Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...

Tumblr_mfvkopaf1o1qc4uvwo1_r1_400_large

hari ini 31 Disember 2012. hari terakhir untuk 2012. macam-macam dah berlaku pada tahun ni mahupun suka ataupun duka. rasa macam tak percaya pun ada dah nak masuk tahun baru. cepat betul masa berlalu *tampar muka

macam biasa kalau nak masuk tahun baru ni semua sibuk dok tanya ape azam baru korang? soalan cenggini fazie malas nak jawab. nak tahu sebab ape? 

Pertama, sebab fazie malas nak fikir
Kedua, fazie bukan pelajar berwawasan / cemerlang
Ketiga, azam yang tahun-tahun lepas banyak tak tercapai
Keempat, malas nak fikir lagi. kihkih..

mesti dalam kepala korang anggap fazie ni takde arah tujuan hidup. haha. taklah. setiap orang nak berjaya dalam hidup termasuk fazie sendiri. setiap tahun fazie ada azam sebenarnya. cuma satu je. seketul je. nak tahu ke? mohon korang jangan gelak okay.

saya nak jadi budak yang dapat membanggakan kedua ibu bapa. (sama maksud jadi pelajar cemerlang jugak)

azam ni tak berapa nak tercapai sangatlah, result exam banyak kali mengecewakan hati ni. *cedih 
kalau ada azam tambahan biasanya memang tak pernah tercapai pun. nak iphone, laptop, kamera, kereta dll.

tapi in shaa Allah tahun ni fazie nak berazam nak jadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan keluarga serta jadi insan yang lebih baik dan tinggalkan benda-benda yang tidak berfaedah. semoga tercapailah. Amin. *harap buka hangat-hangat tahi ayam 

azam korang macam mana pulak? kongsilah sekali ye fazie pun nak tahu jugak. komen lah ye di ruangan komen yang tersedia. terima kasih kerjasama anda adalah dialu-alukan. heher xD

Tumblr_mfvi2z6pdm1rhviojo1_500_large

ZyraRoxx's Blogbuster

Assalamualaikum...


banner ni pun dah meletops sudah semestinya dibuat oleh blogger yang meletops! sape pulak yang tak kenal blogger cun yang roxx ni kak zyraroxx. haha. fazie suka tengok belog dia cantik plus ade doodle yang kiut miut. sumpah kejelesan melanda diri ni. ceewahh!

kepada blogger yang baru nak naik macam fazie ni ha, korang join lah segmen ni. baik untuk belog korang sebab korang boleh kenal-kenal dengan para bloggers yang lain hebak lagi cun melecun, naikkan followers korang sambil-sambil tu korang boleh dapat pembaca setia untuk belog korang. sekurang-kurangnya adalah jugak yang sudi baca coretan yang korang postkan tu. hihiks. 

ape lagi terkebil-kebil tu? join lah mesti tak rugi punye. haha (macam suruh masuk MLM pulok) tekan banner untuk keterangan lebih lanjut dan syarat-syaratnye. haha ok bai! 
XOXO, F, PUBLISH! xD

Bila Si Dia Ingat Kamu?

Assalamualaikum...

Entri kali ni khusus untuk wanita yang sudah berpasangan atau bakal bertunang atau bakal berkahwin mahupun yang dah berkahwin pun boleh.

mesti korang tertanya-tanya bilakah waktunya si dia paling suka fikir tentang dirimu. tengok ni ;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
43% 
Di Bilik Mandi

38%
Di Pejabat

11%
Dalam Kereta

8%
Ketika Di Gim.

kepada kaum lelaki, acaner setuju tak? kalau tak setuju sila komen :)

Kembali Ke Sekolah!

Assalamualaikum...

