Sebarkan Salam

Assalamualaikum...
(jawab jangan tak jawab!)



hari ni fazie nak kongsi dengan semua orang yang sudi membaca entri kali ni. semoga memberi manfaat kepada kita semua termasuk fazie sendiri :)

Hukum memberi salam adalah sunat tetapi menjawabnya adalah wajib. Makna "Assalamualaikum" ialah semoga Allah menyelamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Ini bererti kita saling menyebarkan kesejahteraan kepada sahabat-sahabat kita.

Panduan Memberi Salam

  • Orang yang naik kenderaan disunatkan beri salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang muda beri salam kepada yang tua. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Hendaklah memberi salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang ramai." (Riwayat Muslim)
  • Dahulukan ucapan salam. Contohnya; perlu dahulukan lafaz "Assalamualaikum" dan diikuti ucapan lain seperti "Selamat Pagi" dan seumpamanya.
  • Beri salam sewaktu masuk ke rumah. Berkat itu turun berserta salam. Bagaimana adab beri salam bagi rumah yang tidak berpenghuni? Jawapannya "Assalamu'alainaa 'ibaadillahish shaalihin" (Riwayat Muslim)
  • Sunat berjabat tangan ketika memberi salam.
  • Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan senyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, "Senyummu kepada saudaramu itu sedekah." (Riwayat Muslim)
  • Tidak boleh memberikan salam kepada orang kafir.

Kelebihan Sebarkan Salam
  • Akan timbul rasa kasih sayang sesama kita.
  • Memperolehi pahala
  • Mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia
  • Darjatnya ditinggikan di hadapan Allah
  • Menghilangkan rasa sombong dan bongkak dalam diri manusia

Hukum Salam
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain tetapi wajib menjawab salam yang disampaikan secara langsung kepada kita.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Pengecualian Kewajiban Menjawab Salam
  • Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam salam ketika solat membatalkan solatnya.
  • Khatib, orang yang sedang membaca al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan azan atau iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
  • Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.

nota cinta: Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu hal yang apabila kalian mengerjakannya, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu." (Riwayat Muslim)


Kredit: Asuh

16 nak glemer:

AmySyahiera Malik said...

thanks for sharing , nice entry . btw , kalau orang beri salam dan kita berada dalam toilet . boleh tak jawab dalam hati ? just asking for my knowledge :)

Unknown said...

@amy syahiera
itu termasuk dalam pengecualian menjawab salam. lebih afdal jawab ketika di luar bilik mandi :)

Anonymous said...

xramai org Melayu yg amalkan bg salam ni.. tahap kesedaran kita masih rendah..

Sitidotshahira said...

nice entry akak :)

Dikbee said...

Assalamualaikum fazie.... nice sharing

Atiqah Nxjihah said...

Assalamualaikum :) thanks for info yaw :) btw , bw here . nice blog :D

Unknown said...

nice sharing, semoga saya dapat manfaatkan dan amalkan nya. hihi :D thanks :D

Unknown said...

@Lazaac [ Dot ] Com
betul jugak tu.

Unknown said...

@Sitidotshahira
thanks dear :)

Unknown said...

@Dikbi Kamaruddin
waalaikumussalam.. :D

Unknown said...

@n a j i h a h z a k a r i a
waalaikumussalam. thankiuu :D

Unknown said...

@shasha yacob
okay welcome. sama2 kite amalkan ya :D

Unknown said...

Assalammualaikum :D hehe
wah nice entry and jemput jugak bace entry baru ^^
semoga ape yg dikongsi ni bermanfaat :)

Miza Husin said...

Bagus entry ni. Sekarang ramai lupakan salam. Banyak info. :)

cik lisa said...

banyak kelebihan memberi salam daripada asyik 'woi woi woi' ;')

Annamariana1989 said...

mula2 anna slalu ucap slamat pagi dekat pegawai anna bila jumpa tapi lepas 2 anna terus tukar bagi salam.. ucap slamt pg bukan dapat pahala pon.. lebih baik bagi salam.. ada juga pahala yang dapat .. =)