai suara yang lunak dan merdu
  • tanpa memerlukan diploma dalam bidang pembinaan dan tak perlu mengimport burung dari luar , seekor burung mampu membuat sarangnya sendiri. tidak seperti manusia , belajar pandai2 , makan rasuah akhirnya runtuh bangunan yang dibina
  • makanan kegemaran seekor burung adalah cacing tapi belum pernah terdengar lagi burung di masukkan ke hospital akibat permasalahan cacing kerawit di dalam perut
  • walaupun burung bergerak melalui cara terbang ke sini sana , akan tetapi tiada siapa berani naik di atas burung dan buat terjunan payung terjun
  • dahulunya burung dijadikan sebagai penghantar sesuatu pesanan tapi sekarang khidmat itu diambil alih oleh posmen.... mungkin hanya kerana burung tidak pandai membawa motor 

sekadar gurauan semata-mata . jangan marah yea cik abang dan cik adik :)

kredit : Majalah Ujang

exam mood :)

saya sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM .
di harapkan kepada semua doakan saya boleh jawab exam ni eh .
thanks :)


opss , sorii kalau tak sempat balas kunjungan korang , insyaallah kalau ada masa fazie balas oke ?


alhamdulillah fazie menang contest lagi :)

hai semua ! rasa excited bebenor bila fazie dapat tahu yang fazie dah menang contest kak aisyah kite . seronok weii ! fazie dapat no.5 ! no.5 ? macam kedudukan blog sekolah fazie jek ? kebetulan betul !

korang nak tahu contest apa yang fazie masuk ? click sini

hadiah dia ?
layak dapat 1 lebeaumonde's accessories :)


seronok sangat . alhamdulillah , rezeki fazie kan . thanks bebanyak kak aisyah pilih saya sebagai pemenang walaupun entri saya tu tak seberapa mana pun . hehe .


kita dapat doodle sebijik ! comel dolly tu tao . jangan jeles ! hehe . ini diaaaa :



jangan curik . nanti fazie report kat polis . 

masih dalam proses nak buat apa dengan dolly comel lote nih . kenapa pilih dolly warna hitam ? macam korang tahu , fazie nih addicted kaler pink , tapi kalau dekat luar , dress up fazie selalu warna hitam . tu lah sebabnye fazie pilih kaler hitam .

nota cinta :
hari isnin nih , fazie dah trial SPM . doakan fazie yea semua ! 
blog ni akan dibiarkan selama 3 minggu . 
sekian :)

doodle princess fazie !

hari ni fazie tak dapat pegi sekolah sebab demam and dot dot dot ... bangun2 dah pukul 11 lebih . agak melampau , mentang2 lah tak pegi sekolah tadi .

dengan mengesat air mata , fazie rasa terharu sangat sebab ada orang yang sudi buatkan doodle untuk fazie . seronok wehh ! comel jea doodle tu macam saya . hihik *perasan sudaa . ini diaa doodlenyeee !


comelkan ? hihik .

terima kasih bebanyak kepada cik ninie kita sebab sudi buatkan doodle yang special untuk fazie . korang jangan nak curik eh ! tengok ada nama fazie dekat situ . jangan nak gatal2 tangan tu k ! hehe .

fazie dapat tahu doodle ni dari blog seseorang tuh . cik ninie buatkan doodle dark vader untuk dia . so , fazie pun saje nak mencelah mane tao dapat ke . rupanya dapat jugak . terima kasih sekali lagi untuk cik ninie yang baik hati :)

pasni nak buat header baru lah . nak pakai doodle ni boleh ? hehe .

nota kaki :
fazie dah tahu keputusan pertandingan blog .
sekolah fazie dapat no.5 . sedih lah :(
dapat lah sebijik pendrive dengan sijil sebagai hadiah .
oke lah tu kan ?


korang nak kahwin tak ?

sumber : incik gugel


hai , hello . tangan ni dah cukup gatal nak buat entri baru walaupun trial SPM dah semakin menghampiri . terasa macam malaikat maut nak cabot nyawa fazie nih . punyelah seram wei !

oke straight to the point . entri ini kepada semua kaum Adam atau lebih mesra dengan panggilan lelaki :D
korang nak kahwin ? mesti lah nak kan . korang mesti tahu kan lafaz akad nikah camne . ini contohnye :


" aku terima nikahnya si dia binti si ayah dengan mas kahwinnya 
RM..."


nampak macam mudah jea kan ? tapi tak tahu lah kalau ada orang yang gugup sampai kena ulang 10 kali . itu memang tak dapat nak tolong lah . tolong tengok dan gelakkan boleh . korang nak tahu maksud di sebalik lafaz akad nikah ni ? ini diaaaa :

"aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosanya yang dia lakukan, dari dedah aurat hingga ke tinggal solatnya, aku tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. kalau aku gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku..."

amacam ? ada bran tak ? tepuk dada tanya iman ...

nota cinta :
WAHAI KAUM ADAM... Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu , bawalah dia ke jalan Allah. Nasihatlah dia. Perbetulkan kesilapannya. Jagalah dia dengan baik. Kasihanilah dia. Lindungilah dia. Berilah kasih sayang padanya. Hargailah dia. Ucapkan terima kasih atas kelebihannya. Bersabar dengannya.  Terimalah & cintailah kekurangannya. Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya :)

alahai raya aku !

hai ! lama suda fazie tak update blog tercinta ni . sori lah agak busy sedikit . al maklumlah hari raya kan ? haha , yoyo jek .

nak tengok ke pic raya den ? nak amik lah . tak banyak pun .



with my cousin . di pagi hari . mana satu fazie yek ? hehe


bila anak dara melaram di pagi hari . haha .

esok dah kena pegi sekolah balik . ishh tahap kemalasan dah meningkat ni . semalam dah puas beraya dengan member , balik2 terus demam . adoii . nasib2 . next week dah Percubaan SPM ! mama ! tolong ! tak study sangat nih . aiyok . 

okelah , berkemungkinan besar blog ni akan bersawang dengan sarang labah2 . doakan fazie boleh jawab untuk trial nanti k ? goodbye evelibodi . i lapp youu ! muahh . hihi . k bai .