2 Jan 2013 - tarikh bermulanya persekolahan bagi budak-budak sekolah termasuk fazie jugak walaupun dah habis SPM fazie tetap digelar budak sekolah yang comot. hahadoii.

cuba tanya budak-budak sekolah adakah mereka sudah bersedia kembali ke sekolah setelah sebulan lebih bercuti? 90% akan menjawab tidak sedia manakala 10% akan menjawab mereka tidak sabar ke sekolah.

bagi fazie, kemalasan melanda diri ini. sungguh! tak bersemangat rasanya. tahun depan semester 2 Pra-U. semester yang lebih susah berbanding semester 1. result semester 1 pun belum dapat lagi entah apa lah yang dapat nanti. tawakal ajelah. kalau gagal kena bersedia repeat exam balik. huwaaaaaa :'(

persediaan sekolah.. hmm 90% dah siap.

beg sekolah. mohon budak sekolah fazie jangan pakai beg yang sama. ku tak sanggup menahan rasa malu kerana beg kite sama. harhar.

harga dan jenama di sensorkan. hihiks

tudung saiz L. labuh lah jugak. heww

tak tahu sejak bila fazie boleh lupa. terbeli stokin putih padahal fazie pakai kasut hitam. tengah malam tu baru teringat. terpaksalah beli lain. stokin ni sedekah dekat adik. huhu *cedih

cuma buku je belum beli lagi. tunggu baucer kerajaan nak bagi tu. orang kata manfaatkanlah kalau orang dah bagi tu terima aje jangan soal bebanyak. hehe. 

kepada budak sekolah yang bakal bersekolah, acano persediaan korang? dah ready belum? kepada yang akan menghadapi peperiksaan besor PMR dan SPM (serta STPM jugak macam fazie) belajar rajin-rajin. study smart not study hard okeh. nanti melalak tak berlagu. macam fazie dulu. kehkeh.

p/s: ku diejek oleh beloved cousin, mentang-mentang dia dah habis SPM tahun ni. benci giler. huh! 


Give Away Wan hazel

Assalamualaikum...


comel betul hadiah yang wan hazel nak bagi ni. fazie pun dah tergoda. sebab tu fazie join giveaway ni. hehe. 

Syarat-syarat dia pun senang aje. jap eh nak copy :D

Korang cuma perlu LIKE gambar Wan kat ruangan nie RINDU DAN CINTA. Korang pergi ke applikasi tu. Mungkin loading agak lambat sikit..tak pe tunggu je taw. Korang LIKE setiap hari taw.. sapa yang paling banyak like dia lah yang menang.. Cara nya mudah..Korang like lepas like korang komen kat entri nie kalau dah like.. Wan akan monitor kat ruangan tu..Jangan menipu bab Wan akan Monitor brapa like dan brapa komen korang pada hari tu. Senang kan.. lagi banyak korang LIKE lagi banyak peluang korang nak menang dan pemenang pasti akan dapat hadiah yang istimewa sekiranya wan tercalon
apa salahnya tolong LIKE kan.. mangsa tag fazie ialah :

*sesiapa yang jadi mangsa tag ni mohon klik LIKE dekat sini. hehe arigato! 

Kartun Spongebob Tidak Baik Untuk Kanak Kanak



CHICAGO (AP) —  Kajian yang diketuai oleh profesor di Universiti Virginia berkata kartun "Spongebob Squarepants" boleh memperlahankan fungsi mental kanak-kanak.

Kajian ini menunjukkan bahawa menonton hanya sembilan minit kartun ini boleh menyebabkan proses pembelajaran dan fokus kanak-kanak menjadi lambat.

Masalah yang dilihat dalam kajian 60 kanak-kanak yang dipilih secara rawak sama ada menonton "SpongeBob," atau perlahan-tanggung kartun PBS "Caillou" kemudian mereka ditugaskan untuk melukis gambar. Sejurus selepas itu, tugasan sembilan minit kanak-kanak mengambil ujian fungsi mental; kanak-kanak yang telah menonton kartun "SpongeBob" tidak menonjol dan lebih teruk daripada yang lain.

Selepas itu kanak-kanak prasekolah ditanya untuk melakukan empat aktiviti berbeza "fungsi eksekutif" tugas tersebut adalah ujian keupayaan kognitif dan kawalan impuls, seperti mengira ke belakang, menyelesaikan teka-teki, dan melambatkan kepuasan dengan menunggu untuk makan snek lazat sehingga diberitahu untuk berbuat demikian. Berbanding dengan kanak-kanak menonton kartun PBS, lebih cekap berbanding kanak-kanak yang menonton kartun Spongebob tersebut.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur dibawah 5 tahun tidak digalakkan membiarkan anak-anak mereka menonton kartun Spongbob ni.

sumber : abcnews dan theblaza 


Remaja Perempuan Paling Tinggi Di Dunia!

