contest photo paling kawai

hi hi hi . hari ni dua post pulak fazie buat . tapi ni fazie terasa nak join contest pulak . contest ape ? nah ini banner dia


mari lah kita beramai2 join contest Mr. Domo ni . ini contest pertama dia . bagi lah support yea . hadiah dia pun lumayan jugak . untuk maklumat lanjut , sila click banner tu yea kawan2 . hihi

ini dia picture fazie . 


ini baju raya tahun lepas tao . simple2 jea . asyik2 pic ni kan ? sorii lah fazie takde pic lain yang pakai baju raya . ini pun masa fazie pegi johor pakcik saya yang 'cool' tu kahwin . hihi . skema punye ayat .


on the way nak pegi Johor . dalam kete . hihi .

taggie :
oke done !

sedihnyee !


hai ! fazie dah tak tahu nak post ape lagi dekat blog tersayang ni . tapi nak cerita something hot lah .

pagi tadi akak fazie ada beli surat khabar Metro Ahad . tajuk muka depan dia memang sedih . 

Hero Harimau Malaya nafi angkara orang ketiga  
PUTUS TUNANG

korang tahu tak sapa hero malaya tu ? Apex atau Khairul Fahmi Che Mat . walawehh . seriously memang tak sangka . sebab fazie salah seorang peminat incik apek dan silent reader of blog kak Elia iaitu jejari runcing

lagipun memang dah lama fazie tak singgah blog kak elia tuh , tahu2 jea fazie terbaca berita mereka putus tunang . mana tak terkejut .

tapi di harapkan mereka banyakkan bersabar . setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya . korang pulak jangan pandai2 buat cerita yang tak manis . cuba korang dalam situasi mereka , apa agaknya korang rasa yea ?

sementara itu , fazie nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia . manfaatkanlah sebaik mungkin Ramadhan kali ni , mungkin ini Ramadhan terakhir kita . mana tahu kan ? wallahualam .

ada lagi ke kisah dongeng zaman sekarang ni ?



emm hi korang . kalau rasa nak baca teruskan , kalau tak nak takpe fazie tak kesah . btw , thanks sebab sudi singgah blog fazie yang tak seberapa ni .

tak tahu kenapa lately ni rasa sedih fazie makin menjadi-jadi . kadang2 rasa dunia ni tak adil . hurmm . fazie ade 5 orang kawan baik . tapi , fazie dah kehilangan seorang kawan baik fazie yang dulunya selalu buat fazie ketawa sampai sakit2 mulut ni tak berhenti ketawa . tapi sekarang dia dah anggap fazie cuma kawan biasa jea sejak perkara tu . fazie dah tersalah langkah . kami terus tak bertegur dalam beberapa minggu . rasa berdosa sangat . tapi sekarang dah oke , cuma dah tak serapat dulu :(

daripada menjadi seorang kawan , lahir perasaan cinta .
tu yang dah jadi dengan dua orang kawan baik fazie . dulunya kami memang selalu lepak sama2 , bergurau , kongsi cerita sedih sama2 . tapi sekarang dah lain . tao2 jea lah kan , bila dah mula suke seseorang , semua benda dorang buat sama2 jek . orang lain dia tak peduli sangat . kecik hati ouhh . bayangkan , bila korang tengah lepak sama2 nak cerita sesuatu , dia tak peduli sangat pun . malah , pandang pun tak . hurmm oke fine 

masing2 dengan pasangan masing2 . fazie sorang jea tak berteman . macam kejam jea dunia ni . fazie pun nak bahagia jugak macam dorang . tapi apakan daya , saat mereka semua bahagia , cuma fazie sorang yang terpinggir . ingatkan hidup single ni boleh lah happy dengan kawan2 , malah sebaliknya . takpe lah fazie , ini ujian hidup . ada saatnya kita berada di atas , ada saatnya kita berada di bawah . hidup ni macam roda . fazie terima dengan redha dan ikhlas . 

terima kasih sebab sudi baca . maafkan saya jika terkasar bahasa atau menyakiti hati anda . sesungguhnya saya tak sempurna . ini cuma luahan hati saya yang terluka :)

love this song . memang sesuai sangat :)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

persoalan :
ada lagi ke kisah dongeng zaman sekarang ni ?

aku penakut

lagu ni memang kena dengan situasi fazie sekarang . arghh !

