Jenis-Jenis Blogger

Assalamualaikum...



Berblogging ni dah menjadi sebahagian dari hidup fazie rasanya. yelah, sekarang ni kalau tak update apa-apa dekat blog rasa serba salah ada, perasaan membuak-buak nak buat entri baru tu ada padahal tak tahu nak tulis entri ape.
fazie baru jek Setahun Sembilan Bulan menceburi bidang berblogging ni, macam2 jenis ragam blogger yang fazie jumpa. ada yang bagus dan ada yang boleh lah. Antaranya;

Blogger Bijak 
kalau datang je blog yang macam ni memang kena kosongkan minda sebab cara penulisan dia memang cantik dan membuatkan pembaca terbuai baca entri dia sebab pandai bermain dengan kata-kata (bukan kasanova ke playboy) biarpun panjang berjela-jela tetapi isinya memang padat dan bernas.

Blogger Pak Ustaz dan Ustazah
blogger macam ni lagi bagus sebab mereka sentiasa memberi peringatan kepada kita berkongsi ilmu agama. bukan nak berlagak alim ke apa, tapi menyedarkan kita daripada terus hanyut. renung-renungkan dan selamat beramal!

Blogger Sebar Gosip
siapa yang tak suka gosip lagi-lagi pasal artis. tajuk post mestilah gempak baru dapat banyak trafik. berpusu-pusu orang nak baca gosip yang kadang-kadang kita tak tahu kesahihannya. yang pasti kalau pasal gaduh atau fitnah, cepat aje tersebar!

Blogger Takde Diari Dekat Rumah
ekk, yang ni fazie pernah buat dulu. bila baca balik nak tergelak guling-guling. tapi dah tak buat lagi dah. malu lah, pasal privasi dengan cinta monyet malas nak kasi tahu satu dunia. kang tak pasal-pasal orang meluat sekali dia jampi kita sebab curik ex boyfriend dia. Eh?

Blogger Kuat Merapu
asal baca entri dia je, ada je benda yang dia mengarut tapi ada unsur lawak yang boleh buat kita ketawa. hilang stress sekejap.

Blogger Artis / Famous
yang ni kategori orang public figure. mestilah orang nak tahu pasal diri dia, kalau dia buat belog tu macam diari pun ok sebab dia kan pemes. komen mesti cecah beratus-ratus lemon. yelah, orang pemes kan.

Blogger Suka Buat Contest / Bagi hadiah
yang ni seronok sebab blogger tersebut tersangatlah bermurah hati nak kasi kita hadiah. siapa tak nak kan? fazie pun pernah join jugak giveaway dan contest yang diajurkan oleh beberapa blogger yang lain. pernah jugak menang dan dapat hadiah. siapa yang bertuah lah yang dapat, kalau tak bertuah, sorry lah. yang tak bestnya kadang-kadang syarat dia ada yang merimaskan. #Opss!

banyak lagi jenis blogger yang fazie nak kasi tahu korang, tapi cukuplah setakat ni. cuma nak tanya, korang blogger yang macam mana pulak? meh kasi tahu kite dekat ruang komen. hihii.

p/s: maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan entri ni. tak berniat nak menguris hati mana-mana pihak cuma sekadar pendapat :)


19 nak glemer:

Unknown said...

suka entry ni :). aya nak tergolong dlm blogger bijak boleh?.hee

hazwan hairy said...

xtau yg mn 1 ..haha

Unknown said...

agak-agak wan dalam kategori yang mana satu ye??

cik lisa said...

tak yah uji blog wa, rasanya dah dapat tangkap dengan title blog wa sendiri . Haha

Unknown said...

cop untuk blogger kuat merapu.HAHA. Kadang2 jadi blogger ustazah jugak. dan ya..dlu lyeen pernah ajdi blogger yg takdka diary kat umah..HAHA.malu sehh...haha:D

Crack said...

Saya yang mana satu ar? Hurm, takda pun "Blogger Serabut" kat dalam option tuh? :P

Annamariana1989 said...

anna ketegori apa ek?? hehehhee... blogger kuat merapu kot...hahahhah

Unknown said...

@Sheera Aya
boleh aje :D

Unknown said...

@hazwan hairy
pilih je mane satu. hee :)

Unknown said...

@sa mic
wahh teror. haha

Unknown said...

@Lyeen De Syifa
skali 3 eh. hehe memang malu =3

Unknown said...

@Crack
blog serabut? takpe incik crack letakkan lah. hehe

Unknown said...

@ANNA MARIANA
blog bijak lah kak anna. hee :)

AM said...

Masa mula-mula blogging dulu, Arol blogger takde diari dekat rumah. Tapi semua entri tue dah delete, malu! Hahaha. :D

Sekarang Arol jadi blogger jarang update blog. :)

Sya said...

hurmmm, yang pasti blogger artis/famous tu mmg taklah

Unknown said...

xoayah cakap aku golong mana, aku memang merepak kerepek goreng pisang orangnya hihi

-meeSUPERGIRL- said...

agak2 mee yang mane eh ? hahahaha

MalizaMah said...

saya blogger apa erk??

Aliff Haikal said...

haha buat research . ni kalau masuk U lecturer bagi full mark ni =B