Assalamualaikum...

Elisany da Cruz, 17 tahun bersama teman lelakinya yang cuma berukuran 5 kaki 6 inci dan Elisany berukuran  6 kaki 8 inci.

Brazil: Beliau tidak bersekolah kerana sering diejek oleh teman sekolah kerana memiliki ketinggian yang melampau serta tidak muat menaiki bas.

Elisany semakin tinggi kerana tumor pada kelenjar pituitari beliau. Dia membesar lebih cepat daripada 7 adik-beradik beliau dari usia 11 tahun dan mempunyai ketinggin 6kaki 9inci apabila dia 14 tahun.  Pertumbuhan secara tiba-tiba beliau menyebabkan kesakitan di anggota badan dan sendi.

Elisany bersama ibunya (kiri) dan kakaknya

Namun beliau telah menjalani pembedahan membuang kelenjar dua tahun lalu dan ketinggian dia mula menyusut. 

Kini Elisany bahagia bersama teman lelakinya Francinaldo Da Silva, 22. Dia berkata : 
"Apa yang benar-benar menarik saya adalah keperibadiannya, cara dia bertindak dengan orang ramai dan cara dia bertindak dengan saya.
"Satu-satunya perkara yang benar-benar memberi kesan kepada kami ialah apabila kita bergaul berpegangan tangan - ia seolah-olah seperti dia adalah adik lelaki atau anak saya."
sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/4710978/Worlds-tallest-teen-girl-Elisany-da-Cruz-Silva-takes-romantic-beach-stroll-with-her-toy-boy.html  

Wordless Wednesday : 2012 progress

Assalamualaikum...

http://www.9gag.com.my/gag/2012 progress

adakah azam tahun 2012 anda tercapai?

Kekeliruan Ucapan Hari Natal

Assalamualaikum...

kredit adik Faqihah Husni

ni respon post fazie yg lepas : Tak Payah Nak Wish Sangatlah? 

baca ni jugak dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam


Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

dan tengok printscreen ni:

kredit belog zamani 84 
http://zamani84.blogspot.com/2012/12/kekeliruan-di-facebook-hadis-palsu.html

post yg lepas tu fazie dah delete. tak mahu bagi kekeliruan dekat korang. minta maaf kepada semua yg dah baca post tu eh. apa-apa pun yg penting niat kita kan? 

p/s: semua manusia pernah buat silap :D

Nasihat Menasihati

Assalamualaikum...


kadang-kadang orang yang kita nampak jahat, boleh berubah menjadi lebih baik daripada jangkaan kita
ada yang lebih suka menghukum tanpa usul periksa
kita tak beri peluang untuk dia bersuara
kerana kejahilan menyelubungi hati dan perasaan

dengarlah nasihat seseorang itu walaupun daripada seorang pelacur.
kerana kita bukan manusia yang sempurna
penuh dengan kelemahan
oleh itu, sentiasalah meminta pertolongan daripadaNya iaitu Yang Maha Esa, Allah SWT :)

Rozita Che Wan Luah Ayat-Ayat Cinta Terlebih Dahulu Di Instagram!

Assalamualaikum...

kredit to Beautiful Nara. pagi ini tengok Instagram sebab Beautiful Nara cakap Zain Saidin luah ayat cinta kepada Rozita Che Wan. Rupanya-rupanya Rozita Che Wan yang luah ayat cinta terlebih dahulu di Instagram beliau..

3 days ago...

beberapa jam yang lepas...

so sweet lah mereka ni.. doakan yang terbaik untuk mereka. kan best dapat bermesra macam ni dengan tut... hahaa.. okay bye!