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku





especially for MR. AM

kenangan yang terindah ! hari koku 2011 :)

nak tayang pic lah . ini kenangan yang paling bermakna buat seluruh warga 5 (PA) Al-Radzi .

ini dia gerai kami


pembuat aiskrim profesional 

pembuat milkshake yang ceria 

on the way nak shake shake !

milkshake special punyee

ini milkshake perisa cokelat 

nak cedok aiskrim sampai tertonggeng2

rojak girl ! 

bang bang ! 

ini jual aiskrim ke jual hati ?

bercinta dgn tiang jek :D


sempat tuh 
orang kuat gerai 5e2 !

ini baju kelas kami ! nak pakai tak boleh -.-

baju kami cantek kan ? hehe

kami menang ! GERAI PALING TERCANTIK DAN TERBAIK !

behind the scene 
seronok plus penatt ! tapi tak mengapa lah , ini semua antara kenangan yang terindah dalam hidup fazie :) love youu guys 5 (PA) Al-Radzi ! esok cutii tapi kena pegi sekolah sebab nak bahagi hadiah . yeahh !

WORDLESS WEDNESDAY #2 - BASKON RUBBIN !

esok , fazie kena jual aiskrim dengan semua member2 5(PA) Al-Radzi sempena hari kokurikulum .


totally design by miszfazierra . haha . kelakar jek :D
kalau nak beli , meh datang esok dekat sekolah fazie . hihi 

saya nak tshirt DOMOKUN !

hey hey . hari ni rasa nak join satu GA sebab di tag oleh kak ieqah :) oke fazie nak tepek banner


kalau nak join tekan jea banner tu yea .

sebab ape fazie nak tshirt domokun ni ?

fazie suke tengok domo ni sebab dia cutee . teringat dulu masa mula2 tengok cite domo ni dekat ntv7 . dulu kan kawan fazie pernah cakap yang dia nak bagi domo ni sebagai hadiah hari jadi masa hari jadi fazie hari tuu . tapi tak kesampaian . ada sedikit konflik . *bukan cornflakes yea . tapi takpe lah orang tak sudi nak bagi nak buat camne . gigit jari jelaa bila orang lain asyik tunjuk patung domo dorang . huwaa sedihnyee :'(

harap2 kali ni dapat lah tshirt domo ni . kalau tak dapat jugak , takde rezeki kan nak buat camne .

taggie

takeover by MIZZ NINA !

hello eartlings ! semalam fazie tak dapat online . tension . sehari tak online rasa tak bernyawa pulak . haha . nak online benda ni yang keluar
no internet access 

mane tak bengang . oke2 ni dah keluar tajuk . korang nampak kan tajuk entri fazie kali ni ? sekarang ni fazie dah ketagih nak dengar lagu TAKEOVER BY MIZZ NINA .

apa yang special sangat dengan lagu ni yea ? mana taknye , miss beautiful ni iaitu MIZZ NINA featuring FLO RIDA ! awesome giler . 


sekarang ni rasa artis kita dah setaraf artis antarabangsa pulak . korang tahu kan dulu Mizz Nina pernah keluarkan single hit beliau iaitu What Are You Waiting For ft Colby O'Donis , sekarang ni Take Over pulak ft Flo Rida . bangganya dengan pencapaian cik nina kita ni :D

meh dengar lagu dia kalau korang belum dengar



nak jadi macam MIZZ NINA boleh ? tapi versi MISZ FAZIE .
introducing MISZ FAZIE featuring PARAMORE. haha berangan jea lebih minah ni :D

my nose bleeding !

alalalo cumelnyaaa . mcm kucing fazie :D
hi. how are you? 
macam virus dekat efbee lah pulak . hihi .
pagi tadi , macam biasa fazie bangun siap2 nak pegi sekolah . tiba2 . haacummm!
mak oii , bersin pulak . ambik tisu lap tapi ...... ada darah .
ohh tidak ! hidung fazie berdarah ! takot jugak di buatnya . masa tu , hidung dah rasa panas semacam . errr kenapa dengan fazie ni ? tapi nasib baiklah tak teruk mana .

mak fazie pesan , kalau hidung berdarah lagi , letak air dekat kepala dan dongakkan kepala . tapi alhamdulillah dekat sekolah tadi , hidung fazie tak berdarah pun cuma rasa panas sikit .

dekat sekolah fazie ada tanya pendapat kawan fazie sebab apa hidung kita berdarah ? ini antara jawapan mereka :

  • mungkin kau nak demam kot ?
  • hidung luka eh ?
  • sebab penyakit2 tertentu rasanya .
itu pendapat dorang lah . mereka bakal jadi akauntan je , bukan bakal pakar doktor bedah . so fazie balik nak cari info tentang sebab hidung berdarah ni

Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus
HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah. 

Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.
Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komp
likasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain. 



Jelas Dr Raymond, ada kala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol


“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya. 


Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis). 


Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?
  • Picit bahagian bawah hidung
  • Tekan hingga terasa tulang muka
  • Mendongak dengan kepala menegak.
  • Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
  • Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
  • Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.
tu info yang korang kena tahu . manalah tahu kot2 ada orang sekeliling mengalami simptom ni atau korang pulak yang kena . manalah tahu kan . oke ini jea fazie dapat share dengan korang . akhir kata , jagalah kesihatan anda selalu ! sekian :)


fazie menang contest I ♥ Blogging !

whoot whoot ! hello guys ! gumbiranya fazie hari ni sebab fazie menang contest  i ♥ blogging . seriously tak sangka sangat . entri pasal contest tu tak lah sehebat mana . nak tengok ke entri tu ? klik sini  


tengok2 kat shoutbox ade macam ni



ape lagi , usha lah link yang diberi nak  tahu fazie dapat tempat ke berapa . 


terharunya ! (kesat2 air mata) 
terima kasih kepada penganjur contest ni iaitu Achik Syida kerana sudi memilih fazie untuk tempat ketiga . first time ouhh dapat menang contest :D

tak lupa jugak kepada kak ieqah dan ifwat yang sudi komen entri fazie time tu . terima kasih banyak2 :)

hadiahnya topap . memang lumayan . hehe 

Lawak 5E2 !

hello earthlings ! nak tayang lukisan hasil karya kawan baik saya iaitu Muhd Akmal Abu Hassan . sambil2 tuh korang boleh release tension . oke jom tengok ! (maaf jika tulisan kurang jelas , pakai kanta pembesar yea . hehe)


watak fazie ade ! hehe :D




amacam ? best tak komik hasil karya kawan fazie ni ? kalau tak faham , cuba fahamkanlah yea . watak2 dalam cerita ni pun budak2 kelas fazie dan cikgu2 kami . any comments ? 



WORDLESS WEDNESDAY #1 - RUN FOR YOUR LIFE !

hari ni masuk explorace , so fazie berlari macam ni


confirm kena bahan dengan member esok . lari tak pandang kiri kanan . penat ouhh -.-'

contest shawl dan aku !

hello earthlings ! nampak fazie masuk contest lagi ? muahahaha . takde keje punye pasal dan ini satu jemputan dari yuhuu kayangan  



kalau korang nak join pegi picit banner di atas ini yea .

oke ini pic yang aku pertaruhkan . 

simple jea , sebab fazie tak reti sangat pakai shawl (shawl ke ni ?) ini pun bestie fazie yang ajar waktu program peningkatan ilmu dekat Tanjung Bidara dulu .

bersama incik cili . buruk gila pic ni -.- 

ini baru shawl kan ? hehe . nak letak pic ni jugak . syarat dia jugak ada tulis , boleh letak byk2 pic . tp takkan nak letak sejuta lemon pulak ? 2 cukup lah yea :D
kepada kaum hawa , marilah kita bersama2 memeriahkan lagi contest ni . hadiahnya berkaitan dengan Hari Raya nanti . wow , masyuk lah kalau siapa dapat .

oke i'm done . maaflah kalau gambar saya ni tak berapa nak cantik :)

lagi satu pic nak menyelit .

was taken by emmeliya . waktu SUKMA 2010 di Melaka ! joget arab bersama incik loyang . mcm nenek sihir pun ada . juri , pic ni tak termasuk dalam contest yea . saje2 jea masuk dalam post entri ni :D

YOU :')





you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.


nak berjiwang pulak hari ni .

actually lagu ni makes me remind to someone .

i really miss him :)

Contest: I ♥ Blogging!


