Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...

Tumblr_mfvkopaf1o1qc4uvwo1_r1_400_large

hari ini 31 Disember 2012. hari terakhir untuk 2012. macam-macam dah berlaku pada tahun ni mahupun suka ataupun duka. rasa macam tak percaya pun ada dah nak masuk tahun baru. cepat betul masa berlalu *tampar muka

macam biasa kalau nak masuk tahun baru ni semua sibuk dok tanya ape azam baru korang? soalan cenggini fazie malas nak jawab. nak tahu sebab ape? 

Pertama, sebab fazie malas nak fikir
Kedua, fazie bukan pelajar berwawasan / cemerlang
Ketiga, azam yang tahun-tahun lepas banyak tak tercapai
Keempat, malas nak fikir lagi. kihkih..

mesti dalam kepala korang anggap fazie ni takde arah tujuan hidup. haha. taklah. setiap orang nak berjaya dalam hidup termasuk fazie sendiri. setiap tahun fazie ada azam sebenarnya. cuma satu je. seketul je. nak tahu ke? mohon korang jangan gelak okay.

saya nak jadi budak yang dapat membanggakan kedua ibu bapa. (sama maksud jadi pelajar cemerlang jugak)

azam ni tak berapa nak tercapai sangatlah, result exam banyak kali mengecewakan hati ni. *cedih 
kalau ada azam tambahan biasanya memang tak pernah tercapai pun. nak iphone, laptop, kamera, kereta dll.

tapi in shaa Allah tahun ni fazie nak berazam nak jadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan keluarga serta jadi insan yang lebih baik dan tinggalkan benda-benda yang tidak berfaedah. semoga tercapailah. Amin. *harap buka hangat-hangat tahi ayam 

azam korang macam mana pulak? kongsilah sekali ye fazie pun nak tahu jugak. komen lah ye di ruangan komen yang tersedia. terima kasih kerjasama anda adalah dialu-alukan. heher xD

Tumblr_mfvi2z6pdm1rhviojo1_500_large

24 nak glemer:

Unknown said...

selamat tahun baru..hehe..jgn risau tak semestinya da azam tu xda arah tuju...yg pnting niat dlm hati mmg nk brjaya..azam tu akan dtg dgn sndri..huahaua..:D

p/s: azam lyeen tahun dpn nk lappy bru...heheh

CikMunBlogger said...

selamat tahun baru 2013 :)

tak pe . asalkan jadi orang .. hehe

Unknown said...

@Lyeen De Syifa
betul tu. hehe thanks kak. semoga tercapailah azam tu. hihi :)

Unknown said...

@CikMunBlogger
hehe. okay thanks cik mun :)

Sya said...

uish uish teruja tgk gmbr last. rasa nak letop mata XD


tula azam tahun lepas masih ada yang tak capai capai lagi ;)

Unknown said...

azam saya nak pergi haji cikgu :)..

yana M said...

selamat tahun baru jugak...:)

Mohamad Rivai said...

semoga impian impiannya tercapai yak :D

safiah sokher said...

Selamat tahun baru ye Fazie.Good luck untuk STPM jugak ^^

Unknown said...

@aQu Mad
semoga tercapai ye :D

Unknown said...

@safiah sokher
thanks kak :D

Unknown said...

Happy New Year too. ;)
Semoga berjaya mencapai azam Fazie tu, hihi.

AmieRul AsyRaff said...

Selamat Tahun Baru!

Unknown said...

selamat tahun baru 2013! ak xmau memasang azam sbb aku tau azam tu xkan tertunai =.='

Unknown said...

azam saya nak hapuskan cicak2 kat dalam rumah saya..hahaha. selamat tahun baru :)

Cikgu Ma said...

moga tahun baru memberi semangat utk sentiasa berubah ke arah kebaikan...^_^

oh yea, macam mana buat menu tab pusing2 kat luar blog ni? mohon share jika sudi =)

ainil fazieda said...

selamat tahun baru dik :) semoga azam tahun baru akan tercapai . amin .

Unknown said...

happy new year 2013 ! ^^

Unknown said...

selamot Tahun 2013, saya spm wish me luck

-meeSUPERGIRL- said...

mee pun harap dapat jd mcm tu .. huk .. :')

cik lisa said...

selamat tahun baru awok !hihi semoga bahagia dan sihat selalu ye ,hihih . dan semoga makin hari makin cantik berseri seri *wink wink

Karen Monica said...

selamat tahun baru fazie..moga tercapai segala azam :)

Dikbee said...

selamat tahun baru fazie....

MalizaMah said...

azam dalam dunia blog ada lah...