Segmen : Review Blog by Fateha Halim

Assalamualaikum...

sempena malam yang sepi tiada buat apa-apa melainkan blogwalking mencari trafik untuk belog yang serba daif ni, fazie menjoinkan diri untuk segmen ni. nah setempek banner yang simple yet elegance


meh lah join, pokcik mokcik sekalian! hehew =3

Justin Bieber Di Haramkan Di Filipina



Penyanyi terkenal di Hollywood iaitu Justin Bieber telah diharamkan memasuki ke negara Filipina. Ini semua angkaranya sendiri mungkin mahu bergurau agaknya.

Selepas kekalahan peninju Filipina Manny Pacquiao di tangan Juan Manuel Marquez pada 8 Disember lalu, Justin Bieber meletakkan gambar di Instagram beliau iaitu gambar Michael Jackson menari dengan badan jatuh dan menyatakan gambar itu seperti Manny jatuh di gelanggang tinju.

caption gambar tersebut :

"Pacquiao doing the lean with MJ.. Classic moment."

katanya ada di antara kalangan ahli politik Filipina kurang senang dengan gurauan penyanyi tersebut. Mereka telah mengeluarkan kenyataan :

"Mr. Bieber should have known that the Hon. Pacquiao has reached his stature as such as a result of sheer hard work, determination and firm belief in God, and despite such stature best exemplifies humility and grace even in defeat."

malah mereka mahu JB memohon maaf atau beliau akan digelar 'persona non grata' iaitu dia tidak dibenarkan memasuki ke negara Filipina lagi.

 <--- gambar yang diupload oleh JB di Instagram beliau. 

p/s: padan muka JB. harhar. :p

Jenis-Jenis Blogger

Assalamualaikum...



Berblogging ni dah menjadi sebahagian dari hidup fazie rasanya. yelah, sekarang ni kalau tak update apa-apa dekat blog rasa serba salah ada, perasaan membuak-buak nak buat entri baru tu ada padahal tak tahu nak tulis entri ape.
fazie baru jek Setahun Sembilan Bulan menceburi bidang berblogging ni, macam2 jenis ragam blogger yang fazie jumpa. ada yang bagus dan ada yang boleh lah. Antaranya;

Blogger Bijak 
kalau datang je blog yang macam ni memang kena kosongkan minda sebab cara penulisan dia memang cantik dan membuatkan pembaca terbuai baca entri dia sebab pandai bermain dengan kata-kata (bukan kasanova ke playboy) biarpun panjang berjela-jela tetapi isinya memang padat dan bernas.

Blogger Pak Ustaz dan Ustazah
blogger macam ni lagi bagus sebab mereka sentiasa memberi peringatan kepada kita berkongsi ilmu agama. bukan nak berlagak alim ke apa, tapi menyedarkan kita daripada terus hanyut. renung-renungkan dan selamat beramal!

Blogger Sebar Gosip
siapa yang tak suka gosip lagi-lagi pasal artis. tajuk post mestilah gempak baru dapat banyak trafik. berpusu-pusu orang nak baca gosip yang kadang-kadang kita tak tahu kesahihannya. yang pasti kalau pasal gaduh atau fitnah, cepat aje tersebar!

Blogger Takde Diari Dekat Rumah
ekk, yang ni fazie pernah buat dulu. bila baca balik nak tergelak guling-guling. tapi dah tak buat lagi dah. malu lah, pasal privasi dengan cinta monyet malas nak kasi tahu satu dunia. kang tak pasal-pasal orang meluat sekali dia jampi kita sebab curik ex boyfriend dia. Eh?

Blogger Kuat Merapu
asal baca entri dia je, ada je benda yang dia mengarut tapi ada unsur lawak yang boleh buat kita ketawa. hilang stress sekejap.

Blogger Artis / Famous
yang ni kategori orang public figure. mestilah orang nak tahu pasal diri dia, kalau dia buat belog tu macam diari pun ok sebab dia kan pemes. komen mesti cecah beratus-ratus lemon. yelah, orang pemes kan.