hello readers ! wahh contest lagi . boleh kata setiap hari fazie slalu join satu contest . oke kali ni contestnye agak menarik . sebab dia berkenaan kenapa korang suka blogging !

kenapa fazie suka blogging ?

oke fazie mula berblogging ni since tahun 2010 . itu pun bermula dari kakak fazie , dia yang mula kenalkan blogspot ni . pada mulanya fazie agak kurang berminat . yela fazie tak suka sangat menulis . lepas tu , blog tu fazie biarkan bersawang sampailah sekarang . (sebab dah lupa paswod)

tak lama kemudian , blogging sudah menjadi tren budak2 sekarang . ingatkan fazie malas nak ikut tren , yela budak tak pandai nak menulis sangat . and then datang seorang kawan fazie ni tanya "asal kau tak join blog? kau kan kreatif ?" lepas tengok ada budak bawah umur pun dah pandai berblogging , apa lagi memang rasa tercabar lah . and then fazie start berblogging balik pada bulan Februari 2011 . 

memang tak reti nak edit blog sangat , masa tuh pakai design template . seriously memang buruk gila lah blog fazie tu . follower pun ciput jea . masa tu timbul minat nak berblogging sebab fazie ada boyfie :) biasalah nak tayang bf sendiri . tak lama kemudian , clash . amik kau , sibuk nak tayang2 bf last2 clash . masa tu , fazie suka luahkan perasaan sedih ni dekat blog . biasalah buat macam diary jea blog ni . sebab fazie tahu , ex bf fazie baca setiap apa fazie tulis pasal dia . tapi dia bukan peduli pun . hurmm buang masa betul . 

selepas tu fazie nekad tak mau lagi cerita kesedihan fazie ni . fazie just post benda2 di sekeliling fazie dan ketagih nak edit blog nak jadi lebih menarik dan cute ! haha tak cute pun blog ni . kenangan manis sejak berblogging ni ialah masa mula2 anjurkan satu contest iaitu BLOGLIST MSZFAZIERRA . sambutan dari blogger lain amat memberangsangkan . terharu sangat :') . masa tu , follower dah semakin meningkat . 
ini banner contest pertama anjuran fazie :)


sehingga lah ke hari ni , fazie dah ketagih nak berblogging sebab nak kongsi maklumat , sedikit tentang kehidupan fazie yang tak bermakna sangat dan mencari info2 yang menarik dari blogger yang lain . akhir kata berblogging ni memang sangat menarik selain korang berfacebook jea . sebab tu lah 
 I ♥ Blogging!

minta maaf jika fazie ada terkasar bahasa dan ada yang terasa hati dengan entri kali ni . harap pihak juri contest ni berpuas hati dengan cerita saya yang tak berapa nak menarik ni . maaf jika panjang dan membosankan . ini kisah benar dan tiada tokok tambah . sekian :)

Tangkap Cik Maria !

hello earthlings . fazie terjumpa satu video menarik yang di post member fazie dekat efbee . kelakar jugak lah . tengok dan korang nilai sendiri oke ? hope korang enjoy !






dah tengok ? haha . fazie tengok video ni pun tergelak sorang2 . siapa2 peminat group korea ni hope jangan marah k . ni untuk hiburan semata2 :)

kalau error harap korang terus tengok dekat youtube yea :)

Segmen Bloglist Seceria Sarah Naiema !


hello . fazie nak join satu segmen ni iaitu bloglist Sarah Naiema . well , saja nak join sebab nak memeriah kan lagi segmen kak sarah ni . lagi pun fazie nak upkan jugak traffic blog fazie ni . hehe . btw , kak sarah saya follower awak yang ke 400 :)

ada satu soalan kena jawab kalau nak join bloglist ni .

Apa yang korang suka tentang blog sarah ?


oke , apa yang fazie suka bila mula2 bukak blog kak sarah ni blog dia CERIA dan MENARIK ! kalau korang tak caya pegi check sendiri yea . pastu blog kak sarah ni ada banyak tutorial yang berguna untuk blogger yang baru macam saya ni . 

oke done ! harap2 dapat lah termasuk dalam senarai bloglist kak sarah nanti :) 

MALAYSIA IS THE BEST !



