kredit adik Faqihah Husni
ni respon post fazie yg lepas : Tak Payah Nak Wish Sangatlah?
baca ni jugak dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
- Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
- Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
dan tengok printscreen ni:
kredit belog zamani 84
http://zamani84.blogspot.com/2012/12/kekeliruan-di-facebook-hadis-palsu.html
post yg lepas tu fazie dah delete. tak mahu bagi kekeliruan dekat korang. minta maaf kepada semua yg dah baca post tu eh. apa-apa pun yg penting niat kita kan?
p/s: semua manusia pernah buat silap :D
9 nak glemer:
Huiyooo maaa! perlukan penerangan yang betul ni ,huhu . Ada yang main sebar aje tanpa usul periksa tapi kalau kita lebih berwaspada kan bagus ;)
kena teliti baru post :D
saye pon t'sgt keliru ngn bnde ni..
huhu
lah maknenye hadith tu tak wujud ? lahai . hum . sape lah yg mula menyebarkan hadith palsu tuh . kan dah terpesong dah pulak kite . umm
serius hadith 2 x wujud??
kina ade jugaj ambik tempahan banner..:)
boleh pm kina ya..:)
sbnrnya leeza confius gak tau nk wish or tak.. sbb kawan2 ramai cina... hmmm so smlm leeza balas ceria selalu n sukses selalu.. tat all.... huuuu rs bsalah pula.
Haih . Kenapalah dah banyak sangad kekeliruan dalam hadith nie . Pening kepala lah . MasyaAllah . Setiap hadith kena betul2 teliti nie sebelum nak sebarkan . Kang tak pasal2 kena bash -_-"
macam2 skarang ni kan... apa pon nawaitu kita yang penting..
hah' kan dah cakap memang xsohih hadith tuh. tulah yang bingun kejap nih.
Post a Comment