Blogger Suka Buat Contest / Bagi hadiah
yang ni seronok sebab blogger tersebut tersangatlah bermurah hati nak kasi kita hadiah. siapa tak nak kan? fazie pun pernah join jugak giveaway dan contest yang diajurkan oleh beberapa blogger yang lain. pernah jugak menang dan dapat hadiah. siapa yang bertuah lah yang dapat, kalau tak bertuah, sorry lah. yang tak bestnya kadang-kadang syarat dia ada yang merimaskan. #Opss!

banyak lagi jenis blogger yang fazie nak kasi tahu korang, tapi cukuplah setakat ni. cuma nak tanya, korang blogger yang macam mana pulak? meh kasi tahu kite dekat ruang komen. hihii.

p/s: maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan entri ni. tak berniat nak menguris hati mana-mana pihak cuma sekadar pendapat :)


Wordless Wednesday : Words To Allah

Assalammualaikum...




Nasib Si Adik

Assalamualaikum...

saya ada 6 orang adik beradik. kesemuanya perempuan. saya tersekat di tengah-tengah sebab saya anak ke-3. memang tengah lah kan?

tapi saya membesar dengan 2 orang kakak yang suka membuli saya semasa saya kecik. apakan daya. saya redha. bila si kakak memanggil:

"woi, ko tolong amik barang tu"
"wei, pergi basuh pinggan"
"adik, tolong belikan ais krim dekat bawah boleh?"

tanpa disoal rela atau tidak, si adik menurut perintah. benci banget!

Situasi tu fazie kena masa kecik2 dulu. bila dah besor sikit dan ade adik beradik yang lain, ape lagi buli dorang pulak. *misi membalas dendam. kihkih

tapi bila tengok adik fazie dibuli oleh fazie sendiri kadang2 terasa kesian pulak. (sebab pernah alami kan) kadang-kadang tak sampai hati, tapi kadang-kadang memang kejam. huahuaaa.


pengalaman korang macam mana pulak? kongsi lah sama i boboiii.. hehee :D

p/s: first time buat doodle sendiri. teramatlah buruk. 

Sebarkan Salam

Assalamualaikum...
(jawab jangan tak jawab!)



hari ni fazie nak kongsi dengan semua orang yang sudi membaca entri kali ni. semoga memberi manfaat kepada kita semua termasuk fazie sendiri :)

Hukum memberi salam adalah sunat tetapi menjawabnya adalah wajib. Makna "Assalamualaikum" ialah semoga Allah menyelamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Ini bererti kita saling menyebarkan kesejahteraan kepada sahabat-sahabat kita.

Panduan Memberi Salam

  • Orang yang naik kenderaan disunatkan beri salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang muda beri salam kepada yang tua. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Hendaklah memberi salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang ramai." (Riwayat Muslim)
  • Dahulukan ucapan salam. Contohnya; perlu dahulukan lafaz "Assalamualaikum" dan diikuti ucapan lain seperti "Selamat Pagi" dan seumpamanya.
  • Beri salam sewaktu masuk ke rumah. Berkat itu turun berserta salam. Bagaimana adab beri salam bagi rumah yang tidak berpenghuni? Jawapannya "Assalamu'alainaa 'ibaadillahish shaalihin" (Riwayat Muslim)
  • Sunat berjabat tangan ketika memberi salam.
  • Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan senyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, "Senyummu kepada saudaramu itu sedekah." (Riwayat Muslim)
  • Tidak boleh memberikan salam kepada orang kafir.

Kelebihan Sebarkan Salam
  • Akan timbul rasa kasih sayang sesama kita.
  • Memperolehi pahala
  • Mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia
  • Darjatnya ditinggikan di hadapan Allah
  • Menghilangkan rasa sombong dan bongkak dalam diri manusia

Hukum Salam
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain tetapi wajib menjawab salam yang disampaikan secara langsung kepada kita.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Pengecualian Kewajiban Menjawab Salam
  • Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan azan atau iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.

nota cinta: Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu hal yang apabila kalian mengerjakannya, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim)


Kredit: Asuh

Khairul Fahmi (Apek) Kena Troll

Assalammualaikum...


Malam ni Malaysia vs Thailand. semoga kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya. amin! Selamanya Harimau Malaya~ 

kredit: Oh! Lawak (fb)

Sihat Dengan Bunga!

Assalammualaikum...