hello earthlings ! petang tadi tengah sibuk2 online , abah fazie bukak channel Astro Supersport3 HD . ingatkan tengok ape , rupanya match MALAYSIA XI vs LIVERPOOL FC . wow ! hari tu dah lah tak tengok malaysia lawan arsenal . tapi eloklah tak tengok , sebab nanti sakit hati jea tengok malaysia takde gol langsung .

fazie minat bola ek ? haha well , fazie minat bola since tengok Piala AFF Suzuki 2010 , Malaysia lawan Indonesia . masa tu memang semangat gila lah fazie tengok . walaupun ada segelintir masyarakat Indonesia agak biadap , maki2 Malaysia dekat page Piala AFF Suzuki , peduli apa . korang yang dapat dosa , korang tanggung lah oke ? yang penting Malaysia dah menang !

tadi fazie usha lah page LIVERPOOL FC , ade jugak orang indonesia yang dengki . heh ! tak tahu lah nak cakap apa dengan dorang ni . by the way , ade jugak orang puteh ni ucapkan tahniah kepada skuad Malaysia sebab bagi saingan yang sengit dengan liverpool . GOOD JOB MALAYSIA !

tapi memang puas hati lah tengok match tadi walaupun Malaysia kalah 3-6 . fazie jerit sorang2 sementara abah fazie tidur sepanjang match tadi . dah habis baru dia bangun and then tanya fazie "asal tak kejut abah tadi ? langsung tak boleh tengok bola . APE PUN TAK BOLEH ." wow , tagline JAMBU :D jambu lah abah fazie !

macam pengulas sukan pulak fazie ni . haha . MALAYSIA BOLEH ! at least Malaysia ada lawan pemain antarabangsa , kau ade ? hehe :D

How much is your website worth ?


korang nak tahu berapa harga blog korang ? meh pegi link ni


fazie dah tengok dah harga blog ni , tak mahal mane pun . tengoklah bawah ni

klik untuk lebih jelas :)
jauh betul ranking fazie . apa tunggu lagi pegi lah check harga blog korang . mesti lagi mahal dari fazie kan ?

Nifsu Syaaban



hai semua . terima kasih sebab sudi singgah blog fazie dan baca entri fazie kali ni . dalam diam2 bulan Syaaban telah datang dan sudah di pertengahan bulan Syaaban . selepas itu Ramadan pula akan tiba . kali ni nak bagi info tentang  Nifsu Syaaban

tadi dekat sekolah fazie ada ceramah tentang malam nifsu syaaban ni . punyalah khusyuk fazie dengar sebab penceramah dia suka tarik perhatian pelajar dengan cerita menarik tentang zaman nabi dahulu , masyarakat zaman sekarang serta di selitkan juga cerita kelakar . sebab tu semua pelajar khusyuk dengar ceramah pagi tadi .


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Nifsu Syaaban juga di kenali sebagai malam pengampunan 


Fadhilat Nifsu Syaaban


  •  Mengadakan bacaan Surah Yassin sebanyak tiga kali pada malamnya
  • Mengadakan Qiamullail
  • berpuasa pada siang harinya
penceramah ada cakap , bacaan surah yassin sebanyak tiga kali hanyalah di amalkan oleh orang muslim di Malaysia sahaja . orang arab pun tak ada buat macam tuh tao . fazie pun agak terkejut jugak lah dengan statement penceramah tu . tapi korang perlu tahu , bacaan yassin sebanyak tiga kali itu adalah TIDAK WARIK ataupun tiada sandaran . sebahagian orang melayu jea yang berfikiran bahawa MESTI BACA 3X . ITU SALAH !

agak2 korang hari dah berapa hari bulan syaaban ? jangan lah buat2 lupa , hari ni dah masuk 13 Syaaban sayang :) oleh itu , 15 Syaaban semakin hampir . janganlah kita lepaskan peluang beribadah kepada ALLAH SWT pada malam nifsu syaaban kali ni .

semoga segala ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT . Insyaallah :) maaf jika ada terkasar bahasa atau kesilapan . yang baik datang dari ALLAH SWT , yang buruk dari fazie sendiri .

kredit: wikipedia 

eh! blog kena review ?


nampak banner ni ? yeahh , nak join segmen HH . nak jugak kena review pasal blog fazie yang tak berapa femes ni . 

oke dia mintak kita punye header . ini dia header fazie yang tak seberapa ni 

harap2 HH review lah blog fazie ni yea . nak tao jugak pendapat orang yang berpengalaman :)