Terselak-selak Majalah Remaja, terjumpa pulak tips menarik pasal bunga dalam ruangan Info Sihat. cekidout!

Sejak dari dahulu bunga digunakan untuk mengubat penyakit kerana kuasa penyembuhannya yang luar biasa! Antaranya ;

Rosa Gallica Officinalis


  • Bunga ros jenis Rosa Gallica Officinalis dikatakan boleh mengubati jangkitan kerongkong, gastrik, cirit birit dan depresi.


Dandelion

  • Dandelion mampu mengubat ketuat dan dikatakan mempunyai elemen anti kanser

Viola Odorata
  • Violet terutamanya Viola Odorata mempunyai elemen ekspektoran yang membantu mencegah sakit tekak dan asma.
p/s: setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati ;)

#MelakaPeopleSays

Assalammualaikum...

Bagi sesiapa yang nak belajau bahasa Melaka, meh tengok bahasa Melaka yang di ajau oleh dak-dak twitter. hahaa..









biarpun agak kasar bahasa kami (memang terkenal dengan kata makiannya) namun hati kami Anak Melaka baik-baik belaka. hehe.. Kasi Gegau! hihi Happy Reading~ 

Entri Meletops!

Assalammualaikum..



sambil angkat-angkat kening. haha :p


nampak tak dua entri fazie tu? pasal Bunkface dengan Anti Kpop nya dan Shila Amzah Tercalon dalam World Music Awards! boleh tahan jugak pageviews dia. keywords pun memanjang je ada Shila Amzah dengan Bunkface tu.

rasanya ini mesti sebab tips Seo yang adik SM tu ajar. haha. big thanks to SM dan busuk.org. bulan cuti ni lah dapat updated entri banyak2. bila dah masuk belajar balik memang tak dapat nak updated pape. 

lepas ni pun rasanya fazie akan jarang update blog ni sebab abah fazie dah tarik penggunaan laptop beliau. sedihnye. fazie update ni pun guna notebook akak fazie senyap2. haihh ape lah nasib. nak blogwalking pun dah tak dapat sangat. maaf ye korang!

p/s: earning dekat nuffnang dah mula mencanak naik dengan Churp-Churp. terima kasih kepada sesiapa yang sudi klik2 tu. In shaa Allah nanti fazie klik korang punya earning balik ye! 


Shila Amzah Tercalon Dalam World Music Awards!

Assalammualaikum...


tak sangka rezeki Shila Amzah mencurah-curah selepas beliau berhijab. Alhamdulillah. selepas dia memenangi tempat pertama Festival Muzik Antarabangsa, Asian Wave seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian beliau. tak lupa juga dia telah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 19 dengan lagu Patah Seribu

Dapat berita lagi bahawa Shila Amzah tercalon dalam World Music Awards dalam kategori World's Best Female Artist bukan calang-calang awards tu.  Shila Amzah tercalon sebaris dengan penyanyi antarabangsa yang cukup terkenal di dunia iaitu

  • Taylor Swift
  • Susan Boyle
  • Selena Gomez
  • Shy'm
  • Shireen
  • Robyn
  • Rita Ora
  • Rihanna
  • Priyanka Chopra #eh?
  • Pink
  • Nicki Minaj
  • Nancy Ajram
  • Namie Amuro
  • Missy Higgins
  • Madonna
  • Lykke Li
  • Lady Gaga
  • Kimbra
  • Kesha
  • Kelly Clarkson
  • Katy Perry
  • Jessie J
  • Jennifer Lopez
  • Hyuna
  • Haifa Webbe
  • Gloria Trevi
  • Elissa
  • Christina Aguilera
  • Carrie Underwood
  • Carly Rae Jepsen
  • Britney Spears
  • Beyonce
  • Ayumi Hamasaki
  • Alicia Keys
  • Shakira
  • Loreen
  • Lana Del Rey
  • Emili Sande
  • Ellie Goulding
  • Adele


kalau menang tu memang terbaik lah Shila Amzah ni. awards ni pun memerlukan undi tapi belum dibuka lagi. check link dia ni http://www.worldmusicawards.com/?page_id=26
tapi kalau dah tercalon ni memang kira terbaik kan? Tahniah Shila Amzah!

p/s: tengah melayan lagu Patah Seribu. awesomee :D

***UPDATED! SEKARANG DAH BOLEH UNDI! KLIK SINI http://www.worldmusicawards.com/?page_id=26#!worlds-best-female-artist/c23th
UNDI UNTUK SHILA AMZAH TAU TAU! SUPPORT OUR LOCAL SINGER OK ;)
wow baru dapat info yang Siti Nurhaliza pun tercalon dalam kategori ni! tahniah kepada mereka berdua!

Anda Pakai Tudung Apa?

Assalammualaikum...


Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua :)
kredit: bakal kakak ipar. hihi :p

Wordless Wednesday : Bila Bosan...

Assalammualaikum...


bila bosan dalam kelas (terutama bila tak faham cikgu ajar) fazie buat benda ni. korang macam mana pulak?

Saya Dah Ok!

Assalammualaikum...


kita dapat doodle. yeaahhh!

kepada sesiapa yang mengomen entri fazie yang lepas pasal kekecewaan hati ni terima kasih sangat-sangat. sayang anda anda semua. ternyata anda semua prihatin kerana memberi semangat kepada sayaa.  (kesat-kesat mata) 

nampak tak doodle dekat atas ni? comelnyaaa.. terharu sebab ade seorang insan yang baik hati tolong buatkan doodle itu pun pasal fazie bagi pendapat dekat entri dia.. sebenarnya tak expect pun balasan pape sebab fazie cuma tinggalkan komen jek dekat entri ini (gua memang suke mengomen. muehehe)

fazie dah bertambah ok sekarang ni. pasal kecewa tu biasalah kita semua pernah merasakan kecewa kan? cuma kali ini fazie boleh handle emosi fazie dengan lebih baik daripada dulu. nangis guling-guling bagai. (al-maklumlah budak benyek) 

lagi satu, fazie rasa macam nak delete je entri lepas ni sebab fazie taip entri tu memang secara spontan. ayat bukan main jiwang. euuww. hahaa. lagipun dah lama tak post entri jiwang-jiwang ni. lepas ni malas lah nak post macam tu. geli tekak nak baca. apa lagi korang yang dah baca kan. muntah darah.

ok, life must go on. fazie pun dah rasa lebih better daripada semalam. cuma tertanya-tanya doodle yang suka kartun buat ni dia skodeng page pasal diri fazie ke? kalau betul, terima kasih! hehee. memang berangan nak jadi fesyen designer. doodle tu pun ade macam Yuna sikit pakai turban. yeahh i like that. 

p/s: korang pernah tak tengok cerita Sabrina the Teenage Witch? alaa cerita dulu-dulu dekat NTV7 tu. akak fazie download cerita tu sekarang dah ketagih nak tengok cerita tu. best sangat! lupa pasal hati yang patah ni.
masa kecik-kecik tengok cerita tu tak paham langsung, sekarang baru paham. haha ok. bubye. terima kasih sebab sudi baca entri mengarut ni. sayang koooraanggg!

Aku Kecewa!!!!!!

Assalammualaikum...



Sesungguhnya aku insan yang lemah
Tak mampu mengawal perasaan sendiri pabila kecewa
Saat ini aku benar-benar kecewa

Sesungguhnya aku tak mampu mengawal
Perasaan cemburu yang membuak-buak ini
Ketika ini aku sedang menangisi
Kerana cinta kau telah beralih arah

Apakan daya
Aku cuma insan yang tak sempurna
Menagih cintamu yang cukup indah
Yang selama ini aku dambakan
Kau telah pergi...

Mungkin ini pengakhirannya
Untuk kita berdua
Tiap detik kenangan yang tercipta
Akan aku sematkan selamanya dalam hati
Kerna takkan mungkin diriku
Jumpa pengganti sepertimu

















SUMPAH KECEWA! WAAAA HARRY STYLES AKU!!!!!!!!

p/s: malam ini memang kecewa berdouble double. dengan si dia dah ade orang lain, Harry lagi. makkkkk! :'(